X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Adakah Anda Punyai Sindrom Tall Poppy? Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya

23 Mar, 2017
Adakah Anda Punyai Sindrom Tall Poppy? Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya

Sindrom Tall Poppy ialah fenomena sosial di mana sesorang itu diserang, dikutuk dan dikritik hanya kerana beliau mempunyai pencapaian yang cemerlang.

Baru-baru ini keputusan SPM telah pun dikeluarkan dan media-media dipenuhi dengan pelbagai perkongsian tentang SPM. Tahniah buat semua yang berjaya menamatkan SPM anda.

Salah satu cerita SPM yang menjadi perhatian ramai ialah temu bual bersama adik Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang memperolehi keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM 2016.

Malangnya, ramai yang telah memandang negatif hasil temu bual bersama pelajar cemerlang itu dengan memberikan pelbagai komen negatif serta menyebabkan adik Natasha Qisty menutup akaun media sosialnya.

Puan Noor Afidah Abu Bakar yang merupakan Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) telah mengulas sedikit tentang isu ini melalui akaun Parent Connect.

Antara komen negatif yang dikeluarkan:

 

Ulasan Puan Noor Afidah Abu Bakar tentang hal ini:

 

"ADIK NATASHA QISTY DAN SINDROM TALL POPPY. Sudah lama saya mendengar tentang Sindrom 'Tall Poppy' yang sering diperkatakan di Australia ketika saya tinggal di sana lebih kurang 15 tahun lalu. 'Tall poppy' adalah bahasa slanga di Australia yang merujuk kepada orang yang berjaya.
Hari ini kita menyaksikan bagaimana Sindrom Tall Poppy ini berlaku di negara kita sendiri apabila adik Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang memperolehi keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM 2016 dikecam dengan hebat oleh segelintir netizen kerana penampilannya. Wajarkah?
Saya difahamkan adik Natasha menutup akaun media sosialnya kerana menjadi mangsa pembuli siber. Ada dua isu di sini sebenarnya 1) Sindrom Tall Poppy
2) Buli siber (Cyber bullying). Sindrom Tall Poppy (STP) ini bukanlah isu orang Melayu sahaja. Sindrom ini juga dikenali sebagai ‘The politics of envy’. Ia berkaitan dengan psikologi dan tingkah laku manusia yang tidak boleh melihat orang berdiri lebih tinggi daripadanya dan tidak senang melihat adanya 'tall poppies'. Orang yang berjaya akan diperlekehkan dan dibuli dengan kecaman-kecaman yang tidak berasas dan tiada kena mengena dengan kejayaan yang mereka capai.
Artikel ini ( https://theconversation.com/cutting-down-the-tall-poppies-fe… ) mendedahkan bahawa ada pelajar di Australia dibuli secara fizikal dan verbal sehingga mengalami gangguan mental dan emosi yang berpanjangan.
Adalah juga menjadi lumrah apabila dua ‘tall poppies’ dibanding-bandingkan oleh pengidap sindrom untuk membuktikan kebenaran hujah mereka yang tidak tercapai dek akal itu. APA MASALAH PENGIDAP SINDROM TALL POPPY? Menurut kajian yang dibuat di Flinders University of South Australia dan diterbitkan oleh Australian Journal of Psychology pada tahun 1989, mereka yang mengalami STP ini terdiri daripada mereka yang tidak meletakkan prioriti yang tinggi pada aspek kejayaan tersebut. Dalam konteks ini, mereka yang membuli adik Natasha tidak menjadikan akademik sebagai prioriti mereka sebelum ini. Dalam kajian tersebut juga didapati STP ini banyak dihadapi oleh mereka yang mempunyai percaya diri (self esteem) yang rendah. Mereka merasa inferior. Percaya diri yang rendah boleh berlaku apabila kayu ukur yang digunakan untuk mengukur kelebihan seseorang adalah terlampau sempit. Ia bermula apabila orang dewasa hanya memfokuskan pada kelemahan anak, dan menghukum kelemahan tanpa mempunyai inisiatif dan keinginan untuk melihat pada kelebihan seseorang anak itu. Individu ini akan membesar sebagai seorang yang akan meneruskan tradisi yang sama. Mereka mencapai kepuasan dengan merendah-rendahkan orang lain supaya 'tall poppy' ini berdiri sama rendah dengan mereka. Kelakuan yang sebegini akan mengurangkan kekecewaan mereka dengan diri mereka sendiri. Mereka lebih merasa puas jika dapat menyebarkannya kepada orang lain – di alam siber yang 'public'. Sedih bukan?
Mereka yang mempunyai percaya diri yang tinggi dan yakin dengan kelebihan yang dimiliki selalunya terhindar dari menghidap STP ini. OLEH ITU : 1) Latihlah diri kita sebagai orang dewasa untuk melihat kelebihan yang dimiliki oleh seseorang anak dan pelajar supaya mereka juga berupaya untuk melihat kelebihan dan kejayaan orang lain tanpa iri. Allah itu Maha Adil, setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Cari kelebihan tersebut, raikan kelebihan tersebut dan gunakan kelebihan tersebut bagi membantu mereka mengatasi apa saja kelemahan yang mungkin mereka miliki kerana manusia itu sifatnya tidak sempurna. Jangan menggunakan kelemahan seorang anak untuk menidakkan kelebihan mereka. 2) Latihlah anak-anak untuk mengagumi dan meraikan kelebihan rakan-rakan dan percaya bahawa mereka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. 3) Bimbinglah juga anak-anak supaya menjadi seorang yang berhemah dan bertanggungjawab di alam siber. Selepas ini setiap kali apabila kita menyaksikan buli siber berlaku terhadap mereka yang berjaya dalam bidangnya seperti adik Natasha Qisty, tahulah kita bahawa ini adalah SINDROM TALL POPPY. Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat keputusan peperiksaan SPM 2016 baru-baru ini. Ini adalah satu permulaan. Semoga menjadi individu yang boleh berbakti kepada keluarga, masyarakat dan ummah dengan kelebihan masing-masing. Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)"

