Hari ibu bakal tiba tidak lama lagi. Tentunya anda ingin mencari hadiah yang sesuai lagi unik untuk dijadikan hadiah untuk hari ibu, kan?
Hari ibu bukan semata-mata untuk dikenang atau diucapkan, namun ia juga sebagai tanda kita menghargai pengorbanan ibu dengan mengambil hati mereka supaya membuatkan mereka berasa gembira. Tidak perlu menunggu tanggal 8 Mei untuk memberikan mereka hadiah, anda boleh berikannya pada bila-bila masa.
Adakah anda tahu ibu anda mempunyai minat atau ‘wishlist’ tersendiri yang bagaimana? Untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi antara 7 idea unik hadiah yang sesuai untuk ibu. Mungkin salah satunya adalah hadiah idaman ibu anda. Hadiah untuk hari ibu ini sesuai diberi sempena Hari Ibu atau pada hari jadi.
Para suami, hadiah buat isteri juga sangat digalakkan, ya! 🙂
Tips Memilih Hadiah Untuk Hari Ibu
Kredit gambar: istock
Sebenarnya, ada macam-macam pilihan hadiah untuk hari ibu yang bersesuaian dengan bajet dan kemampuan anda. Yang terbaik, belilah hadiah yang bernilai dan ibu sukakannya menunjukkan kita tahu apa yang berada dalam isi hatinya. Kuncinya, rajin-rajinkan bertanya!
- Kenali minat ibu -Sesetengah para ibu ada yang sukakan memasak, bercucuk tanam, menjahit, mengumpul barang perhiasan dan sebagainya. Dari sini anda boleh kenal pasti hadiah yang macam mana sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu. Pilih yang ibu sukakannya dan senang untuk digunakan
- Boleh digunakan untuk jangka masa panjang dan tahan lama – Jika boleh, beli hadiah yang boleh dipakai lama dan ibu betul-betul sering menggunakannya. Jadi, tidaklah anda rasa membazir jika lihat hadiah yang anda belikan terbiar begitu sahaja.
- Gunakan bantuan aplikasi ‘Love Language’ – Melalui aplikasi ini, ibu anda perlu menjawab beberapa soalan sebelum mendapatkan keputusan yang menentukan ibu anda tergolong dalam love language yang mana satu. Sebagai contoh, jika ibu anda tergolong dalam ‘receiving gifts’ sudah tentulah dia gembira jika anda membuat kejutan dengan memberikan hadiah untuk hari ibu.
7 Idea Hadiah Untuk Hari Ibu Yang Unik dan Menarik
Pening kepala masih tidak tahu hadiah yang sesuai untuk ibu? Untuk memudahkan carian anda, kami senaraikan 7 idea hadiah untuk hari ibu yang mungkin anda berkenan.
7 Idea Hadiah Untuk Hari Ibu Yang Unik dan Menarik
| Pandora Mother & Daughter Hearts Dangle Charm Hadiah Untuk Hari Ibu Yang Sentimental | | View Details | Beli di Shopee |
| CORVAN Air Fryer Hadiah untuk hari ibu alat memasak pelbagai guna | | View Details | Beli di Shopee |
| Glass Skin Series Sendayu Tinggi Hadiah untuk hari ibu set kecantikan | | View Details | Beli di Shopee |
| Cenderamata Akrilik Hadiah untuk hari ibu terbaik tanda kenangan | | View Details | Beli di Shopee |
| BBQ Grill & Steamboat Hot Pot Terbaik sesuai untuk aktiviti keluarga | | View Details | Beli di Shopee |
| Periuk Le Creuset Hadiah untuk hari ibu periuk mewah dan berkualiti | | View Details | Beli di Shopee |
| 7 in 1 Pisau Premium Viral Hadiah terbaik sesuai untuk aktiviti dapur | | View Details | Beli di Shopee |
Pandora Mother & Daughter Hearts Dangle Charm
Hadiah untuk hari ibu terbaik jenis sentimental
Wanita mana yang tidak akan jatuh cinta jika dihadiahkan Pandora Mother & Daughter Hearts Dangle Charm dari Pandora ini. Didatangkan dengan dua belahan cinta – satu bahagian boleh dipakai oleh ibu dan satu lagi bahagian dipakai oleh anda menunjukkan keserasian antara anda berdua.
Diperbuat daripada perak sterling yang digilap serta dihasilkan dengan tulisan enamel merah jambu disertai dengan perkataan “You are always in my heart" dengan zirkonia padu yang berkilauan menunjukkan betapa istimewanya ibu anda
Setiap tahun, anda boleh menambah charm pada gelang sebagai hadiah untuk hari ibu. Ini pasti menjadi idea hadiah untuk hari ibu yang tidak dapat dilupakan!
Apa yang kami suka?
