Bimbang Gastrik Semasa Hamil? Cuba 5 Cara Efektif Ini Untuk Tangani Masalah Dengan Berkesan!
Apakah cara yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah gastrik semasa hamil? Jawapannya ada di sini.
Gastrik ketika mengandung merupakan keadaan yang sering terjadi kepada kebiasaan wanita hamil dan ia turut dikaitkan dengan gastroesophageal reflux disease (GERD).
Gejala yang sering dialami adalah seperti ketidakselesaan sekitar perut terutama pada trimester pertama atau kedua kehamilan.
Ia berlaku apabila asid perut mengelair kembali ke tiub yang menyambungkan mulut dan perut (esofagus). Seterusnya boleh ganggu lapisan perut anda.
Punca Gastrik Ketika Mengandung
- Sememangnya semasa hamil, tubuh wanita akan mengalami banyak perubahan terutamanya gas yang dihasilkan oleh badan boleh menjadi punca ketidakselesaan.
- Hormon progesteron adalah salah satu punca gas berlebihan semasa hamil.
- Punca gastrik juga berlaku apabila otot usus bergerak lebih perlahan seterusnya pencernaan ibu hamil mengambil banyak masa dan lebih lama. Sebab itu, anda kerap kembung perut dan sentiasa sendawa bagi mengeluarkan angin.
- Oleh sebab asid perut naik ke bahagia perut sekaligus menyebabkan tekak dan mulut meninggalkan rasa masam dan pahit.
- Selain itu, ketika hamil rahim akan mengembang sekaligus mengambil banyak ruang pada rongga abdomen sebab itu proses pencernaan jadi perlahan
Gejala Gastrik Ketika Mengandung
- Sembelit
- Pedih ulu hati
- Perut kembung
- Banyak angin dalam badan
- Badan rasa tidak selesa
Cara Mengatasi Gastrik Semasa Mengandung
1) Jangan amalkan makanan yang berangin
- Terdapat banyak makanan yang boleh menyebabkan pedih ulu hati dan kembung perut seperti bijirin, kentang, sayuran kobis, kobis bunga dan brokoli kerana ia mengandungi raffnose
- Selain itu, masalah pencernaan juga disebabkan kopi, jus buah-buahan dan makanan berlemak serta berempah. Elakkan juga makanan dan minuman berproses terutamanya soda.
2) Ambil hidangan dalam jumlah yang lebih kecil
Sekiranya sebelum ini anda makan tiga kali sehari dalam hidangan utama setiap hari, cuba pecahkan kepada lima hidangan yang lebih kecil. Secara tidak langsung, tubuh mempunyai masa untuk mencerna semua makanan tersebut dengan lebih teratur dan sempurna.
3) Betulkan postur badan
- Dapatkan kedudukan postur badan yang baik seperti duduk tegak dan jangan membongkok.
- Elakkan baring sebelum satu jam selepas makan.
- Gunakan banyak bantal untuk tinggikan kepala semasa tidur di waktu malam kerana jika graviti yang betul dapat mengekalkan asid perut berada di tempat yang sepatutnya.
4) Berpakaian selesa
- Elakkan pakaian yang ketat dan berlapis terutama di bahagian perut kerana pakaian juga memainkan peranan penting untuk gerakan lebih aktif.
5) Buat senaman ringan di rumah
- Walaupun semasa hamil badan badan cepat penat namun dengan melakukan senaman ringan dapat membantu hindari masalah keselesaan di bahagian perut. Antara senaman yang disyorkan seperti berjalan, menarik nafas, menaiki tangga dan lain-lain.
- Senaman ini dapat mempercepatkan proses pencernaan, mengatasi masalah sembelit dan memberi kesan positif kepada masalah gastrik.
Namun begitu, jika masalah gastrik semasa hamil berterusan berlaku adalah lebih baik sekiranya anda berjumpa doktor dan mungkin ubat tertentu dapat diberikan kepada anda supaya melegakan keadaan tersebut yang boleh ganggu kehamilan.
Jika ingin mendapatkan ubat dari farmasi periksa dahulu dengan doktor anda dan jangan menggunakannya tanpa usul periksa kerana mungkin kesan sampingan yang lebih buruk boleh berlaku.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Kerap Gastrik Ketika Hamil Adalah Normal, Ia Petanda Bayi Anda Semakin Membesar!
Baca juga: Elakkan Pedas & Terlalu Masam, Ini 5 Jenis Makanan Yang BERKESAN Melegakan Gastrik
Baca juga: 5 Khasiat Halia Bara Untuk Kesihatan Wanita, Salah Satunya Meningkatkan Kesuburan!