Gigi Budak Rosak (Tooth Decay): Punca Gigi Anak Rosak, Risiko Cabut Gigi Susu Dan Rawatan

Gigi budak rosak atau tooth decay adalah masalah kesihatan oral yang boleh menyebabkan si kecil berada tidak selesa dan sakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi budak rosak atau tooth decay adalah masalah kesihatan mulut yang lazim dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Walau bagaimanapun sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi yang menjejaskan kesejahteraan si manja.

Sebagai ibu ayah dan penjaga, adalah penting untuk mengetahui akan penjagaan gigi susu, punca gigi anak rosak dan  langkah pencegahan bagi memastikan kesihatan mulut anak.

Definisi Gigi Budak Rosak

Kerosakan gigi juga dikenali sebagai karies atau kaviti gigi, adalah penyakit kronik yang menjejaskan gigi. Ia berlaku apabila bakteria di dalam mulut menghasilkan asid yang menghakis enamel, lapisan luar pelindung gigi, yang membawa kepada pembentukan kaviti.

Penjagaan Gigi Susu

Gigi susu adalah gigi pertama yang tumbuh pada kanak-kanak. Gigi susu ini memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak dan adalah penting untuk menjaganya dengan baik.

Biasanya gigi susu mula tumbuh apabila bayi berusia sekitar enam bulan, dan proses pertumbuhan berterusan sehingga kanak-kanak mencapai umur dua hingga tiga tahun.

Kebanyakan kanak-kanak akan mempunyai set lengkap gigi sulung, iaitu 20 gigi, pada usia tiga tahun.

Antara peranan gigi susu adalah membantu si manja mengunyah makanan dengan baik, menyokong penghadaman yang cekap dan memudahkan penyerapan nutrien.

Untuk pengetahuan anda, gigi susu bertindak sebagai panduan untuk pertumbuhan gigi kekal. Maksudnya, kesihatan gigi susu boleh mempengaruhi kesihatan gigi kekal yang akan tumbuh nanti.

Gigi susu mula tercabut apabila anak mencapai umur enam hingga tujuh tahun dan penggantian gigi kekal akan bermula. Penggantian berlaku secara beransur-ansur dan berterusan sehingga mereka meningkat remaja remaja.

Kerosakan Gigi Menjejaskan Pertumbuhan Gigi

Kanak-kanak yang kehilangan gigi susu lebih awal akibat kerosakan gigi (tooth decay) mungkin akan menghadapi kesan-kesan berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Gigi di sebelah kanan dan kiri mungkin tumbuh dan bergerak untuk menutupi ruang yang sepatutnya diperuntukkan bagi pertumbuhan gigi tetap dalam beberapa tahun Ini boleh menyebabkan sumbatan gigi tetap di dalam tulang
  2. Pertumbuhan gigi tetap boleh melambat atau menyebabkan gigi tetap tumbuh lebih awal daripada biasa, menyebabkan ruang sempit bagi pertumbuhan gigi dan boleh menghasilkan gigi bertumpuk atau pertumbuhan gigi yang sesak.
  3. Hubungan antara gigi geraham dan gigi taring boleh terganggu, memerlukan rawatan yang lebih kerap dan penggunaan breket gigi.
  4. Bahagian tengah gigi mungkin beralih ke ruang yang kosong.
  5. Gigi yang bertentangan dengan ruang kosong mungkin menjadi lebih panjang dan berlebihan.
  6. Aktiviti dan tabiat otot yang tidak normal boleh mempengaruhi proses gigitan.
  7. Kemungkinan kecacatan pertuturan.
  8. Tabiat pemakanan dan kekurangan nutrisi mungkin terjadi.
  9. Gigi susu yang dicabut sebelum masanya boleh menimbulkan masalah estetik dan emosi kepada kanak-kanak.

13 Punca Gigi Anak Rosak

Jadi menurut Dr Mohd Khairul Izwan, ada beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang menjadi punca kepada berlakunya kerosakan terhadap gigi anak sama ada dilakukan secara sedar mahupun tidak sedar.

#1. Biar anak minum susu botol hingga tertidur

Membiarkan anak minum susu botol sehingga anak tertidur bersama-sama botol susu di dalam mulut.

#2. Tambah gula atau madu dalam susu anak

Ada yang pernah buat? Kalau pernah dan masih diteruskan, tolonglah berhenti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Beri anak minuman manis guna botol susu

Ada yang kadang kala kita selalu lihat ibu ayah berikan anak minuman manis selain susu dalam botol susu. Ada yang masukkan air manis dalam botol susu. Air siraplah, air jus lah. Gunakan sippy cup adalah lebih baik. 

