Koleksi Gambar Tidur Anak Dan Bapa Yang Lucu & Mencuit Hati, Macam-Macam Gaya!

Gambar tidur ayah dan anak ini sungguh mencuit hati ramai. Bagaimana gaya ayah sedang lena, begitu jugalah gaya si anaknya tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang kata ayah dan anak ini ada banyak persamaan. Tidak kiralah dari segi hobi, tingkah laku mahupun kebiasaan terutama sekali kebiasaan ketika mereka tidur. Gambar tidur ayah dan anak ini mungkin dapat membuktikan fakta tersebut. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Gambar tidur ayah dan anak
  • Kesan tingkah laku atau kebiasaan ibu bapa pada kesihatan anak

Jadi, jangan terkejut kalau gaya anak tidur itu mirip sekali dengan si ayah. Ini kerana anak akan mencontohi tingkah laku anda walaupun ketika sedang tidur.

Koleksi gambar tidur ayah dan anak, lena sungguh!

Jom tengok gambar tidur ayah dan anak yang lucu ini. Macam-macam gaya ada pasti akan mencuit hati anda.

#1. Gaya merenung masa hadapan

#2. Gaya ‘sushi roll’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Pertandingan muncung mulut

#4. Gaya kaki lenguh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Gaya tunjuk lengan sado

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Gaya buka ketiak

Kesan tingkah laku dan kebiasaan ibu bapa pada kesihatan anak

Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak. Setiap tingkah laku atau kebiasaan anda menjadi pengukur dalam membentuk keperibadian anak.

Menurut kajian yang dijalankan di Eropah, mendapati bahawa tabiat ibu bapa, yang baik mahupun yang buruk, mempunyai pengaruh langsung ke atas tingkah laku anak di masa depan, termasuk kesihatan mereka.

Kajian ini menilai beberapa tabiat yang dimiliki ibu bapa, termasuk merokok, obesiti dan kurang bersenam, status pekerjaan, dan masalah alkohol.

Hasil daripada kajian tersebut, mendapati bahawa jika si ayah mempunyai tabiat merokok, kemungkinan untuk anak merokok adalah dua kali ganda daripada kanak-kanak yang bapanya tidak merokok langsung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara tidak langsung, sebagai ibu bapa, anda mempunyai pengaruh besar dalam membentuk gaya hidup sihat si anak.  Jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat di rumah, seperti makan makanan yang berkhasiat serta bersenam, anak mungkin akan mencontohi tabiat tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 Tabiat Ibu Bapa Ini Punca Anak Jadi Manja, Jangan Dibiarkan Berterusan!

Baca juga: 7 Tabiat & Sikap Ibu Yang Si Kecil Bakal Warisi, Patutlah Asyik Teriak Kalau Berenggang Dengan Ibu!

Baca juga: 7 Tabiat Yang Merosakkan Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!

Penulis

Nur Sofea