Setiap kali keluar ke taman permainan, pasti ada gerai yang jual giant bubble. Anak-anak kecil memang pantang nampak kerana buih sabun ini akan mengeluarkan buih sabun yang sangat besar memberi ilusi berwarna warni apabila terkena cahaya.
Kalau setiap minggu nak main pun, menelan kos juga terutama bagi ibu ayah yang mempunyai anak ramai. Jadi kali ini kami kongsikan resepi giant bubble yang anda boleh buat sendiri di rumah.
Bukan saja menjimatkan malah bahan yang digunakan juga mudah didapati dan selamat untuk kanak-kanak terutamanya anak kecil.
Mudah je resepi giant bubble, guna 4 bahan je
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan giant bubble
Bahan-bahan:
- 250 ml pencuci pinggan
- 4 sudu besar tepung ibu kayu atau tepung jagung
- 1.5 liter air
- 1 sudu besar serbuk penaik
Cara membuatnya:
- Campurkan kesemua bahan
- Kacau sebati
Selain boleh menjimatkan kos, ia boleh digunakan berkali-kali setiap kali anda ingin beriadah bersama keluarga.
10 aktiviti hujung minggu bersama anak
Kami senaraikan 10 aktiviti yang boleh anda buat bersama anak-anak hujung minggu ini.
#1. Karaoke bersama anak di rumah
Ya! Tanpa perlu keluarkan duit dan belanja tambahan, anda boleh jadikan aktiviti berkaraoke lagu kanak-kanak, lagu rakyat, lagu tradisional bersama anak-anak.
Tambahkan aktiviti menari dan berlakon gaya mengikut lagu. Anda boleh habiskan masa selama 30 minit berkaraoke. Aktiviti bersama anak dan keluarga ini akan menjadikan anda hilang tekanan secara tak langsung.
Tapi pastikan rumah anda kedap bunyi supaya tak menganggu jiran sebelah.
#2. Cuba masakan baharu
Buat carian di Google dan kenal pasti secara rawak mana-mana resepi yang anda ingin cuba. Segera pergi ke kedai dan beli barang masak yang sesuai.
Aktiviti bersama anak dan keluarga ini perlu dilakukan bersama-sama, setiap pemilihan resepi, bahan dan proses memasak perlu dibahagikan tugasan masing-masing.
#3. Belajar buat origami
Cuba buka buku origami atau google cara nak buat origami. Origami adalah suatu aktiviti bersama anak dan keluarga yang menjana fokus dan keakraban.
#4. Basuh kenderaan bersama
Jadikan hujung minggu anda sebagai hujung minggu yang produktif. Tidak kiralah jika anda hanya punya basikal pun, ajaklah anak-anak basuh bersama-sama.
Kalau nak bersihkan rumah pun bagus juga!
#5. Main gunting dan tampal
Cari surat khabar lama atau majalah bergambar dalam longgokan di stor rumah. Kemudian, ajak anak dan isteri membawanya ke ruang tamu. Sediakan gam, gunting dan satu kertas besar, tak kisahlah kad manila atau kertas mahjong.
Buatlah pelbagai bentuk dari surat khabar itu. Pasti anak anda teruja nanti.
#6. Cabut rumput di luar rumah
Tahukah anda, nak mencabut rumput di laman rumah yang sekangkang kera pun boleh mengambil masa sejam dua. Apa kata, kali ini ajak anak dan isteri lakukan bersama.
Pasti mereka akan bergembira kerana terpaksa terbongkok-bongkok dan mencabut rumput yang kasar. Penat tu memang penat, tapi, dapat keseronokan bergurau di padang rumput. Kadang-kadang, tak habis pun rumput tu dibersihkan. Buat sikit dah penat dan selebihnya bergurau sahaja.
#7. Baca dan cerita
Ajak anak dan isteri membaca apa sahaja buku yang ada di rumah. Selepas baca, masing-masing berkongsi apa yang dibacanya. Perlu buat seperti pertandingan membaca.
Ceritakan apa yang dibaca secara berdiri dan berhadapan dengan penonton. Siapa penonton? Kalau anda yang bercerita, isteri dan anaklah yang menonton. Kalau anak tak pandai baca? Anda ceritakan dulu kepada anak, biar dia tangkap dan hafal apa yang diceritakan. Lepas tu, biar dia yang ceritakan semula.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Biarkan Anak Bermain Gajet Sahaja Semasa PKP, Inilah Masa Bond Ibu Ayah Dengan Anak!
Baca juga: Ibu bijak ini berkongsi bagaimana terapi basikal telah membantu anak autistiknya
Baca juga: Perkara yang anak anda ingin anda lakukan bersama-sama dengan mereka setiap hari