Gigi Jongang & Tidak Teratur Kerana Tabiat Hisap Puting, Perhatikan 7 Ciri-Ciri Ini Pada Anak

Gigi jongang boleh dilihat pada anak sejak mereka kecil lagi. Di mana keadaan rahang mereka seolah menonjol ke hadapan berbanding gigi normal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mesti pernah dengar tentang gigi jongang boleh berpunca daripada penggunaan puting kosong, kan? Menurut kajian Persatuan Pergigian Amerika, menghisap puting secara berterusan akan menyebabkan gigi tumbuh secara tidak teratur.

Tindakan menghisap puting sememangnya boleh membuatkan si manja rasa lebih selesa dan membantu mereka untuk tidur lebih lama. 

Gigi jongang kerana hisap puting

Disebabkan itu, ramai anak kecil akan terus menghisap puting walaupun sudah mencecah usia empat atau lima tahun.

Kesannya gigi anak menjadi tidak teratur dan jongang kerana struktur gusi yang masih lembut dan belum utuh sehingga mengubah bentuk kedudukan gigi.

Contohnya, apabila si kecil menghisap ibu jari atau puting, lama kelamaan kedudukan puting dalam mulut akan menyebabkan gigi tertolak ke hadapan.

Gigi jongang adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Gigi jongang menimbulkan masalah seperti penutupan mulut, pengunyahan dan percakapan, dan gigi boleh lebih mudah terdedah kepada kecederaan, terutamanya semasa sukan. Kanak-kanak yang mempunyai gigi jongang boleh mengalami isu-isu keyakinan diri.

Ciri ciri gigi jongang pada anak

Namun, hal ini mungkin belum pernah disedari oleh ibu ayah dan sukar untuk melihat ciri-ciri gigi jongang ini sejak mereka masih bayi.

Secara umumnya, gigi jongang ini akan menyebabkan beberapa masalah jika tidak ditangani segera dari awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misalnya boleh menjadi punca kepada sakit kepala, sukar bernafas dan susah nak kunyah makanan.

Jadi, untuk mengekang masalah gigi jongang ini semasa anak sudah semakin besar, ibu bapa harus mengetahui ciri-ciri ini di saat anak masih lagi bayi seperti berikut.

Tujuh ciri-ciri bayi gigi jongang yang boleh ibu ayah lihat pada si kecil. Jom cek gigi anak masing-masing bermula hari ini! 

#1. Jarak antara gigi atas dan bawah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ciri pertama yang boleh dilihat adalah pada bahagian gigi atas dan bawah yang mula tumbuh.

Dalam perkembangan bayi dari sudut pergigian, ukurannya boleh sama rata antara gigi atas dan gigi bawah.

Akan tetapi, jika jarak antara gigi itu lebih dari 3 mm, maka hal tersebut boleh membuatkan bayi mengalami gigi ke depan semasa dewasa kelak.

#2. Ukuran rahang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya adalah ukuran rahang pada bayi di mana bayi yang mempunyai rahang normal seharusnya memiliki ukuran yang sama dan tidak ada sebarang perubahan.

Jika bayi berpotensi mengalami gigi jongang, maka ukuran rahang bahagian atas lebih besar berbanding ukuran rahang di bahagian gigi bawah.

#3. Posisi gigi

Dalam beberapa kes, ada juga bayi gigi jongang yang boleh dilihat pada posisi giginya.

Jika posisi gigi tidak rapi atau berselerak di bahagian atas maka si kecil itu juga boleh berpotensi terkena gigi jongang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, jika anak sudah mulai tumbuh gigi, tangani ia dengan segera. Jika tidak anak anda akan kekal jongang sampai dewasa.

#4. Ukuran gigi

Selain itu, bukan hanya posisi gigi saja yang berpengaruh besar membuatkan anak kita jongang. Tapi, ukuran gigi juga boleh memberi kesan terhadap hal ini.

Masalah utama adalah ketika bayi memiliki ukuran gigi yang tidak sama yang jarang dibersihkan. Malah, gigi bayi hanya dibersihkan pada bahagian luar sahaja maka ia dapat memicu anak mengalami jongang.

Jadi sebagai ibu bapa, anda harus meneliti hal ini dengan lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Bayi sulit menutup mulut

Mungkin ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa bayi yang sukar menutup mulut memiliki ciri-ciri jongang. Justeru, gigi bermasalah ini boleh dilihat ketika si kecil sudah mulai sedikit membesar.

#6. Bayi suka bernafas melalui mulut

Ciri yang lain adalah bila bayi suka bernafas melalui mulut yang kekadang tak disedari oleh ibu dan ayahnya.

Hal ini adalah kerana udara yang melalui rahang atas dan bawah membuatkan lelangit mulut yang jauh lebih dalam.

Akibat perbuatan tersebut menjadikan susunan gigi lebih lebar dan mengarah pada luar mulut. Walaubagaimanapun, bernafas melalui mulut ini mungkin boleh disebabkan masalah pernafasan atau gejala asma.

