Pilihan Hadiah Untuk Ayah Istimewa & Berpatutan Dari Happy Bunch Sempena Hari Bapa

Hadiah untuk ayah semestinya sesuatu yang istimewa bagi membuatkannya rasa dihargai. Jom semak beberapa idea hadiah dari Happy Bunch Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aadakah anda sedang mencari hadiah untuk ayah anda sempena Hari Bapa tahun ini? Apa kata hadiahkan ayah anda dengan sekotak makanan kegemarannya ataupun pokok hidup yang boleh dihantar ke mana-mana lokasi di Lembah Klang. Menarik bukan?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Idea hadiah untuk ayah sempena Hari Bapa
  • Hadiah sebagai sebuah penghargaan atas jasa ayah

Idea hadiah untuk ayah sempena Hari Bapa

Hari Bapa tahun ini merupakan peluang terbaik untuk anda tunjukkan betapa anda menghargai ayah anda dengan pilihan hadiah dari Happy Bunch. Anda tidak lagi perlu bersusah payah mencari hadiah Hari Bapa atau perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Ini kerana anda boleh mendapatkan pelbagai hadiah menarik dengan mudah menerusi koleksi Hari Bapa mereka yang bermula dari RM39!

#1. Buat kejutan istimewa untuk ayah dengan memberikan tumbuhan succulent 

Asyik beri hadiah sama sahaja kepada ayah anda setiap tahun? Apa kata beri sesuatu yang istimewa dengan memilih pokok tumbuhan!

Pilihan hadiah ini sememangnya terbaik buat si ayah yang gemarkan pokok dan tumbuhan. Menerusi koleksi ini, anda boleh memilih daripada 3 jenis pokok untuk dihadiahkan kepada ayah anda.

Pilihlah diantara Mini Fiddle Fig Plant dengan harga RM59 yang membawa simbol kegembiraan, yang pastinya mampu menceriakan ruang rumah dengan daun-daun yang elegan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya ayah anda ialah peminat feng shui dan tuah, Money Plant juga adalah pilihan terbaik yang menawarkan pilihan harga yang sama.

Tumbuhan ini dilihat sebagai mampu memberi tenaga positif, dan tuah yang melimpah ruah kepada pemiliknya. Malah, ianya juga boleh menapis udara secara semula jadi!

Akhir sekali, anda juga boleh memilih Succulent Box: The Green Fingers & The Adventurers bermula dari harga RM39, dalam pilihan satu pokok atau berganda.

Tumbuhan ini dikatakan memberikan pemiliknya konsentrasi yang tinggi dan keamanan yang sesuai diletakkan di atas meja ayah anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Hadiah untuk ayah: makanan dan minuman yang menyelerakan

Tidak dapat bawa ayah keluar berjalan-jalan menikmati secawan kopi atau keluar makan bersama? Tidak mengapa kerana anda boleh menghadiahkan ayah atau suami dengan makanan yang sedap ataupun sesuatu yang menarik.

Harga bermula RM89, anda boleh menghadiahkan lelaki tersayang dengan kotak istimewa yang mengandungi seleksi makanan ringan dan minuman.

Ianya terdapat dalam dua pilihan iaitu:

  • For Him: The Alpha Box
  • For Him: The Boss Man!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dihasilkan khas untuk setiap ayah, kotak ini mengandungi pelbagai makanan dan minuman terbaik dari tempatan yang dijamin akan memberikan keriangan untuk penerimanya.

Mesti seronok ayah anda dapat kotak makanan istimewa ini. Malah, terdapat juga cawan di dalam set ini. Bolehlah ayah anda menikmati minuman kegemarannya bersama cawan baru. 

Dengan setiap pembelian hadiah dari  Happy Bunch ini, anda boleh menikmati penghantaran percuma ke seluruh Malaysia yang memudahkan anda membuat kejutan istimewa kepada ayah atau pasangan.

Malah, sekiranya tinggal di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, anda boleh menikmati penghantaran pada hari yang sama!

Hadiah istimewa sebagai sebuah penghargaan atas jasa ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepada semua ayah, kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan yang diberikan kepada keluarga.

Walaupun anda tidak mampu berada bersama-sama insan tersayang pada Hari Bapa ini, Happy Bunch dapat membantu menjadikan Hari Bapa ini istimewa melalui penghantaran hadiah kepada mereka.

Koleksi Hari Bapa Happy Bunch kini tersedia untuk pesanan dan penghantaran sekarang, sementara stok masih ada. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Happy Bunch Malaysia: www.happybunch.com.my/ atau Facebook: www.facebook.com/happybunchmy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tunjuk Penghargaan Sambutan Hari Bapa Dengan Idea Menu Lazat Ini, No #4 Mudah Sangat!

Baca juga: Senarai Resipi Istimewa Sempena Sambutan Hari Bapa, Mampu Buatkan Suami Jatuh Cinta

Baca juga: Jam Tangan Pintar Sebagai Hadiah Hari Bapa, Dilengkapi 5 Ciri UNIK Untuk Kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman