Merancang percutian bersama insan tersayang memang seronok, tapi boleh jadi mencabar kalau tempat penginapan tidak sesuai. Anda pastinya inginkan hotel yang bukan sahaja selesa dan strategik, tetapi juga menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik keluarga, Wifi percuma, kolam renang atau tempat bermain.
Kalau anda sedang mencari destinasi yang memenuhi semua ini, Bukit Bintang di Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik! Terletak di tengah-tengah ibu kota, kawasan ini bukan sahaja dikelilingi pusat membeli-belah dan tempat makan menarik, tetapi juga menempatkan beberapa hotel Bukit Bintang yang sangat selesa.
Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik
Berikut beberapa pilihan hotel Bukit Bintang yang terbaik:
1. WOLO Kuala Lumpur
Alamat: Corner of Jalan, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2719 1333

WOLO Kuala Lumpur terletak secara strategik di tengah-tengah kawasan paling sibuk dan kreatif di Kuala Lumpur – Jalan Bukit Bintang. Di sini, anda hanya perlu berjalan kaki untuk menikmati pilihan makanan, membeli-belah, budaya dan hiburan malam terbaik di kota ini.
Hanya 200 meter dari hotel, anda akan meneroka pengalaman membeli-belah yang paling premium di kota ini, seperti Pavilion Kuala Lumpur, Starhill Gallery, dan Isetan The Japan Store, satu-satunya cawangan di Asia Tenggara.
Keluar sahaja dari hotel ini anda boleh menikmati pelbagai pilihan makanan Arab yang viral seperti Damascus, Halab, Kunafa Crisp, Kunafa Fingers. Parkir juga tersedia dengan bayaran RM30 sehari. Selain itu, anda juga boleh parkir di Lot10 untuk lebih murah.
Pilihan bilik: Copper Room, Gold Room, Platinum Suite, WOLO Suite. Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, boleh terus klik disini.
2. ANSA Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur
Alamat: 101, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2146 5000

ANSA Hotel Bukit Bintang ialah sebuah Hotel Bandar bertaraf 4 Bintang yang terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, menjadi tempat persinggahan yang ideal di tengah hiruk-pikuk ibu kota Kuala Lumpur.
Lokasinya yang strategik di antara pusat membeli-belah terkemuka Kuala Lumpur (Pavilion KL, Starhill Gallery, Lot 10, Fahrenheit 88, Sungei Wang, Low Yat Plaza, Berjaya Times Square), serta dikelilingi oleh ratusan pilihan tempat makan pelbagai budaya (Jalan Alor, Jalan Arab, Changkat, Lot 10 Hutong), menjadikan Hotel ANSA Kuala Lumpur sebagai pilihan yang penuh gaya dan kemudahan.
Terletak di pusat komersial Kuala Lumpur, meneroka kota yang meriah ini menjadi lebih mudah dengan perkhidmatan Monorel dan MRT yang hanya beberapa langkah sahaja, serta pengalaman menjelajah bandar yang unik melalui KL Hop-On Hop-Off dan Go KL City Bus yang terletak berhampiran.
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, klik di sini.
3. Sleeping Lion Suites, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Alamat: 5, Jalan Walter Granier, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2119 8999

Satu keistimewaan hotel ini ialah kolam renangnya yang terletak di atas bangunan (rooftop) iaitu di tingkat 37. Saiz kolamya agak besar dan ianya mengadap ke Pavilion. Di samping kolam renang dewasa, terdapat juga kolam renang untuk kanak-kanak yang bersaiz kecil.
Pemandangan dari kolam renang ini sangat cantik terutamanya di waktu malam. Hotel ini ada menyediakan gimnasium tetapi terletak di bangunan yang bersebelahan yang dihubungkan dengan jejantas di tingkat yang sama.
Di tingkat 10 terdapat satu taman yang cantik serta tempat permainan kanak-kanak dan juga tempat untuk bersenam.
Daripada Bilik Superior untuk pengembara yang menggemari kesederhanaan hinggalah ke Bilik Premier yang mewah, hotel ini menawarkan 906 bilik untuk memenuhi keperluan setiap juara dengan perjalanan berbeza. Anda juga boleh hilangkan tekanan dengan mendapatkan sauna dan bilik wap. Atau, sekadar bersiar-siar di Sky Bridge dan Garden of Dreams.
Pilihan bilik: Superior Room, Junior Superior Room, Grand Superior Room, Deluxe Room, Junior Deluxe Room, Grand Deluxe Room, Premier Room, Junior Premier Room, Grand Premier Room. Untuk maklumat lanjut, klik disini.
Kemudahan: Infinity Pool & Wading Pool, Gymnasium, Sauna & Steam Bath, Garden of Dreams, Sky Bridge, Yoga Deck.
4. Melia Hotel, Kuala Lumpur
Alamat: 16 Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
No. Telefon: +603 2785 2828

