X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

4 min bacaan
5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

Suami asyik mengeluh sebab lepas kahwin ini perut mereka menjadi makin besar? Ini adalah 5 makanan dan senaman yang boleh bantu masalah perut boroi mereka.

Kenapa kebanyakan lelaki, lepas kahwin mesti perut jadi boroi? Tak payah tengok jauh, cik abang dekat sebelah tu, amboi… makin hari makin besar nampak perut boroi tu.

Haa, tapi cakap dengan suami jangan risau! Ini kami sediakan beberapa cara untuk hilangkan masalah perut boroi yang melanda mereka sejak lepas kahwin. Jom ajak suami baca sama-sama.

7 makanan untuk hilangkan perut boroi

Dengan mengambil makanan rendah lemak ini, anda boleh minimumkan saiz perut hanya dalam masa beberapa minggu!

1. Tomato

Image result

Tomato bukan saja boleh buat makanan jadi lebih sedap, tapi ia juga boleh bantu kurangkan lemak pada perut!

Tomato berfungsi mengurangkan air yang merebak di sekitar bahagian bawah perut. Bukan itu saja, tomato juga mempunyai sumber vitamin A, C, K dan potasium yang tinggi. 

2. Tembikai

Tembikai adalah antara buah yang sedap dan menyihatkan. Ia penuh dengan nutrisi dan mineral tapi dengan kalori yang sikit.

Tembikai mempunyai air yang banyak dan perlu diambil sebelum makan untuk mengurangkan lemak dan juga mengisi perut anda yang lapar supaya anda tak makan terlalu banyak nanti.

Kajian mengatakan, minum dua gelas jus tembikai sehari selama tujuh minggu boleh mengurangkan lemak di bahagiam perut. Tapi, jangan tambah gula pula ya!

3. Betik

Image result

Betik adalah buah yang disarankan doktor untuk memperbaiki sistem pencernaan. Dalam buah ini, terdapat enzim yang dipanggil Papain.

Enzim ini boleh membantu untuk menghadam makanan dengan cepat dan mengurangkan lemak di perut.

4. Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi asid yang dipanggil asid oleik yang membantu anda untuk menghapurkan lemak berlebihan dari badan. Asid lemak di dalam minyak zaitun pula boleh mengekalkan paras gula dalam darah.

Jadi, anda boleh mula tukarkan minyak masak anda dengan minyak zaitun untuk mendapatkan pemakanan yang lebih sihat.

5. Pisang

Image result

Ramai mengatakan pisang menambahkan lemak dalam badan, tapi sebenarnya, ia mengandungi potasium yang boleh mengurangkan kandungan air untuk menambahkan keperluan air dalam badan kita.

Selain itu, pisang juga boleh menghilangkan rasa lapar dan anda boleh makan pisang tanpa risau berat badan anda naik.

5 senaman untuk hilangkan masalah perut boroi 

Selain menjaga pemakanan, senaman juga boleh membantu anda turunkan lemak di perut. Ini adalah senarai senaman yang boleh anda lakukan untuk mengempiskan perut dan mendapat kembali bentuk badan seperti zaman bujang dulu.

1. Crunches

perut boroi, perut boroi lepas kahwin, perut buncit, perut buncit lepas berkahwin, atasi perut buncit, cara kempiskan perut, cara kempiskan perut dalam masa,

Senaman ini mungkin agak susah untuk anda lakukan pada hari pertama, tapi lepas beberapa hari, anda dah boleh lakukan senaman ini dengan selesa.

Caranya: Pertama sekali, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan bengkokkan lutut anda kepada bentuk V dan kemudian letakkan kedua-dua tapak tangan pada sebelah telinga.

Perlahan-lahan angkat kepala anda dan cuba untuk naikkan sikit dada anda dari lantai. Ulang proses ini sebanyak yang anda mampu.

2. Basikal udara

perut boroi, perut boroi lepas kahwin, perut buncit, perut buncit lepas berkahwin, atasi perut buncit, cara kempiskan perut, cara kempiskan perut dalam masa,

Basikal udara adalah antara senaman yang berkesan menghilangkan lemak degil di perut. Ia bukan saja boleh bakar lemak pada perut, tapi juga menguatkan otot pada perut.

Caranya: Baring atas permukaan rata dan letakkan kedua-dua tangan anda lurus di atas lantai. Perlahan-lahan angkat kedua-dua kaki anda dan mula buat pergerakan mengayuh basikal.

Lakukan selama dua minit. Tapi, sebelum anda mulakan senaman ini, pastikan anda warm-up terlebih dulu.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

3. Plank

perut boroi, perut boroi lepas kahwin, perut buncit, perut buncit lepas berkahwin, atasi perut buncit, cara kempiskan perut, cara kempiskan perut dalam masa,

Plank ini senamannya lebih kurang seperti push-up atau “pumping” bezanya anda perlu kekal pada posisi yang sama selama mungkin.

Caranya: Bengkokkan siku anda rapat dengan pinggang dan angkat keseluruhan badan anda. Badan anda perlu kekal lurus.

Pada masa yang sama, anda perlu tahan menggunakan lengan dan jari kaki. Anda perlu gunakan kekuatan perut dan belakang untuk kekal pada posisi ini selama yang anda boleh.

4. Squat

perut boroi, perut boroi lepas kahwin, perut buncit, perut buncit lepas berkahwin, atasi perut buncit, cara kempiskan perut, cara kempiskan perut dalam masa,

Senaman ini bukan saja boleh meratakan perut anda, malah ia juga boleh mencantikkan punggung anda. Senaman ini meletakkan tekanan pada otot perut anda.

Caranya: Anda perlu diri dan kangkangkan kaki anda sikit, kemudian anda duduk dalam posisi mencangkung dan berdiri semula.

5. Angkat tangan

perut boroi, perut boroi lepas kahwin, perut buncit, perut buncit lepas berkahwin, atasi perut buncit, cara kempiskan perut, cara kempiskan perut dalam masa,

Senaman ini sangat mudah dan anda boleh lakukannya dengan senang.

Caranya: Pegang pemberat yang tak terlalu berat untuk anda dan kemudian berdiri tegak dengan tangan di sisi.

Perlahan-lahan, angkat tangan anda sehingga anda merasakan tekanan di bahagian perut. Anda perlu membuat senaman ini hari-hari, tapi jangan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan badan anda sakit.

Macam mana? Senangkan cara-cara nak hilangkan perut boroi ini. Bukan itu saja, anda juga tak perlu untuk bayar trainer untuk bantu anda bersenam atau menyediakan makanan yang susah. Semuanya sangat mudah dan simple.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Health Living Yoga

Baca juga: 

11 Cara Di Rumah Yang Boleh Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin
Kongsikan:
  • 7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

    7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

  • 7 Tips Kempiskan Perut BUNCIT Selepas Bersalin, Ibu Boleh Cuba!

    7 Tips Kempiskan Perut BUNCIT Selepas Bersalin, Ibu Boleh Cuba!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.