Sindrom Asperger atau Asperger Syndrome (ASG) mula diperkenalkan oleh Hans Asperger sekitar tahun 1944. Menurutnya, sindrom asperger berasal dari genetik atau sistem neuron. Ia sama sekali bukan disebabkan faktor permasalahan psikologi anak.
Sindrom Asperger termasuk dalam kategori Autisme, namun mereka yang memiliki sindrom ini tidak terlalu menunjukkan tanda-tanda sindrom dari perilaku mereka.
Bagi mengetahui sama ada seseorang itu memiliki kecendurungan Sindrom Asperger atau tidak, mereka perlu lalui proses screening dari doktor.
Komplikasi terhadap kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Asperger
Kredit : Alo Dokter
Kanak-kanak yang mempunyai simptom ini akan mengalami komplikasi seperti berikut:
- Kemurungan
- ADHD
- Schizophrenia
- Tingkah laku obsesif-kompulsif
- Kesukaran dengan interaksi sosial
10 Ciri-ciri Sindrom Asperger, Ibu Wajib Semak Pada Anak
1. Sukar ada kawan
Kanak-kanak yang memiliki sindrom ini ada masalah berkomunikasi secara verbal hingga menyebabkan mereka sukar untuk berkawan dengan kanak-kanak seusia.
2. Mutisme selektif
Maksud di sini, kanak-kanak tersebut hanya berbicara dengan orang yang mereka percaya atau kenal sahaja contohnya ahli keluarga. Malah, dia akan menolak bercakap dengan orang tak dikenali.
3. Tidak pandai bersimpati
Anak yang memiliki ASG sedikit sulit untuk memberi tindak balas terhadap orang lain. Malah, dia tidak tahu cara menunjukkan simpati apabila mendapat perkhabaran tertentu.
4. Sukar membuat hubungan mata
Kanak-kanak dengan ASG susah nak buat hubungan mata dengan orang kerana ketidakpercayaan diri sendiri hingga menjejaskan kemampuannya untuk bersosial.
5. Sikap aktif yang terlampau menonjol
Tak semua kanak-kanak Sindrom Asperger bersikap pasif kerana ada juga yang sangat aktif beserta sikap pelik yang kekadang muncul ketika berada di khalayak ramai.
Atas sebab itu, anak ASG ini sering disalah fahami hingga menimbulkan kesulitan untuk mereka berkawan.
6. Bijak dalam bidang tertentu
Anak yang mempunyai Sindrom Asperger mungkin lemah dalam pelajaran di sekolah. Namun, ia bukan bermakna mereka tidak ada tarikan khusus terhadap sesuatu perkara.
Contohnya mereka boleh susun puzzle dengan baik, bijak matematik, seni dan lain-lain. Jika mereka dipaksa melakukan perkara yang tak disukai, maka mereka akan mengalami stres.
7. Rutin jadual yang tetap setiap hari
Mereka lebih suka ada rutin aktiviti yang tetap setiap hari dan bersikap disiplin dengan jadualnya. Jika anda ubah jaduallnya, dia akan bingung dan ketakutan.
8. Tak faham bahasa kiasan
Jika anda ingin berkomunikasi dengan kanak-kanak ASG, elakkan guna bahasa kiasan kerana mereka akan berasa bingung dan kurang faham apa yang dituturkan oleh orang sekelilingya.
Adalah lebih baik guna perkataan yang ringkas dan mudah difahami.
9. Memiliki kemampuan luar biasa
Ya, kanak-kanak dengan sindrom ini memiliki kemampuan luar biasa berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Jika diasuh dengan sempurna, anak ASG dapat menganalisa hal rumit dengan mudah.
10. Kemampuan motorik rendah
Ia terjadi disebabkan tiada koordinasi antara mata dan tangan, namun ia dapat dilatih oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Atas sebab ini juga, kanak-kanak ASG memiliki tulisan tangan yang buruk.
Rawatan dan pemeriksaan untuk Sindrom Asperger
Kredit : Terapi Psikologi
Tiada ujian khusus yang boleh menentukan gangguan itu.
Namun, jika anda dapati gejala ini pada anak, doktor akan minta sejarah perubatan lengkap dan melakukan pemeriksaan fizikal serta neurologi.
Ujian darah dan X-ray juga akan dijalankan supaya dapat mengesan punca gejala tersebut berlaku yang mungkin disyaki mengalami Sindrom Asperger.
Kanak-kanak tersebut juga disyorkan melakukan terapi di bawah:
- Dihantar ke sekolah pendidikan khas supaya dapat belajar dengan persekitaran yang sesuai.
- Terapi fizikal, pertuturan, kemahiran sosial dan pekerjaan.
Namun begitu, tak usah terlalu bersedih jika anda dianugerahkan anak dengan sindrom in. Aanggap ia adalah satu ujian memiliki anak istimewa.
Jika terapi dan pendidikan khas berjalan baik, anak ASG juga boleh menjadi seorang genius dalam bidang yang diminati.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar : Berita Harian
Sumber: theAsianparent Indonesia & theAsianparent Philippines
Baca juga:
https://my.theasianparent.comapa-itu-autisme/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!