Melia Hotel terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan Bukit Bintang, dengan beberapa pusat beli-belah yang boleh diakses hanya dengan berjalan kaki dari hotel. Berjaya Times Square, taman beli-belah Miatsu Lalaport Kuala Lumpur dan stesen monorel Imbi terletak betul-betul di seberang jalan.
Lokasi yang strategik, kemudahan berkualiti tinggi, komitmen terhadap kelestarian dan layanan hospitaliti yang luar biasa.
Meliá Kuala Lumpur menawarkan bilik yang selesa dengan akses Wi-Fi percuma di seluruh hotel. Manjakan diri anda dengan hidangan autentik Asia dan sajian berinspirasikan Sepanyol di The Kitchen@Meliá, satu pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.
Kemudahan: Ruang atas bumbung, Kolam renang terbuka, Bilik keluarga, Perkhidmatan pengangkutan hotel ke lapangan terbang, Poin pengecasan kereta elektrik, Tempat letak kereta, Bilik mesra OKU.
Pilihan bilik: Meliá Guestroom, Premium Guestroom, Family Two Bedroom, The Level, The Level Suite (saiz katil King)
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, klik di sini.
5. Grand Millennium Kuala Lumpur Hotel
Alamat: 160, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2117 4888

Nikmati keanggunan klasik yang tak lapuk dek zaman di Grand Millennium Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah kawasan kosmopolitan Segitiga Emas, tempat bertemunya dunia beli-belah, perniagaan, hiburan, makanan dan budaya.
Hotel antarabangsa bertaraf 5 bintang ini terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah ikonik Pavilion Kuala Lumpur dan hanya di seberang jalan dari Starhill Gallery, Fahrenheit88 serta Lot 10. Ia juga hanya 20 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Hotel ini menawarkan 468 bilik tetamu yang luas termasuk 16 suite, lengkap dengan katil empuk, TV LCD dan tingkap besar dari lantai ke siling yang menampilkan pemandangan bandar raya yang mengagumkan.
Kolam renang di sini merupakan sebuah oase di tengah kota. Para tetamu boleh berenang dengan tenang di kolam renang gaya resort terbuka, bersenam di pusat kecergasan, atau memanjakan diri dengan rawatan holistik di The Spa*. Pilihan makanan yang pelbagai turut menanti — dari sajian Asia, antarabangsa, masakan Kantonis autentik (tidak halal), hingga hidangan Jepun klasik yang pasti menggoda selera.
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, boleh klik di sini.
6. Hotel Royal Signature
Alamat: 21, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2119 8188

Hotel Royal Signature menjanjikan “Setiap Bilik Ibarat Sebuah Rumah” sebagai teras utama pada jenama mereka. Ia mentakrifkan pengalaman tetamu, bermula dari saat anda melangkah masuk ke hotel, sehinggalah kepada keselesaan bilik tetamu dan setiap sentuhan perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang penginapan anda.
Falsafah ini juga mendorong kami untuk mengingati setiap keutamaan tetamu serta cara para kakitangan kami berinteraksi dengan penuh mesra dan prihatin.
Kemudahan: Kolam Renang menghadap jalan-jalan meriah di Bukit Bintang serta Merdeka 118, Cabana Pool Bar, Pusat Kecergasan, Surau dan bilik permainan kanak-kanak.
Di Hotel Royal Signature, setiap tetamu adalah sebahagian daripada keluarga. Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, sila klik di sini
7. Furama Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Alamat: 136, Jln Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2788 8888

Salah satu sebab utama kenapa ramai ibu bapa pilih Hotel Furama Bukit Bintang untuk staycation keluarga adalah kerana lokasinya yang sangat strategik. Hotel ini terletak betul-betul di belakang Berjaya Times Square, jadi anda boleh jalan kaki sahaja untuk membeli-belah atau food hunting.
Malah, ada juga Lalaport Mall yang terletak betul-betul di depan hotel, sangat memudahkan!
Kemudahan dalam bilik juga tip-top. Toiletries lengkap, malah sampai dapat moisturiser sekali yang jarang hotel sediakan! Dari tingkap pula, anda boleh nampak kolam renang, Menara KL dan TRX Tower, memang view yang memukau.
Pilihan bilik: Superior, Deluxe, Family, Executive Room, Executive Club. Executive Suite, Family 2-Bedroom Suite (muat 4 hingga 6 orang), Family Themed Room (Underwater, Safari, Castle)
Paling best, hotel ni ada bilik khas untuk keluarga iaitu ‘Family Themed Rooms’. Bilik-bilik ni dihias dengan tema yang memang disukai anak-anak seperti Safari, Castle (istana), dan Underwater (dunia bawah laut). Siap ada permainan dan kemudahan kanak-kanak dalam bilik! Memang syok kalau nak bercuti sambil bagi anak-anak rasa seronok dan teruja.
Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, anda boleh klik disini.
8. Swiss-Garden Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur
Alamat: 117, Jln Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2141 3333

