Sekiranya anda perasan anak ada buat bunyi-bunyi pelik dan kerap kenyit mata seolah-olah tidak boleh dikawal ia mungkin disebabkan gangguan tic. Apakah maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Tic buat anak anda tidak dapat kawal pergerakan atau perbuatan
- Punca tic pada kanak-kanak
- Bagaimana nak handle jika anak anda alami tic
Tic biasanya berkait dengan individu membuat bunyi ringkas atau pergerakan fizikal yang biasanya berulang mengikut pelbagai kekerapan.
Pergerakan fizikal itu termasuklah mata berkedip atau mengenyit mata, menggerakkan hidung atau muka, mengangkat bahu, memusingkan leher serta membuat bunyi seperti mahu buang kahak atau bersihkan kerongkong.
Gangguan tic buat anak anda tidak dapat kawal pergerakan atau perbuatan
Gangguan tic akan menyebabkan anak anda tidak dapat mengawal pergerakan berkaitan yang disebutkan di atas. Dia bukan sengaja, tetapi pergerakan itu memang tidak terkawal.
Anda mungkin menganggap anak sengaja buat pergerakan dan bunyi pelik sedemikian, sedangkan mereka tidak mampu mengawal pergerakan itu sebenarnya.
Menurut kajian, tekanan dan kebimbangan boleh memburukkan lagi tic terutama bagi mereka yang memang sedia ada mengalami gangguan berkenaan.
Jadi tic tahap mana yang anda patut risau sekiranya anda mendapati anak anda mengalaminya?
Tic pada kanak-kanak, bila anda perlu risau?
Tic pada kanak-kanak lebih biasa daripada yang disangka, terutamanya antara 6 hingga 10 tahun. Jadi kerana kurang pengetahuan mengenainya, sudah pasti ibu ayah bimbang sama ada ia normal atau sebaliknya.
Terdapat beberapa jenis tic, ia termasuklah:
- Tic motor yang mana ia melibatkan pergerakan sejumlah otot. Ia boleh menjadi sederhana (sebilangan kecil otot seperti tic mata dan anggota badan) atau kompleks (sebilangan besar otot terlibat, seperti melompat atau meninju)
- Tic vokal: Ia biasanya seperti rintihan, batuk atau suara dan ia berulang-ulang dan mengikut masa.
Tic adalah normal berlaku pada kanak-kanak yang mana kira-kira 15 hingga 20 peratus populasi kanak-kanak terutama yang berumur antara 6 hingga 10 tahu mengalaminya dalam keadaan yang berbeza.
Ia juga dikatakan lebih banyak berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan dan ia mungkin sangat ringan hingga tidak dapat dikesan dan tidak menganggu kehidupan seharian mereka.
Punca tic pada kanak-kanak
Mereka biasanya disebabkan oleh penyebab genetik, neurobiologi dan persekitaran, seperti situasi tekanan, ketegangan, keletihan atau kegelisahan.
Ada kanak-kanak yang memang nampak biasa saja apabila tic mereka datang, kerana ia mungkin tidak menunjukkan simptom yang terlalu jelas dan nampak biasa pada pandangan mata.
Namun, jika dibiarkan, dikhuatiri ia akan jadi kebiasaan anak pula nanti.
Bagaimana nak handle jika anak anda alami tic
Sekiranya anda mempunyai anak yang mempunyai tic, petua ini sangat berguna:
- Jangan sesekali menghukumnya kerana tidak mengawal tic. Ini adalah sesuatu yang tidak disengajakan yang di luar kawalannya, jika anda memarahi atau menghukumnya, apa yang akan anda hasilkan akan menjadi lebih kecewa dan cemas. Sedangkan dia memang tidak dapat mengawalnya.
- Elakkan situasi tertekan sebanyak mungkin. Tic biasanya terjadi bila anak banyak fikir dan tertekan. Jadi lebih baik elakkan situasi yang sedemikian.
- Analisis di mana situasi berlaku atau boleh menjadi lebih teruk. Kita harus berhati-hati untuk memerhatikan ketika tic berlaku lebih banyak untuk dapat menghilangkan atau mengganti keadaan itu dengan yang lain untuk mengalihkan perhatian mereka. Ini kerana anda mungkin boleh elak keadaan yang boleh triggered tic anak selepas ini
- Jangan ejek anak. Ini akan beri kesan negatif kepada keyakinan diri anak anda. Tic bukan sesuatu yang anak mahu dan mengejek atau mengolok-olok mereka langsung tidak membantu. Anda juga boleh beritahu orang di sekeliling anak mengenai masalah yang dihadapi supaya orang di sekelilingnya tidak pelik dengan apa yang berlaku.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Ganjaran Untuk Hargai Anak-Anak, No. #2 Paling Mudah Anda Boleh Buat
Baca juga: Rasa Pelik Bayi, Anak Kecil Suka Jatuhkan Barang Berkali-Kali? Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu
Baca juga: 12 Cara Orang ‘Lama’ Ramal Jantina Bayi Dalam Perut, Pelik Tapi Ada Yang Memang Tepat!