Ada orang kata, perempuan lebih cerewet dan teliti dalam pemilihan barangan lebih-lebih lagi pakaian. Jadi tempoh beli-belah mereka agak lama berbanding lelaki. Hal ini dapat dilihat menerusi video tular memperlihatkan gelagat suami di luar kedai sedang menunggu isteri membeli-belah.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bermacam gaya dan gelagat suami sambil menunggu isteri
- Netizen terhibur, berkongsi situasi sama
Maklumlah, raya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan masing-masing sibuk melakukan persiapan termasuk membeli-belah pakaian baharu untuk Aidilfitri. Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza dan sebab itu, untuk memilih pakaian memerlukan masa agak lama. Tambah lagi kalau ibu yang beli-belah kerana bukan semata-mata pakaiannya dan suami tetapi, dia lebih mengutamakan pakaian anak-anak.
Bermacam gaya dan gelagat suami sambil menunggu isteri
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh pemilik akaun ismael.ibrahim91 memperlihatkan, gelagat golongan tersebut ‘bersidai’ di kaki lima sebuah pusat beli-belah.
Video itu memperlihatkan bermacam gaya mereka antaranya duduk bersila di atas lantai sambil melihat telefon bimbit, ada juga berdiri bersandar di tiang sambil tangan memeluk tubuh, ada juga duduk bersandar di tiang selain ada yang kelihat seperti sedang merenung masa hadapan.
Dalam video itu, pemilik akaun tersebut meletakkan keterangan, ‘pengorbanan seorang lelaki setiap kali pegi shopping‘.
Bagaimanapun, tidak diketahui lokasi pusat beli-belah tersebut kerana tiada dimaklumkan di dalam video itu.
Netizen terhibur, berkongsi situasi sama
Susulan video tular itu, netizen turut terhibur malah, mereka juga mengaitkan situasi sama dengan pengalaman mereka. Antara komen-komen mereka ialah:
“Bertabahlah ya wahai kaum Adam. Sayang isteri kenalah berkorban”.
“Hari ini uncle dah macam cukup penat layan isteri nak shopping. Tak apalah, kadang kita pun tak ada masa berhari menguruskan rezeki”.
“Nampaknya pihak mall perlu menaik taraf mall dengan mewujudkan bangku magic di depan kedai untuk para suami dan lelaki”.
“Aku jarang guna powerbank kecuali kerja. Tapi bila teman wife waktu macam ni, terus aku bawa powerbank. Jadi korang fahamlah kenapa aku bawa powerbank“.
“Brother pakai topi terbalik tu jauh merenung masa depan”.
“Salut brother-brother ni walaupun tak ambil peduli beli barang, tapi dia tetap ingat tanggungjawab. Buktinya dia kena sidai”.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tubuh Makin Susut & Muntahkan Semula Susu, Ibu Pasrah Bayi Meninggal Kerana Penyakit Usus
Baca juga: Budak 10 Tahun Maut Ketika Cuba Tahan Kereta Mengundur Sewaktu Bermain Dengan Adik
Baca juga: Nak Marah Tapi Kena Sabar, Ibu Terkedu Tengok Anak Buat ‘Pesta’ Air Coway Di Dapur