Terletak secara strategik di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, di antara pusat hiburan Bukit Bintang dan kawasan berwarna-warni Chinatown. Hotel ini menawarkan pengalaman yang selesa dan berkelas kepada pengembara perniagaan serta pelancong, dengan bilik-bilik yang selesa dilengkapi kemudahan moden bagi mencipta suasana yang sempurna.
Kemudahan: Keselamatan 24 Jam dengan Pemantauan CCTV, Taman Permainan Kanak-Kanak, Perkhidmatan Concierge, Gimnasium, Kolam Renang, Kemudahan Tempat Letak Kereta, Surau/Bilik Solat, Perkhidmatan Dobi, Bas Lawatan Bandar Hop On Hop Off.
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, anda boleh klik di sini.
9. KLOE Hotel
Alamat: 227, Jln Bukit Bintang, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2772 1313

KLoé Hotel terletak di kawasan Bukit Bintang yang meriah, hanya beberapa langkah dari tarikan utama di Kuala Lumpur. Ia sesuai untuk pasangan berbulan madu, sesi penggambaran jenama, atau tempat ‘OOTD’ Instagrammers kerana dihiasi dengan pokok-pokok yang menghijau, membuatkan anda rasa dekat dengan alam.
Anda boleh meneroka Pavilion KL yang ikonik destinasi utama untuk membeli-belah dan hibura atau bersiar-siar di Jalan Alor, sebuah jalan terkenal yang dipenuhi dengan gerai makanan tempatan.
Hotel ini juga berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas, Menara KL, serta Changkat Bukit Bintang yang dikenali dengan kehidupan malamnya yang meriah. Bagi yang berminat dengan budaya, Muzium Kesenian Islam dan Muzium Negara juga mudah diakses dari sini.
Kemudahan: Bathtub, Smart TV yang membolehkan anda menonton Netflix atau YouTube, kolam renang yang cantik, bilik yoga dan kafe.
Pilihan bilik: City Room, Courtyard Room, Room to Read, Room to Grow, Room to Eat, Room to Listen, Room To Taste
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, anda boleh klik di sini.
10. Indie Hotel Kuala Lumpur
Alamat: 9, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2070 9000

Sedang mencari hotel gaya hidup yang selesa di Kuala Lumpur? Indie Hotel Kuala Lumpur membawa visi masa depan yang lestari, menggabungkan unsur alam semula jadi di dalam dan sekitar persekitaran bandar, tepat di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Reka bentuknya yang minimalis menampilkan ruang yang praktikal dan berfungsi, memenuhi jangkaan para tetamu. Terletak di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur iaitu lokasi utam untuk urusan perniagaan mahupun percutian.
Meskipun hotel ini berstatus 4 bintang, ia tidak menyediakan kemudahan kolam renang. Ruang parkir pula terhad kepada perkhidmatan valet sahaja dan jumlahnya sangat minimum, dianggarkan kurang daripada 10 kenderaan pada satu-satu masa.
Namun begitu, keunikan hotel ini terletak pada seni bina bangunannya yang berbeza daripada hotel-hotel konvensional. Di bahagian bawah hotel terdapat sebuah kafe serta sebuah kedai serbaneka untuk kemudahan para tetamu.
Bilik penginapan di sini walaupun ringkas dari segi reka bentuk, tetap kelihatan bersih dan kemas. Suasana di hotel ini juga lebih tenang berbanding sesetengah hotel lain yang lebih sibuk. Persekitarannya masih dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok, dan pada waktu pagi tetamu dapat menikmati kicauan burung.
Dari segi lokasi, hotel ini tidak terasing. Ia hanya berjarak sekitar 700 meter ke Jalan Alor dan kira-kira 950 meter ke pusat membeli-belah Pavilion. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, hotel ini juga mudah diakses kerana terletak sekitar 950 meter dari Stesen MRT Bukit Bintang.
Kemudahan: Bilik luas (30 m²), cantik, ringkas, dan bersih, Pemandangan menghadap bukit/Menara KL, Peti sejuk mini, peti keselamatan, set minuman, TV 40 inci, meja kerja panjang, telefon, Kedai serbaneka, restoran & kedai buah di bawah hotel
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, anda boleh klik di sini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 15 Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor Untuk Tidur Yang Lena
Baca juga: 10 ‘Port’ Staycation KL, Hotel & Resort Sesuai Untuk Anda Seisi Keluarga, Pemandangan Indah
Baca juga: 10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!