Wanita Jepun Ini Beri Ganjaran Pada Suaminya Kerana Menjadi Seorang Ayah Yang Baik, Wah!

Pernahkah anda terfikir untuk memberi ganjaran kepada suami kerana membantu anda menguruskan keluarga?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membesarkan anak sebenarnya bukan perkara yang mudah. Seorang ibu semestinya memerlukan pertolongan untuk menjaga dan menguruskan anak dengan sebaiknya. Jadi seorang suami haruslah memainkan peranan menjadi ayah yang baik!

Apabila pasangan ada untuk satu sama lain dan saling memberi penghargaan, pengurusan seharian tentunya menjadi lebih baik dan berjalan lebih lancar.

Seringkali kita mendengar suami memberikan penghargaan kepada isteri kerana menjaga keluarga, namun apa pula apabila terjadi sebaliknya?

Isteri Memberi Penghargaan Kepada Suami Kerana Menjadi Ayah Yang Baik

Di Jepun, perkara ini benar-benar berlaku apabila seorang isteri menulis nota terima kasih kepada suaminya, termasuk menyelitkan wang sebanyak 20,000 yen (RM735.19) dan menawarkan kepadanya 1 hari cuti untuk membelanjakan wang itu!

Pasangan bahagia itu mengikat ikatan perkahwinan pada tahun 2017 dan anak perempuan mereka yang comel dilahirkan pada bulan Ogos 2018.

Dengan kehadiran si kecil tersebut, ia bermakna tanggungjawab mereka semakin meningkat dan kehidupan mereka melalui perubahan mendadak.

Ibu baru baru selalunya akan mengalami sedikit kesukaran untuk membiasakan diri dengan dengan kehidupan dengan bayi kecil, namun Hiroto kelihatan sangat selesa dengan tugas barunya sebagai ayah.

Dia banyak membantu isterinya dalam menguruskan anak, dan meringankan kerja isteri kesayangannya.

Hadiah Berupa Cuti dan Wang Belanja

Dalam tweetnya pada 4 Mac yang lalu, Hiroto menyiarkan gambar kejutan yang diberi oleh isterinya. Terdapat sampul surat dengan tulisan kaligrafi untuk perkataan Jepun “kansha” (yang bermaksud “dengan penghargaan”) yang ditulis di atasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kandungan sampul tersebut merupakan nota terima kasih dan wang sebanyak 20,000 yen.

Nota itu bertulis “Hadiah untukmu: 1 hari cuti” dan juga:

● Hari apa pun boleh. Beritahu saya bila awak sudah buat keputusan.
● Awak boleh menghabiskan wang sebagaimana yang awak mahu, (bermain pachinko, berendam di kolam air panas, keluar makan, keluar minum, dan lain-lain)
● Balik ke rumah bila-bila masa. (Jangan terlalu lewat!)
● Bila awak pulang ke rumah, rehat dan tidak perlu lakukan apa-apa.

Isteri Hiroto mengakhiri surat tersebut dengan mengucapkan terima kasih kerana usaha beliau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ini adalah hadiah untuk awak kerana menjadi ayah yang sentiasa bekerja keras setiap hari. Terima kasih, selalu.”

Bersama-sama dengan foto itu, Hiroto juga menulis di Twitter:

“Saya sangat berterima kasih kepada isteri saya! Saya mahu pergi menikmati hari saya!”

Ramai pengguna Twitter turut berkongsi kegembiraan dan memuji isteri Hiroto kerana sikap penyayang dan menggambarkannya sebagai “sangat manis” dan “calon untuk isteri terbaik tahun ini”.

Yang pastinya, mereka juga memberi pujian untuk Hiroto dan mengatakan dia tentunya suami dan ayah yang cukup membantu dan memberi perhatian kepada keluarga sehinggakan si isteri sanggup melakukan perkara tersebut.

Bagaimana Isteri Boleh Menunjukkan Penghargaan Terhadap Suami?

#1 Hormati Keputusan Suami

Kadangkala wanita menganggap keputusan dia sahaja yang betul dan sikap ini akan membuatkan suami melihat perkara itu sebagai tidak menghormati si suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini tidak bermakna anda harus mengikut sahaja keputusan suami tanpa perbincangan, tetapi terima pendapatnya tanpa menolak bulat-bulat. Tunjukkan kepadanya yang anda percaya akan kebolehannya membuat keputusan.

#2 Hormati Kemampuannya Melakukan Banyak Hal 

Contohnya ketika suami membetulkan lampu yang rosak, memandu tanpa tersesat, atau menjadi ayah yang baik dengan menguruskan anak.

Hargai kemampuan si suami tanpa terus menyuruhnya mendapatkan khidmat tukang paip, atau orang lain untuk membetulkan keadaan rumah dan menguruskan anak. Percaya kepada suami anda, jika tidak, kenapa anda memilihnya bukan?

#3 Beri Pujian Kepada Suami Anda

Kita selalu fikir yang wanita idamkan pujian, namun sebenarnya lelaki juga memerlukan pujian terutama dari insan tersayang! Barulah dia lebih berkobar-kobar untuk menjadi lebih baik untuk anda dan keluarga.

Berikan pujian atas kebolehannya membaiki kereta yang rosak, atau penampilannya yang lebih menarik selepas menggayakan rambutnya yang baru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4 Hormati Suami di Depan Orang Ramai

Jangan sekali-kali mengkritik dan merendahkan kemampuan suami di hadapan orang lain walaupun anda tidak sependapat pada masa tersebut. Elakkan berbual terlalu mesra dengan lelaki lain walaupun mereka adalah kenalan lama anda.

Jika ada yang anda tidak bersetuju dengannya, bincanglah secara berdua dan cari jalan penyelesaian. Namun di hadapan umum, hormatilah suami sebagai ketua keluarga.

Apa kata kita cuba cara wanita Jepun ini? Hargai suami bukan sekadar kerana dia ayah yang baik, tetapi kerana banyak lagi pengorbanan yang dilakukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang paling sukar apabila menjadi ayah?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Asiaone

Baca juga

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-tanpa-ayah

Penulis

Beto Rahman