Sindrom Tall Poppy

sindrom tall poppy, tall poppy syndrome

Seperti yang dikatakan oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, sindrom Tall Poppy ialah fenomena sosial di mana sesorang itu diserang, dikutuk dan dikritik hanya kerana beliau mempunyai pencapaian yang cemerlang.

Mereka yang mempunyai sindrom ini akan fokus kepada perkara yang tidak berkaitan dengan kejayaan individual itu dan memperlekehkan pada perkara lain.

Terdapat kajian menunjukkan mereka yang mempunyai sindrom Tall Poppy ini sebenarnya rasa tidak selamat dengan kelebihan orang lain. Dengan erti kata lain, mereka yang cemburu dengan pencapaian orang lain.

Pembulian Siber

Apa kaitannya sindrom Tall Poppy dengan pembulian siber? Disebabkan mereka dapat 'menyorokk' di belakang keyboard, maka, mereka menggunakan medium media sosial untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka ini. "Keyboard warrior" salah satu terma yang sering digunakan sekarang.

Contoh di dalam hal ini, seperti apa yang berlaku pada adik Natasha Qisty. Tujuan temu bual ringkas itu untuk menunjukkan pencapaian beliau semasa mengambil keputusan SPM baru-baru ini, namun, ramai netizen memberi komen yang negatif tentang pemakaiannya, solekannya, cara percakapan dan cita-citanya untuk menjadi doktor.

Mungkin ramai yang tidak sedar atau pura-pura tidak sedar yang pembulian siber boleh memberi impak besar yang sangat teruk terhadap seseorang individual. Pernahkah anda baca tentang kisah Pembulian siber terus mengganggu seorang remaja di atas talian selepas kematiannya? Tentang seorang remaja perempuan yang membunuh diri kerana pembulian siber.

Apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa?

Sebelum kita ingin membentuk anak-anak kita, kita harus pastikan yang kita tidak mempamerkan tingkah laku yang tidak elok ini kepada mereka. Barulah mereka dapat belajar dari contoh dan bukan sekadar kata-kata. Perbuatan lebih besar impaknya berbanding kata-kata.

  • pupukkan di dalam diri mereka untuk tidak iri hati dengan pencapaian orang lain. Serta sama-sama gembira dengan kejayaan rakan-rakan
  • jika anak anda menunjukkan tanda-tanda tidak menggemari kejayaan orang lain, bantu mereka mengatasi perasaan tersebut
  • fahamkan mereka yang setiap orang mempunyai keistimewaan sendiri termasuk diri mereka.
  • jangan membanding-bandingkan mereka dengan kejayaan orang lain
  • jangan merendahkan pencapaian mereka serta jangan tunjukkan yang anda kecewa dengan mereka

Semoga sindrom Tall Poppy dan pembulian siber tidak menjadi budaya kita. Semuanya bermula dari kita. Jika kita membanyakkan budaya positif, lama kelamaan, perkara yang buruk boleh ditenggelamkan.

Kepada adik Natasha Qisty, tahniah! Anda hebat. Semoga dapat mengabaikan segala komen negatif dan jadikan semua itu sebagai pemangkin untuk mencapai cita-cita :)

Baca juga: 7 Cara Bagaimana Ibu Bapa Boleh Elak Anak Menjadi Pembuli Siber

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Adakah Anda Punyai Sindrom Tall Poppy? Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
Kongsikan:
  • Pembulian siber terus mengganggu seorang remaja di atas talian selepas kematiannya

    Pembulian siber terus mengganggu seorang remaja di atas talian selepas kematiannya

  • 7 cara bagaimana ibu bapa boleh elak anak jadi seorang pembuli siber

    7 cara bagaimana ibu bapa boleh elak anak jadi seorang pembuli siber

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pembulian siber terus mengganggu seorang remaja di atas talian selepas kematiannya

    Pembulian siber terus mengganggu seorang remaja di atas talian selepas kematiannya

  • 7 cara bagaimana ibu bapa boleh elak anak jadi seorang pembuli siber

    7 cara bagaimana ibu bapa boleh elak anak jadi seorang pembuli siber

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.