- Mempunyai elemen sentimental
- Butiran charm yang ikonik dan tahan lama
- Boleh disertakan dengan gelang dan diubahsuai
- Perhiasan yang mempunyai makna tersendiri
CORVAN Air Fryer
Hadiah untuk hari ibu terbaik untuk memasak pelbagai cara
Ini pasti membuatkan mereka tersenyum lebar! Air fryer merupakan kemudahan alat perkakas dapur yang sangat diperlukan pada masa sekarang, kan? Tiada wanita yang tidak suka apabila dihadiahkan sesuatu yang memudahkan dan menjimatkan masa menggoreng di dapur.
Tidak hanya itu, bagi ibu yang suka memasak di rumah dan mencuba pelbagai resepi baharu, penggunaan air fryer dijamin dapat menghasilkan masakan yang lazat dan menggiurkan! Malah, masakan menjadi lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak bahkan boleh menjadikan masakan enak sama seperti deep fried.
Apa yang kami suka?
- Hadiah yang berkualiti dan tahan lama
- Boleh goreng, panggang dan bakar tanpa minyak
- Kapasiti XXL dengan bakul menggoreng 5L saiz penuh
- Boleh menggoreng tanpa perlu nyah beku atau defrost
- Sesuai untuk ibu yang suka memasak
- Mudah digunakan dan dibersihkan
- Teknologi pemanasan aliran udara 360 darjah untuk memasak lebih sekata
- Mempunyai 8 fungsi memasak yang telah ditetapkan
- Mudah alih dan ringan dengan berat 4.2kg sahaja
Glass Skin Series Sendayu Tinggi
Hadiah untuk hari ibu terbaik set kecantikan
Tahukah anda wanita sangat gemarkan produk kesihatan dan kecantikan diri? Mereka akan rasa lebih dihargai.
Ibu-ibu biasanya akan ‘kedekut’ dengan diri sendiri untuk membeli produk seperti ini. Ia kerana, mereka lebih mengutamakan anak-anak berbanding diri sendiri.
Sebab itulah produk kecantikan adalah hadiah untuk ibu yang paling sesuai. Berikan perhatian lebih kepada mereka dengan memberikan sesuatu yang istimewa.
Seperti rangkaian set Glass Skin Series dari jenama Sendayu Tinggi ini, ia memfokuskan masalah penuaan kulit dengan membantu kurangkan kedutan dan garis halus serta membantu menganjalkan kulit. Mungkin ini antara hadiah yang sesuai ibu kerana sudah didatangkan dalam kotak hadiah yang menarik!
Apa yang kami suka?
- Set penjagaan wajah merangkumi toner (Hydra Boost Toner), serum (Glow Drop Serum) dan mask (Glow Sleeping Mask).
- Membantu melembut, melicin, melembap dan menghaluskan tekstur kulit untuk ilusi kulit ibarat ‘glass skin’.
- Set penjagaan wajah yang turut memfokuskan masalah penuaan kulit dengan membantu mengurangkan kedutan dan garis halus serta membantu menganjalkan kulit.
- Mengandungi pelbagai formulasi ekstrak botani dalam ketiga-tiga produk untuk merawat kulit kusam dan kering.
- Hydra Boost Toner diformulasikan dengan Rosa Damascena Flower Water yang membantu menghidrat, menyegar dan melembap kulit untuk kulit yang kekal bersih, sihat dan cantik. Kandungan astringent dalam Rosa Damascena Flower Water ini turut membantu membersihkan pori dan menyekatakan tona wajah untuk kulit wajah yang cerah berseri.
- Glow Drop Serum diformulasikan dengan Bakuchiol, Vitamin C, E, Niacinamide dan Trehalose untuk melembap, menghalus, menyihat dan menyerikan wajah, selain memiliki keupayaan anti-penuaan & antioksida. Fungsi utama serum ini adalah untuk melambatkan tanda-tanda penuaan kulit dengan membantu penghasilan sel-sel baru yang lebih sihat untuk proses penyembuhan kulit yang lebih pantas.
- Glow Sleeping Mask mengandungi Trehalose dan Sodium Hyaluronate untuk menghidrat dan melembap kulit secara menyeluruh. Turut mengandungi Caviar Lime (dari Australia) yang mengandungi AHA untuk menyingkirkan sel kulit mati, melembut, mencerahkan dan meratakan tona kulit.
- Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit
Cenderamata Akrilik
Hadiah untuk hari ibu terbaik tanda kenangan
Ini merupakan pilihan terbaik untuk dihadiahkan pada hari ibu. Akrilik dengan lampu LED ini sesuatu yang yang istimewa kerana mempunyai gambar ibu dan ayah berserta doa sangatlah memberi makna yang besar. Tidak kira apapun harinya yang pasti tetap mendoakan insan tersayang. Boleh pilih reka bentuk yang berbeza disertakan dengan gambar manis mereka berdua.
Pilih salah satu dan pesan sahaja. Apa pun hasilnya, percayalah, ia akan dihargai.
Apa yang kami suka?
