Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 73 juta kes melibatkan cara gugur kandungan berlaku di seluruh dunia setiap tahun. Enam daripada 10 (61%) adalah disebabkan kehamilan yang tidak diingini.
Pengguguran atau abortion ialah kehamilan ditamatkan supaya ia tidak mengakibatkan kelahiran anak. Kadang-kadang ia dipanggil ‘penamatan kehamilan’.
Manakala Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAM) di Malaysia mengatakan bahawa undang-undang membenarkan pengguguran dilakukan hanya jika doktor mengesahkan kehamilan itu memudaratkan nyawa, kesihatan fizikal atau mentalnya.
Isi Kandungan
Sebab dan cara gugur kandungan
Doctoroncall menjelaskan menggugurkan kandungan di Malaysia adalah salah dari segi undang-undang di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312-316.
Namun, cara gugur kandungan awal boleh dilakukan dalam beberapa situasi. Antaranya adalah:
- Sekiranya janin cacat atau berpenyakit sebelum 120 hari
- Kehamilan yang membahayakan nyawa ibu
- Kehamilan dalam OKU (ujian akal di bawah paras 80) sebelum 120 hari
Cara gugur kandungan awal yang sesuai juga bergantung kepada tempoh kehamilan. Kaedah medikal disarankan sebelum minggu ke-9. Manakala, kaedah pembedahan memerlukan kepakaran doktor O&G.
Bolehkah gugurkan kandungan awal?
Pengguguran adalah HARAM di Malaysia kecuali atas sebab-sebab perubatan. Setiap individu mesti sedar, pengguguran tanpa sebab perubatan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia (Kanun Jenayah / Penal Code)
Harian Metro menjelaskan hukum menggugurkan bayi dalam kandungan boleh dibahagikan kepada dua iaitu menggugurkan kandungan sebelum berusia empat bulan dan menggugurkannya selepas berusia empat bulan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-26 yang diputuskan pada 7 Mac 1990 menyatakan:
1. Menurut Ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang sudah berusia lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang sudah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.
2. Makruh menggugurkan janin berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya kepada ibu dan mendapat persetujuan daripada suami dan isteri.
3. Ijmak Fuqaha’ berpendapat, hukum pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Muzakarah mengambil keputusan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Berdasarkan nas, perbincangan dan fatwa berkenaan, bayi di dalam kandungan berusia empat bulan dan ke atas tidak boleh digugurkan kecuali pengguguran itu bertujuan untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan teruk selain selepas mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang bertauliah.
Cara gugur kandungan awal kehamilan
#1. Ubat-ubatan
Woman on Web menjelaskan cara gugur kandungan boleh dilakukan melalui pengambilan pil.
Anda hendaklah memastikan ubat gugur kandungan diperoleh daripada sumber yang dipercayai dan asli.
Gugur kandungan dengan kaedah perubatan ini merupakan pilihan yang selamat bagi mereka yang hamil sehingga 12 minggu tempoh kehamilan.
Terdapat dua cara gugurkan kandungan atau menghentikan kehamilan dengan menggunakan ubat-ubatan.
- Mifepristone dan Misoprostol
Mifepristone dan Misoprostol mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi, iaitu hampir 99%. Mifepristone merupakan ubat untuk menghalang hormon progesteron yang diperlukan dalam perkembangan kehamilan. Tanpa hormon ini, pelekatan sel telur pada dinding rahim akan terganggu. Kemudian, gunakan ubat Misoprostol. Misoprostol merangsang pengecutan yang akan membantu keluarnya hasil kehamilan dari dalam rahim. - Misoprostol atau Cytotec sahaja. Para wanita juga boleh menggunakan ubat Misoprostol sahaja untuk menggugurkan kandungan. Dos yang digunakan adalah berbeza jika dibandingkan dengan gabungan ubat Mifepristone dengan Misoprostol. Kadar keberkesanannya boleh mencapai 94%. Jadi, apa itu Cytotec? Cytotec adalah salah satu nama jenama popular Misoprostol yang teredar di pasaran.
Walau bagaimanapun pil atau ubat gugur kandungan tidak tersedia dan diharamkan oleh kerajaan Malaysia.
Keadaan ini sekaligus membawa kepada pembelian dalam talian untuk kegunaan peribadi secara berleluasa yang boleh menyebabkan risiko lain.
#2. Pembedahan
-
Vacuum Aspiration (pengguguran sedutan)
Bagi kehamilan yang masih lagi dalam trimester pertama, anda berkemungkinan besar akan melalui proses vacuum aspiration atau turut dikenali sebagai suction aspiration.
Cara gugurkan kandungan ini biasanya akan mengambil masa sekitar 10 minit dan doktor akan meminta anda untuk berbaring diatas katil khas bagi membolehkan anda untuk bengkokkan lutut.
Selain itu, ia juga akan menggunakan satu alat yang dikenali sebagai spekulum yang akan dimasukkan kedalam faraj dimana fungsinya adalah untuk melebarkan faraj bagi membantu doktor untuk melihat serviks.
Antiseptik juga akan disapu pada bahagian faraj dan juga serviks sebelum doktor menyuntik ubat bius ke dalam servis dan memasukkan tiub yang kecil yang disambung dengan mesin sedutan.
-
Dilation & Curettage (D&C)
Bagi kandungan dalam trimester kedua pula, anda berkemungkinan besar perlu menjalani prosedur dilation and extraction.
Cara gugur kandungan ini jugalah jika anda mencari cara gugurkan kandungan 5 bulan. Ia merupakan satu prosedur yang menggabungkan prosedur vacuum aspiration, curette dan juga forsep.
Prosedur akan mengambil masa beberapa hari dimana pada hari pertama doktor akan melakukan prosedur untuk membesarkan serviks bagi memudahkan proses untuk mengeluarkan tisu.
Pada hari kedua pula, forsep akan digunakan bagi mengeluarkan janin dan juga plasenta. Curette pula akan digunakan untuk mengikis keluar lapisan rahim. Bagi kebanyakan doktor, mereka mengakui bahawa prosedur ini termasuk dalam kategori prosedur yang menyakitkan.
Cara gugurkan kandungan ini lebih kepada ibu yang mempunyai masalah serius dan juga usia kandungan yang sudah mencecah usia lebih daripada 21 minggu.
Waktu yang selamat gugur kandungan
Kami mengesyorkan agar pengguguran perubatan dilakukan sehingga 9-10 minggu kehamilan. Ini adalah untuk mengambil kira masa pil gugur kandungan dan sebarang kelewatan lain yang mungkin berlaku, untuk mendapatkan pengguguran perubatan yang selamat dan lengkap.
Pengguguran secara pembedahan pula boleh dilakukan sehingga 20-22 minggu di Malaysia.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika prosedur dijadualkan secepat mungkin, untuk mengurangkan kemungkinan sebarang komplikasi perubatan apabila usia kehamilan meningkat. Selain itu, kos pengguguran meningkat apabila saiz kehamilan meningkat.
Gugurkan kandungan dengan coke
Anda perlu tahu bahawa air minuman berkarbonat bukan berfungsi sebagai alat cegah kehamilan dan menjadi cara gugur kandungan yang berkesan.
Sperma yang keluar ketika melakukan hubungan seksual adalah sangat laju berenang ke saluran serviks dan ini bermakna, jika ada yang menggunakan kaedah ini dengan tujuan untuk menghalang kehamilan, ianya sudah terlambat.
Cara gugur kandungan dengan nanas
Dr Rusyainie Ramli mengatakan bahawa cara gugur kandungan dengan nanas sebenarnya tiada bukti kajian saintifik ke atas manusia.
Ada 1 kajian yang dilakukan untuk melihat kesan nenas ke atas rahim tikus. Berdasarkan kajian itu, ada kemungkinan bahan aktif dalam nenas boleh mempengaruhi kontraksi rahim tikus yang bertindak seakan-akan seperti sebatian serotonin.
Malangnya kajian itu, hanya pada rahim tikus. Untuk manusia, kesannya tidak diketahui. Kita kena tahu, bahan aktif yang dimaksudkan dalam nanas yang digunakan dalam kajian tadi, mungkin sudah jauh berubah apabila ia melalui sistem penghadaman manusia, maka kesan yang sama ke atas rahim, mungkin tidak wujud pun.
Video proses pengguguran
Dr. Anthony Levatino seorang bekas pengamal menggugurkan kandungan menerangkan prosedur pengguguran akan dilakukan pada trimester kedua kehamilan.
Semasa usia kehamilan mencecah 13-14 minggu, janin sudah cukup besar dan proses pengguguran akan menjadi lebih kompleks.
Janin tidak dapat masuk ke dalam alat khas tanpa organ-organ tubuhnya dipisahkan terlebih dahulu dengan alat penyepit supaya ia dapat dikeluarkan dari rahim.
Walaupun proses menggugurkan kandungan boleh dilakukan secara medikal, namun bagi wanita hamil, prosedur ini mempunyai beberapa risiko atau komplikasi berikut:
- Kebocoran rahim
- Luka pada serviks
- Jangkitan
- Pendarahan
Pengguguran juga mengakibatkan wanita tidak boleh atau sukar untuk hamil lagi. Malah, wanita tersebut juga berisiko untuk mati saat melakukan proses ini.
Disebabkan itulah, Dr. Anthony yang telah melakukan lebih dari 12000 kali pengguguran, tidak menyarankan ibu hamil untuk melakukan proses pengguguran.
Baik dari segi alasan kesihatan dan moral. Doktor tersebut menjelaskan –
“Pada satu hari, ketika melihat jasad janin di depan saya, saya sedar yang membunuh janin di trimester apa sekalipun, ia tetap salah. “
Lihat selengkapnya mengenai proses pengguguran di sini (peringatan: video ini mengandung unsur yang kurang menyenangkan):
Risiko menggugurkan kandungan
Risiko adalah berbeza bergantung pada sama ada anda melakukan pengguguran perubatan atau pengguguran pembedahan, dan berapa minggu anda hamil.
#1. Pengguguran perubatan
Sebelum 14 minggu kehamilan, risiko utama pengguguran perubatan adalah:
- memerlukan prosedur lain untuk membuang bahagian kehamilan yang telah tinggal di dalam rahim: ini berlaku kepada kira-kira 70 daripada 1,000 wanita
- komplikasi serius seperti pendarahan berat, kerosakan pada rahim, atau sepsis: ini berlaku kepada kira-kira 1 daripada 1,000 wanita
Dari 14 minggu kehamilan, risiko utama pengguguran perubatan adalah:
- memerlukan prosedur lain untuk membuang bahagian kehamilan yang telah tinggal di dalam rahim: kira-kira 13 daripada 100 wanita
jangkitan atau kecederaan pada rahim: ini berlaku kepada sebilangan kecil wanita
#2. Pengguguran secara pembedahan
Sebelum 14 minggu kehamilan, risiko utama pengguguran pembedahan adalah:
- memerlukan prosedur lain untuk membuang bahagian kehamilan yang telah tinggal di dalam rahim: ini berlaku kepada kira-kira 35 daripada 1,000 wanita
- komplikasi serius seperti pendarahan berat, kerosakan pada rahim, atau sepsis: ini berlaku kepada kira-kira 1 daripada 1,000 wanita
Selepas 14 minggu kehamilan, risiko utama pengguguran pembedahan adalah:
- memerlukan prosedur lain untuk membuang bahagian kehamilan yang telah tinggal di dalam rahim: kira-kira 3 daripada 100 wanita
- pendarahan yang sangat berat: antara kira-kira 1 dan 10 daripada 100 wanita
jangkitan: ini berlaku kepada sebilangan kecil wanita - kecederaan pada rahim atau pintu masuk ke rahim (serviks): ini berlaku kepada sebilangan kecil wanita
#3. Kesan ke atas kesuburan, kesihatan dan kehamilan akan datang
Terdapat risiko yang sangat kecil untuk kesuburan anda dan kehamilan akan datang jika anda mengalami jangkitan rahim yang tidak dirawat dengan cepat. Jangkitan boleh merebak ke tiub fallopio dan ovari anda – dikenali sebagai penyakit radang pelvis (PID).
PID boleh meningkatkan risiko kemandulan atau kehamilan ektopik, di mana telur menanam dirinya di luar rahim.
Kos menggugurkan kandungan
Kos gugurkan kandungan secara pembedahan bergantung pada beberapa faktor penting, seperti saiz kehamilan dan sebarang komplikasi perubatan yang mungkin anda alami. Hospital swasta juga mungkin mengenakan harga yang jauh lebih tinggi daripada beberapa klinik.
Di RRAAM, titik permulaan am untuk penamatan kehamilan awal ialah RM800, meningkat kepada lebih daripada RM4000 untuk kehamilan trimester kedua (sehingga 22 minggu).
Sila ambil perhatian bahawa kos lain harus diambil kira dalam kos pengguguran, termasuk kos perjalanan dan penginapan jika anda melancong dari negeri lain di negara ini untuk melakukan prosedur.
Kos pengguguran perubatan bergantung kepada pembekal. Memandangkan pil pengguguran tidak didaftarkan untuk pengedaran di Malaysia, klinik dan hospital tidak boleh menetapkan atau menjual pil pengguguran itu.
Oleh itu, pil pengguguran yang dibeli secara dalam talian daripada sumber yang dipercayai sekitar RM350.
Prosedur menggugurkan kandungan
- Klinik gugur kandungan biasanya menjalankan proses pembedahan dipanggil Manual Vacuum Aspiration (MVA). Ini adalah prosedur mudah yang dilakukan pada awal kehamilan, yang menggunakan sedutan picagari untuk mengeluarkan tisu kehamilan dari rahim. Anestetik tempatan digunakan untuk kebas serviks dan ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan dan kebimbangan juga mungkin ditawarkan. Antara 6-12 minggu, MVA biasanya merupakan prosedur yang agak mudah, mengambil masa sekitar 15 hingga 30 minit untuk diselesaikan. Selepas berehat selama 1-2 jam di klinik atau kemudahan perubatan, pelanggan boleh pulang ke rumah dan meneruskan aktiviti biasa mereka.
- Pengguguran perubatan. Rawatan di rumah ini sesuai untuk kehamilan sehingga 9-10 minggu. Pil pengguguran (Mifepristone dan Misoprostol) memulakan proses yang serupa dengan keguguran semula jadi. Pendarahan berat mungkin berlaku selama beberapa hari selepas mengambil misoprostol, disertai dengan kekejangan dan gejala loya dan cirit-birit yang lain. Tompokan darah mungkin berterusan selama 1-2 minggu. Individu yang berbeza bertindak balas secara berbeza terhadap proses pengguguran perubatan. Kebanyakan mengatakan bahawa ia adalah seperti tempoh biasa, tetapi minoriti mendapati kesan sampingan ubat gugur kandungan.
Undang undang berkaitan pengguguran
Penting untuk kita tahu yang secara dasarnya, setiap orang dilarang untuk melakukan pengguguran, seperti ENAKMEN 3 TAHUN 1995, ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995, BAHAGIAN IV – KESALAHAN. Seksyen 85. Menggugurkan atau membunuh kandungan.
Malah, enakmen itu juga menjelaskan:
- Sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan dengan niat untuk menggugurkan atau membunuh kandungan sama ada hasil dari pernikahan yang sah atau dari persetubuhan luar nikah adalah satu kesalahan dan boleh disabitkan.
- Terkecuali kepada para Pegawai Perubatan yang terpaksa melakukan hal ini demi kesihatan wanita hamil tersebut kerana dikuatiri kehamilan tersebut membahayakan.
- Apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada 5 ribu ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Janganlah kita menjadi orang yang mementingkan diri serta menidakkan hak untuk bayi atau janin ini hidup.
Jika belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata, terdapat banyak cara untuk merancang keluarga yang jauh lebih baik dari bertindak untuk menggugurkan kandungan. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi
Baca juga: Bahaya Makan Pil Untuk Keguguran, Boleh Menyebabkan Pendarahan Serius!
Baca juga: Awal Kahwin Selalu Doa Tidak Mahu Zuriat, Suami Dedah Lepas 8 Tahun Baru Dapat Anak