#4. Biar anak menyusu botol walaupun dah lebih 2 tahun

Masih membiarkan anak minum susu menggunakan botol walaupun usia anak telah melebihi dua tahun .

#5. Tak biasakan anak minum air kosong

Tidak membiasakan anak minum air masak atau air kosong selepas anak selesai menyusu (bagi yang berumur 6 bulan ke atas).

#6. Rasa makan, lepas itu suap dalam mulut anak

Merasa makanan atau minuman terlebih dahulu dan menyuapkan ke dalam mulut anak menggunakan sudu yang sama.

#7. Tiup makanan 

Meniup makanan atau minuman yang panas dengan bibir untuk menyejukkannya sebelum menyuapkan ke dalam mulut anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Kongsi sudu garpu dengan anak

Berkongsi sudu atau garpu dengan anak ketika makan.

#9. Tak pantau pengambilan snek

Tidak memantau atau mengehadkan pengambilan serta kerap memberikan makanan ringan/snek/coklat/gula-gula kepada anak di antara waktu makan utama.

#10. Tak bersihkan gigi anak bawah usia setahun

Tidak membersihkan gigi serta mulut anak di bawah usia setahun menggunakan tuala basah selepas anak menyusu terutama pada waktu malam sebelum tidur setiap hari.

#11. Biar anak gosok gigi sendiri

Tidak membantu anak yang berusia 1 tahun ke atas memberus gigi mereka setiap hari atau membiarkan mereka memberus gigi dengan sendiri.

#12. Tak guna ubat gigi berflourida

Tidak menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida untuk memberus gigi anak.

#13. Tidak periksa gigi anak

 Tidak memeriksa sendiri mulut dan gigi anak di rumah secara berkala dan tidak membawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan seawal usia anak 6 bulan atau selewat-lewatnya setelah gigi pertama anak tumbuh.

Cara Kekalkan Ruang Pada Gigi Yang Tercabut

Untuk mengekalkan ruang selepas gigi dicabut, kita boleh melakukan beberapa perkara mudah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Lawati Doktor Gigi: Bawa anak berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan panduan khusus tentang cara mengekalkan ruang selepas gigi dicabut.
  • Pertimbangkan Alat Pengekal Ruang (Space Maintainer): Doktor gigi mungkin mengesyorkan menggunakan alat pengekal ruang gigi, terutamanya jika gigi yang dicabut adalah gigi susu dan gigi kekal masih belum muncul.
  • Pantau Pertumbuhan Gigi Baharu: Beri perhatian kepada perkembangan gigi kekal untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
  • Elakkan Menggunakan Ruang untuk Mengunyah: Kanak-kanak tidak boleh menggunakan ruang kosong ini untuk mengunyah sesuatu yang keras, supaya gigi sebelah tidak beralih ke dalamnya.
  • Berus Gigi Dengan Kerap: Ajar anak untuk sentiasa menjaga kebersihan gigi dengan kerap memberus gigi dan membersihkan kawasan sekitar.
  • Elakkan Menyentuh atau Menggoyang Gigi Yang Lain: Kanak-kanak tidak boleh menyentuh atau menggoyangkan gigi yang lain dengan lidah atau jari mereka, untuk mengelakkan masalah dengan penempatan gigi.

Pengalaman Gigi Anak 2 Tahun Rosak

Menurut perkongsian doktor gigi, dia didatangi oleh pasangan suami isteri muda dengan anak pertama berumur 2 tahun lebih. 

Tetapi gigi anak 2 tahun rosak, gigi bahagian hadapan habis hilang. Bukan hilang sebab apa, giginya ada tetapi hanya tinggal tunggul dalam gusi. Nampak rata sahaja bahagian depannya atau kita panggil sebagai gigi rongak.

Ibunya meminta untuk cabut kesemua gigi anak yang rosak disebabkan oleh mulut anaknya berbau disebabkan banyak gigi telah rosak. 

Memang kesian. Orang dewasa cabut gigi pun kalau boleh nak mengelak, inikan pula anak baru 2 tahun dah kena cabut gigi. Doktor tersebut kongsikan kepentingan gigi susu pada kanak-kanak.

Kenapa penting gigi susu ni? Terutamanya gigi susu depan yabg hanya akan berganti bila usia umur 6-8 tahun. Gigi susu penting sebagai ‘space maintaner’ untuk gigi kekal.

Jika gigi susu tiada sebab dicabut terlalu awal, gigi akan bergerak dan menyebabkan gigi kekal tidak cukup ruang untuk tumbuh. Jelaslah, kalau gigi susu tidak dijaga akan menimbulkan masalah pada masa hadapan

Bayangkan, kalau umur 2 tahun gigi dah rosak. Umur anak 5 tahun, habis hilang gigi depan. Kesannya adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

❌ tidak boleh makan dgn betul seterusnya mengganggu penghadaman
❌ ‘self-esteem’ kurang 
❌ gangguan pada sebutan huruf

Cara Merawat Gigi Anak Yang Sudah Rosak

Menurut laman Kementerian Kesihatan Malaysia, kebanyakan punca utama gigi anak rosak adalah disebabkan oleh karies gigi. Biasanya ia berpunca daripada penggunaan botol susu atau dikenali sebagai nursing bottle caries.

Gigi budak rosak kerap terjadi pada bahagian gigi hadapan atas dan gigi geraham belakang.

Boleh dikatakan kebanyakan susu formula di pasaran pada masa ini mengandungi gula penyebab utama karies gigi.
Jika botol susu dibiarkan di dalam mulut anak anda semalaman, kandungan gula dalam susu tersebut penyebab utama terjadinya karies gigi.

Dan mungkin membawa kepada masalah yang lebih serius sebagai contoh gusi bernanah dan jangkitan kuman. Walau bagaimanapun perkara ini boleh dicegah dengan beberapa cara seperti:

  • Ibu ayah perlu pantau agar tiada botol susu dalam mulut anak semasa tidur
  • Elakkan makanan manis atau ‘junk food’ pada anak
  • Elakkan beri biskut manis
  • Sentiasa memberus gigi anak. Jangan biarkan mereka berus gigi sendiri kerana anak kecil tidak mampu membersihkan keseluruhan mulut, biasanya akan berus gigi depan sahaja.
  • Gunakan ubat gigi berfluorida dalam jumla yang sedikit (setelah anak pandai meludah)
  • Bawa anak berjumpa doktor gigi seawal usia 6 bulan

Tip Elakkan Gigi Rosak

Mencegah kerosakan gigi pada kanak-kanak adalah langkah penting dalam mengekalkan kesihatan pergigian mereka sejak kecil. Berikut adalah beberapa tip mengelakkan kerosakan gigi pada kanak-kanak:

  1. Amalkan tabiat memberus gigi: Ajar anak-anak menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Pilih berus gigi yang sesuai dengan umur dan saiz gigi anak anda.
  2. Gunakan Ubat Gigi Berfluorida: Ubat gigi yang mengandungi fluorida membantu menguatkan enamel gigi dan melindungi gigi daripada karies. Pastikan anak anda menggunakan ubat gigi dengan paras fluorida yang sesuai dengan umur mereka.
  3. Panduan Membetulkan Berus Gigi: Pastikan kanak-kanak memberus giginya dengan pergerakan bulat yang lembut, dan fokus pada semua bahagian gigi serta lidah dan gusi.
  4. Pantau Pengambilan Gula: Hadkan pengambilan makanan dan minuman manis, terutamanya gula-gula, coklat dan minuman bergas. Gula boleh menyebabkan karies jika dibiarkan melekat pada gigi.
  5. Elakkan Makanan Berasid: Makanan dan minuman berasid seperti oren, tomato dan minuman berkarbonat boleh merosakkan enamel gigi. Hadkan penggunaan dan pastikan kanak-kanak membilas mulut mereka selepas mengambil makanan berasid.
  6. Penggunaan flos gigi: Ajar kanak-kanak menggunakan flos gigi sejak kecil. Membersihkan antara gigi membantu mencegah plak dan karies.
  7. Beri perhatian kepada Pemilihan Snek: Pilih makanan ringan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, atau keju daripada makanan ringan yang tinggi kandungan gula. Makanan ringan yang sihat membantu mengekalkan gigi yang sihat.
  8. Penjagaan Pergigian Tetap: Jadualkan lawatan berkala ke doktor gigi untuk pemeriksaan dan pembersihan pergigian profesional. Ini membantu mengesan masalah seawal mungkin.

Kesimpulannya, penjagaan gigi susu anak adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan gigi kekal yang sihat. Ibu ayah perlulah menekankan kebersihan mulut sejak anak masih bayi dengan membersihkan bahagian gusi menggunakan kain.

Apabila gigi sihat, si manja dapat meneroka dunia sekeliling mereka dengan lebih yakin tanpa perlu berdepan rasa sakit gusi ataupun gigi.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gigi Anak Kelihatan Kelabu, Adakah Ia Petanda Gigi Rosak? Ketahui Cara Penjagaan Gigi Bayi

Baca juga: Bayi Masih Belum Tumbuh Gigi? Guna Cara Ini Bagi Merangsang Pertumbuhan Gigi Dengan Cepat

Baca juga: Bayi Belum Tumbuh Gigi? Jangan Panik, Cuba Ini Untuk Rangsang Pertumbuhan Gigi Si Manja!