Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Dapat Dirasai Seawal Usia 18 Minggu Kehamilan, Buat Ibu Makin Teruja!

undefined

Pergerakan bayi dalam kandungan membuatkan ibu ayah rasa teruja dan semakin tidak sabar untuk bertemu si kecil. Setiap gerakan ada maknanya

Pertama kali merasai gerakan janin dalam rahim, tentu anda akan rasa teruja dan terharu. Lantas terus rasa tak sabar nak tahu baby buat apa dalam perut ibu. Namun, pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana pergerakan bayi dalam kandungan berlaku? 

Gerakan janin juga merupakan salah satu momen ketika hamil yang pasti akan dikenang ibu selepas bersalin. Bila bayi mula ke kiri, ke kanan atau buat tendangan halus, ibu pun terus rasa excited giler nak tengok perut. 

12 Fakta Menarik Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

Ibu boleh menyedari gerakan janin ketika kandungan mencapai usia 18 ke 20 minggu. Tapi kalau ia merupakan kehamilan pertama, ibu akan rasa gerakan janin lambat sedikit, mungkin dalam 23 minggu.

Ada juga yang kata, kalau ibu perut nipis cepat dapat rasakan gerakan janin berbanding mereka yang perut tebal. Bila gerakan janin sudah dapat dirasai oleh ibu, doktor akan mendengar denyutan jantung bayi dan pemeriksaan lain. 

1. Tidak Sedar Pergerakan Pertama Bayi

Walaupun anda mungkin belum merasainya, bayi sebenarnya sudah mula bergerak seawal minggu ke-8 kehamilan. Namun, pergerakan ini sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Pada tahap ini, pergerakan bayi hanyalah refleks asas kerana sistem sarafnya sedang berkembang.

2. Pergerakan Pertama Antara Minggu Ke-16 Hingga Ke-25

Bagi kebanyakan ibu, pergerakan bayi mula dirasai sekitar minggu ke-16 hingga ke-25 kehamilan. Ini sering digambarkan seperti sensasi ‘kupu-kupu’ atau ‘angin beralun’.

Jika ini adalah kehamilan pertama anda, mungkin akan mengambil masa sedikit lebih lama untuk mengenali pergerakan tersebut.

3. Pergerakan Bayi Meningkat Apabila Ibu Aktif

Percaya atau tidak, bayi dalam kandungan lebih cenderung untuk bergerak ketika anda sedang aktif. Pergerakan ibu seperti berjalan atau bersenam boleh merangsang bayi untuk ‘menari’ di dalam rahim.

4. Bayi Mempunyai Corak Pergerakan Tersendiri

Setiap bayi adalah unik, termasuklah corak pergerakannya. Ada bayi yang sangat aktif pada waktu pagi, manakala ada yang lebih gemar bergerak pada waktu malam. Memahami corak ini boleh membantu ibu mengenali sekiranya ada perubahan pada pergerakan bayi.

5. Bayi Boleh Menendang Sehingga 10 Kali Dalam Satu Jam

Ketika usia kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga, bayi semakin aktif. Dalam satu jam, mereka boleh menendang sebanyak 10 kali atau lebih. Jika anda perasan bayi bergerak kurang daripada biasa, ini mungkin tanda untuk berjumpa doktor.

6. Makanan Ibu Boleh Mempengaruhi Pergerakan Bayi

Tahukah anda bahawa makanan yang ibu makan juga boleh mempengaruhi pergerakan bayi?  Bahkan bila gerakan janin ini nampak okay saja, itu tanda dia sedang membesar dengan baik. Terutama bila tengah makan, rancaknya si kecil dalam perut ini menendang. Sukalah tu, dapat makan sedap-sedap, ya?

7. Bayi Juga Boleh Sedu Dalam Kandungan

Kadangkala, ibu mungkin terasa seperti ada ‘denyutan kecil’ dalam perut. Ini sebenarnya adalah bayi sedang sedu! Fenomena ini berlaku kerana bayi sedang belajar mengawal otot diafragma mereka, satu langkah penting dalam persediaan untuk bernafas selepas kelahiran.

8. Bayi Bertindak Balas Terhadap Bunyi

Pada minggu ke-20 kehamilan, pendengaran bayi sudah mula berkembang. Mereka boleh bertindak balas terhadap bunyi dari luar rahim. Contohnya, mereka mungkin menendang atau bergerak lebih aktif apabila mendengar suara ibu atau muzik yang dimainkan.