#7. Keturunan

Walaugaimanapun, memiliki gigi jongang ini mungkin disebabkan keturunan keluarga. Jika ibu bapa mempunyai gigi yang normal kemungkinan anda mewarisi daripada adik beradik yang lain.

Itulah tujuh ciri-ciri bayi jongang yang mudah dilihat. Jika anak sudah mulai tumbuh gigi, sila kerap bersihkan dan hilangkan segala kekotoran di celahan gigi mereka bagi mengurangkan risiko jongang dan sebagainya.

Jika persiapan awal dilakukan, nescaya masalah ini boleh dihindari dengan cepat. Selain itu, sediakan makanan bayi yang mudah dicerna supaya dapat menjaga kualiti giginya hingga besar. 

Rawatan untuk gigi jongang

Rawatan untuk gigi yang jongang boleh dicapai melalui pelbagai kaedah, bergantung kepada keterukan keadaan. Berikut adalah beberapa pilihan rawatan yang paling biasa:

  • Braces gigi

Individu yang mempunyai masalah gigi tidak teratur perlu menggunakan braces gigi untuk membetulkan kedudukan giginya. 

Braces gigi adalah salah satu rawatan yang paling biasa untuk gigi jongang. Mereka bekerja dengan mengalihkan gigi secara beransur-ansur ke kedudukan yang sepatutnya menggunakan kurungan, wayar dan jalur.

Pendakap atau braces gigi boleh dibuat daripada bahan logam atau lutsinar dan dipakai selama purata 2-3 tahun, bergantung kepada keperluan individu. Pendakap gigi berkesan untuk merawat banyak masalah pergigian, termasuk gigi yang terkeluar.

Keperluan untuk memakai braces gigi adalah bergantung kepada tahap keterukkan gigi anda. Jadi, sebaiknya sila dapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada pakar terlebih dahulu.

Jenis braces untuk kanak-kanak

Metal braces atau dikenali sebagai pendakap gigi tradisional merupakan salah satu daripada jenis braces yang sering dipakai oleh orang ramai. Metal braces ini sering dipakai oleh kanak-kanak dan remaja.

Jenis braces ini dipasang pada setiap permukaan gigi anda dengan menggunakan wayar sebagai penghubung dan pengikat. Bagi yang menggunakan metal braces, rawatan susulan akan dilakukan 4 hingga 8 minggu sekali bergantung kepada doktor gigi anda.

Secara purata, harga jenis braces metal ini adalah dalam lingkungan RM 4,000 hingga RM 5,000. Ini termasuk sekali bayaran bagi setiap rawatan susulan sepanjang tempoh anda memakai braces tersebut.

Cara elak gigi jongang

Walaupun mencegah gigi jongang disebabkan faktor genetik tidak selalu dapat dilakukan, beberapa langkah pencegahan boleh mengurangkan risiko.

Berikut adalah beberapa cara yang berkesan untuk mencegah perkembangan gigi yang terkeluar:

  • Elakkan menghisap ibu jari dan menjelir lidah

Menghisap ibu jari dan menujah lidah adalah tabiat biasa pada kanak-kanak yang boleh menyumbang kepada perkembangan gigi yang terkeluar.

Menggalakkan kanak-kanak menghentikan tabiat ini seawal usia boleh membantu mengelakkan salah jajaran gigi dan keperluan untuk rawatan ortodontik pada masa hadapan.

  • Betulkan tabiat pernafasan mulut

Pernafasan mulut juga boleh menyumbang kepada perkembangan gigi yang menonjol. Ia boleh membawa kepada kedudukan gigi dan rahang ke hadapan, yang boleh menyebabkan gigi atas terkeluar. Membetulkan tabiat pernafasan mulut boleh membantu mencegah perkembangan gigi yang terkeluar.

  • Pemeriksaan pergigian secara berkala

Pemeriksaan pergigian yang kerap boleh membantu mengenal pasti dan menangani masalah dengan penjajaran gigi dan kesihatan mulut sebelum ia menjadi lebih serius.

Dengan mengetahui isu-isu ini lebih awal, doktor gigi anda boleh menasihati langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko gigi terkeluar.

  • Hentikan tabiat hisap puting

Cara untuk elakkan gigi menjadi jongang adalah hentikan tabiat anak menghisap puting. Ibu ayah boleh meletakkan garam pada puting atau ibu jari si manja.

Jika ia tidak lagi mempunyai rasa yang disukai mereka, sudah tentu tabiat itu akan dihentikan serta-merta!

Kaedah ini haruslah dilakukan secara berterusan kerana tabiat mereka mungkin akan kembali. Sebagai ibu bapa, anda haruslah bijak dalam memainkan peranan dalam menghentikannya.

Semoga bermanfaat.

Hamil.co.id, Stellar Dental

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Karies Gigi Anak Boleh Terjadi Biarpun Selalu Gosok Gigi, Ini 7 Langkah Mengatasinya!

Baca juga: Cara Menjaga Gigi Anak Agar Kekal Cantik & Sihat, Rahsianya Guna Ubat Gigi Berfluorida!

Baca juga: Budak Kecil Pakai Braces Gigi Sebab Nak Nampak Hipster, Netizen Selar Tindakan Ibu Ayah