TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jom Mula! Ini 3 Panduan Penting untuk Bentuk Keluarga Sihat

4 min bacaan
Jom Mula! Ini 3 Panduan Penting untuk Bentuk Keluarga Sihat

Bercakap mengenai keluarga sihat ini, mesti ramai yang beranggapan bahawa ia ada kaitan secara terus mengenai kesihatan dan gaya hidup sihat. Keluarga sihat, badan pun cergas kan? Tetapi, ia bukan hanya merangkumi aspek membuat latihan kecergasan dan sebagainya. 

Sebaliknya, ia juga melibatkan aspek rohani, jasmani dan fizikal individu dalam satu unik keluarga. 

Agak-agak faham tak tu? Tidak mengapa! Tidak kira sama ada anda ialah ketua keluarga yang menginginkan keluarga sihat atau pun individu yang mengimpikan untuk memiliki keluarga yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, kami akan kongsikan kepada anda beberapa panduan penting.

Sebelum itu, sabar dahulu. Kita kena faham terlebih dahulu apa maksud keluarga sihat. 

Maksud atau definisi keluarga sihat

keluarga sihat

Kredit: Pexels

Keluarga sihat ialah keluarga yang mengamalkan gaya hidup sihat serta memiliki hubungan interpersonal yang baik. Bukan sahaja keluarga perlu mempunyai ciri-ciri keluarga sihat tetapi pada masa yang sama juga, setiap individu dalam keluarga sihat juga saling mempunyai hubungan yang baik antara sesama ahli keluarga. 

Sebagai sebahagian daripada ahli keluarga, anda bukan sahaja perlu menjaga kesihatan anda tetapi pada masa yang sama anda juga perlu bertanggung jawab untuk menjaga kesihatan mental anda. 

Ciri-ciri keluarga sihat

keluarga sihat

Kredit: Pexels

Ini adalah ciri-ciri keluarga sihat mengikut buku Panduan Kesihatan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan.

  • Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
  • Mempunyai pendidikan yang sewajarnya/mencukupi
  • Mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan mengamalkan kesihatan pergigian yang baik
  • Memupuk keselamatan emosi
  • Berkomunikasi secara positif
  • Menunaikan peranan dan tanggung jawab masing-masing
  • Beriadah bersama
  • Mempunyai sumber/pendapatan yang mencukupi
  • Mengamalkan nilai agama dan moral
  • Memupuk sokongan sosial

Kalau anda sedang tertanya-tanya macam mana nak amalkan gaya hidup terbaik untuk membentuk keluarga sihat, anda tidak keseorangan. Semuanya mestilah bermula dengan anda terlebih dahulu.

Panduan penting yang anda perlu tahu

#1 Amalkan pemakanan yang seimbang

keluarga sihat

Kredit: Pexels

Ini adalah antara perkara yang paling penting bagi sesiapa yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Yalah, anda jangan ingat jika anda hanya memakan multivitamin atau supplemen sahaja tanpa menjaga makanan anda betul-betul, kesihatan anda boleh terus terjaga. Yang sebetulnya, baik makanan ataupun anda nak makan multivitamin ke, kedua-duanya perlu seimbang.

Pastikan anda dan ahli keluarga mengamalkan cara permakanan mengikut piramid makanan. Tahukah anda bahawa sudah terdapat piramid makanan baru tahun 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia? 

Sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan berada pada tahap yang paling bawah bermaksud anda kena makan kumpulan makanan ini dengan lebih banyak berbanding karbohidrat. Malah, anda juga perlu minum air yang banyak sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. 

Antara tips penting yang anda boleh amalkan dalam pemakanan makanan seimbang dalam menjamin keluarga sihat adalah:

  • Makan makanan yang dimasak sendiri kerana ianya lebih menyihatkan.
  • Kurangkan pengambilan gula, garam, lemak atau minyak dalam makanan.
  • Jangan makan secara berlebihan. Cukuplah makan sekadar kenyang.
  • Makan bersama ahli keluarga. Pupuk hubungan mesra di antara ahli keluarga.

#2 Membuat senaman atau aktiviti menyihatkan tubuh

Anda dan keluarga sudah mula menjaga badan? Bagus! Sekarang anda perlu mula untuk membuat senaman. Banyak manfaat senaman pada tubuh. Antaranya ialah:

  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Menjadikan anda rasa lebih bahagia dan gembira
  • Membantu kesihatan dan memori otak

Dan banyak lagi lah! Senaman adalah aktiviti fizikal dan pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-ulang dengan tujuan untuk meningkatkan dan mengekalkan satu atau lebih komponen fizikal.

Terdapat banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan iaitu senaman kardio seperti berlari, berjoging dan berjalan cepat. Anda juga boleh berbasikal serta melakukan kerja-kerja rumah sebagai satu bentuk senaman.

#3 Buat aktiviti bersama keluarga dan galakkan ahli keluarga menjalani gaya hidup sihat

Salah satu ciri keluarga sihat adalah ahli keluarga yang memiliki kesihatan mental dan emosi yang positif serta hubungan yang baik sesama ahli keluarga. Anda nak rasa lebih rapat dengan keluarga anda? Mudah sahaja! Buat aktiviti bersama. Tidak kiralah sewaktu bersukan, membeli belah, makan bersama ataupun sewaktu membuat kerja rumah. Lakukannya bersama dengan ahli keluarga anda!

Antara tabiat baik yang anda perlu amalkan bersama seisi keluarga.

  • Masak dan makan bersama untuk merapatkan hubungan.
  • Belajar untuk mendengar
  • Hormat masa privasi dan peribadi ahli keluarga
  • Pergi melancong
  • Jadikan penjagaan kesihatan sebagai satu budaya yang mesti diikuti
  • Jujur dan sentiasa terbuka

Ibu bapa berperanan penting dalam menentukan hala tuju keluarga dan dari segi keharmonian keluarga. Jika anda bekerja, anda harus pandai mengimbangi antara tugas dan keluarga. 

Semoga panduan keluarga sihat ini dapat membantu anda.

Sumber: Mypositiveparenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Keluarga Lebih Bahagia Jika Anda Amalkan 5 Perkara Penting Ini, No 1 WAJIB Tau!

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Jom Mula! Ini 3 Panduan Penting untuk Bentuk Keluarga Sihat
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham