‘Take Our Daughters and Sons to Work Day’ adalah aktiviti di mana anda bawa anak ke tempat kerja bagi memberi anak anda pengalaman, mengambil tahu tentang minatnya dan membuat beberapa aktiviti bersamanya. Jika syarikat anda ada membuat perancangan dengan mengadakan peluang untuk anak-anak datang ke tempat kerja dan anda akan menyertainya,anda pasti ingin tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan.
Jika tidak, kami pasti ada masa tertentu yang anda bawa anak-anak ke tempat kerja bukan? Jom lihat senarai peraturan di bawah.
Bawa Anak Ke Tempat Kerja, Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
sumber: easygenerator
Apabila bawa anak ke tempat kerja, anda harus ingat yang anak anda sedang melalui satu pengalaman yang baru, di dunia yang tersangatlah asing baginya. Bawa dia masuk ke dunia anda, dan jadikan ia satu hari yang menyeronokkan!
#1 Rancang Hari Anda
Fikirkan tentang bagaimana anak anda akan mengambil bahagian pada hari sebelumnya, fikirkan tentang apa yang anda mahu anak anda melihat atau lakukan hari itu berdasarkan minat mereka. Malam sebelumnya, bercakap dengan anak anda tentang apa yang mereka mahu belajar hari itu dan apa yang mereka paling nantikan.
#2 Ketahui Minat Kerja Anak
Jangan paksa anak untuk bekerja dengan anda jika mereka tidak berminat dengan tugas anda. Banyak kanak-kanak tidak semestinya mahu mengikut jejak langkah ibu bapa mereka, anda boleh menawarkan anak untuk ikut ahli keluarga yang lain untuk ke tempat kerja sekiranya mereka berminat.
#3 Beritahu Anak Tentang Peraturan Kerja
Bercakap dengan anak-anak anda sebelum mereka pergi bekerja dengan anda dan letakkan peraturan. Beritahu mereka dengan tepat apa yang diharapkan daripada mereka dan pertimbangkan untuk memberi mereka beberapa jenis hadiah jika mereka berkelakuan baik.
Jawab semua soalan mereka; ini adalah pengalaman pembelajaran yang hebat untuk mereka. Jangan letakkan kanak-kanak dalam persekitaran yang berpotensi tidak selamat atau kehilangan jejak mereka.
#4 Kenalkan Anak Pada Rakan Sekerja
Kenalkan anak kepada rakan sekerja dan minta anak anda menegur mereka dahulu. Beritahu tentang peranan setiap orang supaya mereka dapat memahami bahawa semua orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza di tempat kerja.
#5 Biarkan Mereka Terlibat
Walaupun anda mahu menjadikannya menarik, pastikan ia realistik. Tunjukkan perjalanan kerjaya anda dan biarkan mereka mengambil bahagian dalam proses itu, sesungguhnya ia merupakan pengalaman yang berharga.
Namun berhati-hati ya, agar mereka tidak membuat hal yang perlukan pengawasan tambahan. Contohnya, jangan biarkan mereka membuat keputusan penting, mengangkat telefon urusan serius, atau menghantar e-mel berkaitan pekerjaan.
#6 Lihat Dari Perspektif Anak
Dapatkan input terlebih dahulu untuk apa yang paling anak mahu lihat dan mengapa. Jadikan ia sebagai yang menarik dan interaktif yang mungkin, supaya pengalaman itu tidak membosankan.
Ia sepatutnya menariknya, dan pastikan setiap tahun anda mengubah jenis aktiviti yang mereka saksikan dan terlibat.
#7 Dedahkan Kepada Perkara Baru
Walaupun mereka berminat dengan kerja anda, anda perlu mendedahkannya kepada perkara-perkara lain. Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan selain membawanya ke tempat kerja setiap tahun, tunjukkan kepada mereka aspek-aspek yang berlainan dari pekerjaan atau syarikat anda.
#8 Pastikan Anak Selesa
Jangan anggap anak anda selesa di pejabat anda, kerana tempat kerja anda adalah asing bagi mereka.Anda mungkin tidak menyedari bahawa ia sangat menakutkan bagi mereka untuk masuk ke dunia anda untuk kali pertama.
Malah penting untuk anda tidak abaikan anak-anak anda walaupun anda sibuk. Jadikannya istimewa untuk mereka dengan memberi perhatian penuh kepada mereka.
#9 Sentiasa Positif
Jangan tunjukkan sikap buruk, sebaliknya sentiasa bersikap positif walaupun anda mempunyai hari yang teruk. Ia adalah kepentingan untuk memastikan anak-anak anda menganggap kerjaya itu sesuatu yang menarik, supaya mereka akan lebih bersemangat untuk bekerja.
#10 Bercerita Mengenai Hari Mereka Di Tempat Kerja Anda
Adakan perbicangan selama 20 minit pada akhir hari kerja, dan minta anak menceritakan tentang apa yang paling mereka nikmati dan apa yang mereka pelajari. Minta mereka menulis beberapa ayat mengenai apa yang mereka akan berkongsi dengan kelas mereka pada hari berikutnya.
Berikan mereka contoh atau idea jika mereka memerlukan bantuan dengan pendapat mereka.
Semoga bermanfaat.
Apa patut saya buat bila saya tiada semangat untuk bekerja lagi?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Forbes
Baca juga:
https://my.theasianparent.comjadual-harian
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!