Seronok rasanya bila bayi kecil anda tak merengek bila setiap hari anda memberus giginya. Tapi tiba-tiba anda perasan ada sesuatu yang aneh! Ada corak pelik seakan peta di lidah bayi! Itu sebenarnya geographic tongue pada bayi.
Rasa bumi ini tiba-tiba terbalik sekejap. Anda mula panik, peluh di dahi mula menitik tup..tup. Kemudian, anda search di internet apa itu geographic tongue pada bayi.
Adakah ia membahayakan kesihatan anak? Ya Tuhan, takutnya rasa di hati.
Geographic tongue pada bayi
Bertenang ya, wahai ibu. Tidak ada sebab yang anda patut bimbang.
Geographic tongue pada bayi ini adalah satu keadaan di mana permukaan lidah bayi bercorak-corak seperti permukaan geografi bentuk muka Bumi. Namun keadaan itu tidak merbahaya.
Walaupun geographic tongue pada bayi kelihatan seperti menakutkan, tapi ia tidak meninggalkan sebarang masalah kesihatan atau kesan sampingan yang berpanjangan pada bayi anda.
Ia juga TIDAK ada kaitan dengan jangkitan atau kanser. Namun, anak mungkin jadi tidak selesa. Si kecil mungkin sensitif terhadap beberapa makanan yang mengandungi garam atau rempah.
Akan tetapi, geographic tongue tidak mempunyai sebarang bukti kajian ke atasnya, namun ia kemungkinan kerana kekurangan vitamin B pada tubuh anak.
Bila anda patut berjumpa doktor?
- Jika geographic tongue pada bayi berlanjutan sehingga 10 hari, mungkin bantuan perubatan diperlukan.
- Hubungi hospital terdekat sekiranya anak alami masalah pernafasan, lidah membengkak, masalah percakapan, sukar menelan atau mengunyah.
Pencegahan geographic tongue pada bayi
- Elakkan memberi makanan yang pedas, berasid dan masin.
- Berbincang dengan doktor tentang pemberian vitamin dan suplemen pada anak
- Ubat gigi yang tiada bahan tambahan bagi kurangkan rasa tak selesa.
Justeru, masalah geographic tongue pada bayi ini akan hilang dan sembuh sendiri. Namun, anda perlu sentiasa memastikan mulut dan lidah bayi dalam keadaan yang bersih selepas makan atau minum susu.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua dan jangan lupa kongsikannya di laman sosial anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Rosanna Chio. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Lidah Pendek Atau Tongue Tie Pada Bayi: Boleh Buat Bayi Sukar Menyusu & Menangis