- Islamik dan penuh makna
- Sesuai dijadikan perhiasan di bilik tidur, ruang tamu atau di atas meja
- Material Kayu + Lampu LED
- Saiz: 15cm (l) x 3cm (t) x 4.5cm (d)
- Mempunyai 2 pilihan warna lampu iaitu kuning atau putih
BBQ Grill & Steamboat Hot Pot
Hadiah untuk hari ibu terbaik sesuai untuk aktiviti keluarga
Set BBQ Grill & Steamboat Hot Pot ini antara hadiah yang sesuai untuk ibu kerana boleh digunakan di mana sahaja termasuk ketika berkelah. Yang penting seronok untuk dimasak bersama keluarga tersayang.
Harganya juga agak murah iaitu bawah RM 100 namun cukup dengan fungsinya. Ia boleh digunakan untuk memanggang dan memanaskan sup untuk steamboat dalam amsa yang sama.
Jadi, apa kata anda hadiahkan set BBQ ini sebagai hadiah untuk hari ibu? Boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Mungkin anda juga boleh membantu ibu untuk memasak hidangan kegemarannya.
Apa yang kami suka?
- Pemanggang BBQ Elektrik + Periuk Panas Steamboat
- Serbaguna: Grill, Rebus, Goreng, Panggang, Masak, Rebus
- Kuali Pemanggang Tidak Melekat Selamat: Mudah untuk Menggril dan Membersih
- Tombol sentuh sejuk sangat mudah dipasang dan digunakan
- Pengawal suhu
- Kapasiti Besar: 1.8 Liter
- Dimensi Pembungkusan: 45x15x40cm
- Mangkuk DeepSoup – 7cm
- Bbq Grill & Steamboat Hot Pot Shabu Roast Fry Pan – 34cm
- Berat: 3.2kg
Periuk Le Creuset
Hadiah untuk hari ibu terbaik periuk mewah dan berkualiti
Jenama periuk yang tidak asing lagi, Le Creuset pasti membuatkan ibu gembira saat membuka hadiah yang anda berikan. Terkenal dengan kualiti dan pilihan warna yang menarik menjadikan ibu akan menjadikannya sebahagian koleksi periuk atau menggunakan untuk hidangan berkuah. Salah satu kelebihan periuk ini adalah mempunyai kemampuan unik dan menyimpan haba yang baik.
Hasilnya, aktiviti memasak akan menjadi cepat dan mudah! Malah, makanan juga dimasak dengan sekata dan boleh mengekalkan tahap kepanasan periuk dengan lebih lama. Tak perlu memanaskan lauk berulang kali. Jika anda mempunyai bajet lebih untuk membeli hadiah hari ibu, pastikan anda belikan untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang.
Apa yang kami suka?
- Jenama yang berkualiti dan tahan lama
- Harga yang berpatutan dan mampu milik
- Boleh digunakan di atas pelbagai jenis dapur
- Sesuai untuk merebus, menggoreng, membakar dan memanggang
- Tahan lasak dan tidak mudah melekat
7 in 1 Pisau Premium Viral
Hadiah untuk hari ibu terbaik sesuai untuk aktiviti dapur
Satu lagi hadiah yang sesuai untuk ibu adalah set lengkap kegunaan dapur. Ibu-ibu pasti sukakannya kerana warnanya yang menarik perhatian. Harganya pula tidak mahal tetapi berkualiti dan sedap digunakan untuk memotong bahan masakan.
Jadi, jika anda buntu untuk memberikan hadiah yang boleh digunakan untuk ibu, set ini adalah pilihan yang tepat!
Sebaiknya perhatikan dahulu pisau di dapur adakah masih boleh digunakan atau sudah tumpul. Kalau ibu sukakan kita gantikan peralatan seperti ini, gantikanlah. Baru dia nampak anak dia sayang dan memerhati dalam diam rupanya!
Apa yang kami suka?
- Harga yang murah
- Pilihan warna pastel yang menarik
- Lengkap dengan set peralatan dapur yang lain
- Didatangkan dengan 7 dalam 1 : pisau, pisau pemotong roti, gunting kecil, pisau pengupas buah, pisau kecil dan pengupas
- Percuma papan pemotong
- Boleh minta tambahan kotak berserta kad ucapan untuk ibu tersayang
Perbandingan Harga
|
Produk |
Harga |
Pandora Mother & Daughter Hearts Dangle Charm |
RM 272.00 |
CORVAN Air Fryer |
RM 298.00 |
Glass Skin Series Sendayu Tinggi |
RM 134.70 |
Cenderamata Akrilik |
RM 45.90-90.00 |
BBQ Grill & Steamboat Hot Pot |
RM 19.90-42.89 |
Periuk Le Creuset |
RM 158.88 |
7 in 1 Pisau Premium Viral |
RM 28.50 |
Diharapkan semoga artikel ini dapat membantu anda membeli hadiah yang sesuai untuk ibu pada hari ibu yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Baca juga: 10 Hadiah Terbaik Untuk Ibu Baru, Inilah Masa Gembirakan Yang Tersayang!
Baca juga: 15 Idea Hadiah Buat Suami Sempena Hari Kekasih, Pasti Dia Suka & Bertambah Sayang