Bagi meraikan isteri yang berpenat lelah mengandung dan melahirkan anak, maka tidak ada salahnya jika suami memberi hadiah untuk isteri bagi menghargai pengorbanan mereka bertarung nyawa melahirkan zuriat kalian.
Masa inilah juga suami dapat menunjukkan nilai kasih sayang dan rasa cinta pada isteri. Malah momen kelahiran anak itu juga pasti dapat dikenang sampai bila-bila.
Bahkan dengan memberi hadiah untuk isteri juga dapat membuatnya kembali bersemangat menjalani tempoh berpantang dan dapat mengasuh si kecil dengan lebih baik kerana emosi ibu semasa berpantang harus dijaga dan dibelai jiwanya.
Jadi, apakah hadiah untuk isteri yang secocok itu? Berikut ini adalah senarainya!
5 hadiah untuk isteri selepas bersalin
Perhiasan seperti emas merupakan benda yang paling disukai wanita.
Dengan pemberian tersebut juga dapat menjadikannya lambang cinta dan bukti kasih sayang suami terhadap isteri yang telah berjuang melahirkan zuriat anda.
Salah satunya yang boleh suami beri pada isteri ialah rantai leher yang ada ukiran nama isteri. Tentu dia gembira bila menerima rantai ini daripada suami tercinta sekaligus membuatkan isteri rasa istimewa dan bahagia.
#2. Alat mekap
Dalam tempoh berpantang tidak semestinya isteri harus kelihatan selekeh dan tidak boleh bersiap cantik.
Sebab itu, dengan pemberian alat mekap ini, ia dapat memberi isteri semangat untuk nampak cantik jika ada tetamu yang datang ke rumah menjenguk bayi dan ibu.
Apapun, pilihlah jenama mekap yang sesuai dengan kulit isteri dan paling disukai. Tentu dia gembira saat menerimanya.
#3. Jam tangan berjenama mewah
Jam tangan juga boleh menjadi salah satu pilihan yang mampu membuatkan isteri teruja dan gembira. Namun anda perlu pastikan ia sama dengan saiz tangan isteri supaya tidak terlalu besar atau kecil.
#4. Beg diaper yang lebih trendy
Apabila ada anak, orang perempuan memang suka galas beg diaper untuk ke mana-mana supaya memudahkan mereka membawa bayi bersama.
Segala keperluan si kecil sama ada pampers, napkin, botol susu, tuala dan sebagainya dapat dimuatkan dalam beg tersebut. Jadi ia sangat bermanfaat untuk isteri.
Apabila menerima beg ini tentu saja membuatkan isteri gembira lantas rasa dihargai oleh suami.
#5. Pakej spa dan urutan badan
Bersalin merupakan momen yang sangat meletihkan, jadi tentunya isteri memerlukan pakej spa yang lengkap supaya tubuh kembali sihat, bertenaga dan cergas sepanjang tempoh berpantang itu. Maka pemberian pakej spa adalah pilihan yang terbaik.
Malah dengan pakej ini dapat meregangkan otot yang sakit dan sengal selepas bersalin sekaligus membuatkan isteri rasa lebih relaks.
Bagaimana dengan lima idea hadiah untuk isteri ini? Semoga ia dapat membantu!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulis asal Finna Prima Handayani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comulang-tahun-perkahwinan/