9. Pergerakan Bayi Boleh Mengurangkan Stres Ibu

Melihat atau merasai pergerakan bayi dalam kandungan boleh menjadi terapi bagi ibu. Ia memberi keyakinan bahawa bayi berada dalam keadaan sihat dan aktif, sekaligus membantu ibu mengurangkan kebimbangan.

10. Bayi Juga Boleh Tidur Dalam Kandungan

Bayi dalam kandungan mempunyai corak tidur seperti manusia biasa. Mereka boleh tidur sehingga 14 jam sehari, biasanya dalam kitaran pendek selama 20 hingga 40 minit. Jadi, jika bayi tidak bergerak, jangan terus panik, mereka mungkin sedang lena tidur!

11. Pergerakan Menurun Menjelang Tarikh Lahir

Pada trimester ketiga, terutama menjelang tarikh kelahiran, ruang dalam rahim menjadi semakin sempit kerana bayi sudah membesar. Akibatnya, anda mungkin merasai pergerakan bayi menjadi kurang kerap. Walau bagaimanapun, pergerakan masih harus ada, dan jika terlalu kurang, segera rujuk kepada doktor.

12. Pergerakan Bayi Mencerminkan Kesihatannya

Secara keseluruhan, pergerakan bayi adalah salah satu tanda utama bahawa mereka sihat dan aktif. Itulah sebabnya doktor sering bertanya tentang pergerakan bayi semasa pemeriksaan antenatal. Mengawasi corak pergerakan bayi boleh membantu mengesan sebarang masalah kesihatan lebih awal.

Gerakan Janin Dalam Kandungan Melalui Ultrasound

Ibu boleh lihat dan tahu bayi buat apa dalam kandungan dengan cara melalui ultrasound scan. Dari situ ibu boleh melihat setiap gerakan baby. 

Biasanya doktor akan check gerakan baby ini secara berperingkat. Ketika di trimester pertama doktor akan lakukan sebulan sekali, trimester kedua 1 kali seminggu dan trimester ketiga setiap minggu.

Tapi kalau ada masalah pada kandungan seperti uri di bawah, air ketuban kurang atau ibu ada diabetes, doktor akan buat scan dengan lebih kerap supaya anak dalam kandungan sihat dan cergas. 

gerakan janin, pergerakan, pergerakan bayi dalam kandungan, gerakan baby, gerakan bayi dalam perut ibu, gerakan janin dalam kandungan ibu, janin sihat bergerak dalam kandungan, janin aktif bergerak dalam kandungan, janin aktif

Carta Pergerakan Janin Dalam Perut Mengikut Usia Kandungan

  • 7-8 minggu: Bayi mula menggeliat dan boleh buat gerakan kecil.
  • 9 minggu: Bayi sudah mula boleh gerakkan kaki dan tangannya. 
  • 10 minggu: Bayi boleh gerakkan kepala, mengangkat kedua tangan, sentuh wajah dan membuka mulut. 
  • 12 minggu: Sudah boleh menguap. 
  • 14 minggu: Pandai menggerakkan mata kecilnya. 
  • 15 minggu: Sudah pandai menghisap jari-jemari halusnya. Bahkan ketika ultrasound scan, ibu boleh lihat dia cenderung menggunakan tangan kanan atau kiri. 

Gerakan bayi ini mula-mula memang perlahan dan halus saja. Tapi bila sudah sampai di trimester ketiga, ibu akan dapat lihat gelombang besar atas perut hehe. Aktif sungguh anak ibu ya! 

Namun, jika ibu tak rasa bayi bergerak secara tiba-tiba, mungkin dia sedang tidur, kacau lah sikit dengan jentik-jentik dengan jari atau usap-usap perut, nanti anda akan rasa dia bergerak sedikit. Comel je! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Kira Pergerakan Janin Tidak Semestinya Bermula 9 Pagi, Doktor Ajar Cara Yang Betul

Baca juga: Bayi Sorokkan Jantina Bila Scan? Ini 22 Cara Nak Tahu Anda Hamil Lelaki Atau Perempuan

Baca juga: Pergerakan Janin Berkurang: Adakah Bayi Anda Dalam Keadaan Baik?- Ini Jawapan Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!