Kerana Sayang, Ramai Isteri Sanggup Bertahan Dalam Luka Walaupun Diganggu Orang Ketiga

Gangguan orang ketiga dalam rumah tangga meninggalkan rasa sakit pada kebanyakan isteri. Namun mengapa ramai suami buat tidak tahu sahaja?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gangguan orang ketiga dalam sesebuah rumahtangga menjadi ujian terbesar buat suami isteri. Mana tidaknya, sudah bertahun-tahun hidup susah senang bersama, akhirnya kebahagiaan direbut begitu sahaja.

Pastinya ia meninggalkan banyak rasa sakit di hati isteri. Bukan mudah menerima hakikat sebuah ujian, jika tiada nilai kesabaran, habis bercerai-berai hubungan yang telah lama terbina.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Gangguan orang ketiga: Mengapa hanya isteri yang sering pertahankan rumahtangga?
  • Suami sering buat tak tahu.
  • Setia itu hanya orang yang bertanggungjawab tahu untuk lakukannya.

Gangguan orang ketiga: Mengapa hanya isteri yang sering pertahankan rumahtangga?

Pada ketika ini, di media sosial juga kita dapat melihat pelbagai kes pergolakan rumahtangga berlaku pada kebanyakan pasangan termasuklah selebriti terkenal tanah air.

Segelintir mereka turut mendedahkan bagaimana rumah tangga mereka orang ketiga yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan langsung tidak menghormati kebahagiaan orag lain.

Namun persoalannya ketika ini adalah, saat berlakunya pergolakkan rumahtangga dan diganggu oleh orang ketiga, kenapa seringkali dilihat hanya si isteri yang bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga? Suami buat apa?

Pengguna Facebook (Firdaus Shakirin) menerusi hantaran Facebook miliknya ada mengulas tentang isu hangat ini.

Kenapa setiap kali diganggu org ketiga, mesti si isteri yg kena ambik tindakan utk mempertahankan rumahtangganya... Kenapa isteri tak biar je...kenapa isteri tak buat xtahu je?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Ini yg banyak berlaku dlm masyarakat kita, ini yg selalu kita dengar...usaha dari isteri tu diperlukan jika dia diserang org ketiga...usaha dari isteri tu diperlukan jika dia diganggu org ketiga...isteri wajib berusaha dan tak boleh duduk saja jika suaminya bakal dirampas org ketiga. Klu dia sygkan rumahtangganya, maka dia yg kena fight...siapa yg kena fight? ISTERI.

"Org kedua buat apa...? Org kedua yg bernama lelaki dan suami tu fungsinya apa dlm rumahtangga. Hanya isteri kah yg perlu menzahirkan syg, kasih, cinta dgn bermati-matian mempertahankan perasaan dia sahaja utk rumahtangga itu? Klu suami mempunyai perasaan yg sama terhadap isteri. Maka apa yg suami kena buat?"

Perosak hubungan rumah tangga membuatkan ramai isteri teraniaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Firdaus dalam hantaran sama turut menegaskan bahawa, "Org yg mampu setia dlm hubungan adalah org yg sanggup komited dengan perasaan dia terhadap pasangannya sahaja...org yg mampu setia dlm hubungan adalah org yg sedar keterbatasan tanggungjwb dan besarnya kewajipannya sahaja.

"Hubungan berantakan, dah tak sehaluan, tapi diajak berbincang, xnak pulak... Ini yg selalu lelaki amalkan...asal ada masalah dlm rumahtangga, maka penyelesaiannya adalah memadu asmara dan bercinta dgn org lain.

"Selesai masalah dia, selebihnya adalah masalah isterinya. Isteri fight, isteri serang sana sini, isteri jumpa berhadapan dgn org ketiga, suami mkn popcorn tgok samarinda," tegasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia turut memberikan kata-kata semangat buat para isteri di luar sana bahawa golongan Hawa layak untuk memperjuangkan hubungan dan rumahtangga kerana itu adalah hak mereka. Akan tetapi, mereka juga perlu berfikir sewarasnya, 'Adakah dia orang yang tepat dan selayaknya untuk anda berusaha sehingga tahap sedemikian?'

Firdaus mengakhiri hantaran dengan satu kata-kata yang menusuk kalbu dan membuka mata iaitu:

"Lelaki yg tepat utk anda ialah lelaki yg menundukkan pandangan dan yg menjaga hatinya kerana setia itu adalah komitmen dlm hubungan...Renung-renungkan."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Remuk Hati Isteri Ini Lihat Lelaki Curang Depan Mata Dengan Kakak Kandung Sendiri!

Baca juga: Haruskah Suami Curang Dimaafkan? Amalkan Tips No 2 Pasti Bahagia Milikmu Isteri

Baca juga: Pernikahan Sudah Bahagia, Namun Beberapa Sebab Ini Mendorong Suami Curang Di Belakang Isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.