Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan

Giliran balik raya tidak seharusnya menjadi perbalahan antara suami isteri. Tidak ada salahnya jika berlaku adil untuk keharmonian bersama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persoalan giliran balik raya kampung siapa tahun ini seringkali menjadi tanda tanya atau isu pada setiap tahun. Nak balik kampung suami atau isteri? Dengan dilema cuti tak panjang, kampung suami di Utara, kampung isteri pula di Pantai Timur.

Jenuh kalau nak balik kedua-dua belah kampung dalam masa yang singkat, kan?

Memang benar pasangan suami isteri perlu sentiasa adil dalam membuat sesuatu keputusan. Tak kiralah bab anak-anak, rumahtangga, kewangan, makanan, dan lain-lain lagi. Bahkan, untuk membeli barangan dapur pun perlu ada kata sepakat.

Giliran balik raya kampung suami atau isteri?

Kalau si suami tak suka kentang goreng jenis A, tapi isteri suka, salah seorang perlu mengalah. Janganlah bertikam lidah gara-gara perkara sekecil dan seremeh ini pula kan.

Bab perkara ini, duduk berbincang dan jangan sesekali bertengkar.

Sebenarnya, tidak wujud pun istilah giliran balik raya tahun ini kampung suami dan tahun depan kampung isteri.

Ini kerana sedangkan seorang isteri nak keluar rumah pun memerlukan keizinan seorang suami, mana mungkin akan berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk menurut perintah perihal giliran balik kampung.

Walau bagaimanapun, apa yang diamalkan (giliran balik raya) setiap tahun oleh pasangan suami isteri tidak salah pun dari segi undang-undang atau hukum. Giliran balik raya ini hanya memerlukan konsep ihsan seorang suami kepada isterinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, jika ada sesuatu keadaan yang memerlukan perubahan daripada giliran yang biasa, janganlah si isteri merasakan bahawa suaminya itu tidak adil.

Sama juga dengan si suami, jangan pula merasakan si isteri hanya ingin pulang ke kampungnya. Walhal ada perkara 'emergency' yang memerlukan si isteri berada di samping ibu bapanya. Contohnya seperti ibu bapa mentua tidak sihat, menghadapi masalah kewangan, dan lain-lain lagi.

Tips balik beraya kampung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Selesaikan awal giliran beraya. Dan pastikan ia fleksibel. Jika kena giliran raya rumah suami, tetapi sebelah mentua sakit memerlukan perhatian, maka pindalah mengikut kesesuaian. Sebab tu penting berbincang dan tenang hati.

2. Jika 'turn' tahun nie raya rumah mertua, 'adjust'lah supaya kita dapat balik awal puasa rumah mak ayah kita. Sempat berbuka, sempat beli barang-barang atau baju raya untuk mereka.

3. Jika isteri kena 'turn' raya rumah suami, tunjukkkan kegembiraan pada suami kita sama macam 'turn' kita balik kampung kita. Jangan banding-bandingkan, nikmati kelebihan yang ada di rumah mertua dan sempurnakan kekurangan yang ada.

4. Cabaran isteri beraya di rumah mertua lebih menakutkan berbanding suami. Ia melibatkan reputasi kerja rumah & dapur, kemahiran komunikasi mertua dan ipar duai. Tu tak termasuk aksesori baju tudung dan segala persiapan. Maka para suami, bantulah isteri anda.

Bila kita kahwin, kita bukan sahaja bersedia untuk menjamah manisnya bercinta, tetapi pada beratnya tanggungjawab. Kadang kita gembira dengan tanggungjawab itu terkadang rasa berat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beraya di rumah mentua bagi sebahagian menantu termasuk dalam tanggungjawab yang berat. Anggaplah ia khidmat terbaik untuk pasangan. Insya allah khidmat itu akan kembali kepada kita jua.

Perkara yang perlu dipertimbangkan bersama

Ada beberapa perkara yang mungkin pasangan suami isteri alpa apabila bercakap tentang giliran balik raya ini, iaitu:

  • Ada suami yang lupa bahawa ibunya adalah lebih UTAMA daripada isteri.
  • Ada isteri yang lupa bahawa suaminya adalah lebih UTAMA daripada ibu bapanya.
  • Ada ibu bapa yang lupa bahawa anak perempuan perlu mengutamakan suaminya daripada ibu bapanya sendiri.
  • Ada isteri lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibu bapanya sendiri, melebihi isteri.
  • Ada anak lelaki lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibu bapa tergalas di bahu mereka, dan bukan pada anak-anak perempuan/adik beradik perempuan.
  • Ada anak perempuan lupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami daripada ibu bapanya sendiri.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat kesemua pasangan suami isteri di luar sana. Dan tahun ini, cuba untuk elak bertengkap bab giliran balik raya okay?

Dah dapat balik raya pun kira bersyukur tak terhingga.

Viral Muafakat Johor | Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  Hentikan Trend 'Unboxing By Husband' Di Media Sosial, Jagalah Maruah Suami Isteri

Baca Juga: Suami Isteri Asyik Bergaduh Setiap Hari? Ini 5 Cara Tangani Konflik Rumah Tangga Dengan Aman

Baca Juga:  Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.