X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

''Kecewa Dapat Tahu Hamil No.2, Tapi Dialah Paling Mudah Sampai Bersalin Di Rumah''

4 min bacaan
''Kecewa Dapat Tahu Hamil No.2, Tapi Dialah Paling Mudah Sampai Bersalin Di Rumah''

Anda pastinya membuat perancangan menambah zuriat yang seterusnya. Namun disahkan hamil anak kedua sangat rapat dengan pertama, ia adalah rezeki dari Allah

Ada sesetengah ibu perlu menunggu beberapa tahun untuk bersedia hamil anak kedua. Dan ada pula daripadanya masih disahkan mengandung lagi ketika yang sulung masih kecil (kehamilan rapat). Apa yang pasti, ia mungkin menguji mental dan fizikal anda untuk tabah mengharungi anugerah diberikan Allah ini.

Menurut pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah Kulup Hamzah, anak adalah hadiah daripada Allah. Setiap kehadirannya juga memang telah tersedia rezeki yang perlu dicari oleh ibu ayah.

Menangis dapat tahu hamil anak kedua ketika belum bersedia

mengandung anak kedua

credit to sources

Sememangnya ibu bapa pada zaman kini amat berbeza dengan dahulu kerana kos sara hidup lebih mencabar dan pelbagai ujian perlu dilalui setiap hari. Namun sekiranya Allah meletakkan anda dalam sesuatu keadaan, percayalah itu adalah yang terbaik.

Menerusi perkongsian dan luahan hati seorang ibu, Ana Haziqah melalui sebuah kumpulan di Facebook, hamil anak kedua adalah sangat tidak disangka kerana pada waktu berkenaan dia tengah mempertimbangkan untuk mengambil perancang keluarga.

Bismillah, Assalamualaikum semua. Saya lah yang tidak sabar nak keluar dekat rumah tu. (Terbersalin di rumah). Alhamdulillah usia kini sudah dua bulan, sekejap je masa berlalu.

Bila mengingatinya kembali, mula-mua memang rasa down sangat setelah dapat tahu mengandung rapat. Duduk diam-diam dan sembunyikan dari orang. Masa tu baru niat nak pasang IUD, tapi tiba-tiba naik dua garisan!

Kepala sudah kosong, selalu je cari gaduh dengan suami. Sibuk fikir tidak mampu membesarkan anak-anak ini (minta dijauhkanlah ya rakan-rakan semua).

Saya hanya menjalankan perniagaan atas talian sepenuh masa. Suami pula berkebun. Dengan situasi pandemik Covid-19 ini lagi, sampai satu tahap selalu fikir bukan-bukan. Nauzubillah.

Lama-lama bila difikirkan semula, saya tidak yakin dengan Allah ke? Telefon mak dan menangis sebab rasa belum bersedia. Mak pujuk dan cakap tak apalah kak, awak dengan adik lelaki awak pun rapat.

Lepas ni terus pakai perancang. Tidak mengapa. Nanti ada kawan, anak tidak sunyi. Rasa susah masa awal-awal ni sahaja.

Mengandung tiada sebarang alahan dan mudah bersalin

Alhamdulillah, Allah Maha Baik. Dia permudahkan segala urusan. Cukup semuanya. Ketika mengandung si adik ni, saya tidak mabuk langsung. Terima kasih sayang.

Lahir pula dekat rumah, suami yang sambut (terbersalin ya), lepas tu terus pergi hospital. Dan Alhamdulillah. Semuanya cukup.

belum bersedia hamil lagi

Sekarang saya terus inject depo. Minta kawan-kawan doakan depo/implan ni sesuai dengan saya ya! Bagi yang tidak yakin untuk merancang sendiri, ikut sahaja nasihat daripada doktor.

Anak-anak akan bahagia kalau ibunya bahagia. Ini anak kedua saya, perempuan tau. Alhamdulillah saya sudah ada dua anak perempuan. Ingat, anak semua sama sahaja. Dua-dua perempuan ke, dua-dua lelaki ke. Semuanya pembawa rezeki.

Semua itu adalah amanah. Jangan down kalau tidak dapat sepasang lelaki perempuan. Jangan dibanding-bandingkan. Syukurilah apa yang ada dan Insyaallah kebahagiaan akan hadir dalam keluarga kecil kita nanti.

Rezeki anak perlu diusahakan

Ramai masyarakat salah faham apabila mengatakan setiap anak ada rezekinya tersendiri. Dalam hal ini, setiap rezeki tersebut hendaklah diusahakan oleh ibu ayahnya untuk mencari.

”Bukan hanya menunggu ia datang bergolek bersama anak selepas dilahirkan. Mungkin ada yang memakan masa lama atau sekejap sahaja. Itu semua adalah ketentuan daripada Yang Maha Esa.”

mengandung lagi

”Memanglah Allah telah tentukan setiap bahagian rezeki anak, tetapi jika tidak diusahakan ibu ayah menjaganya, maka rezeki itu tidak ditemui,” kata pakar.

Tambahnya lagi, ia bukanlah dalam bentuk wang atau harta semata-mata. Tetapi boleh datang dalam pelbagai bentuk misalnya rezeki kebahagiaan, keharmonian dan ketakwaan kepada Allah.

”Misalnya selepas melahirkan anak, jawatan ibu ayah di tempat kerja telah dinaikkan. Maka itu adalah antara rezeki yang perlu dikongsi bersama anak. Jangan sesekali menganggap ia datang atas usaha sendiri atau kebetulan sahaja, tetapi percayalah ia sudah diaturkan Allah kepada umat yang mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya,” tambahnya.

Sumber:  Ana Haziqah, Cahaya Mata

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-mengira-waktu-subur

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • ''Kecewa Dapat Tahu Hamil No.2, Tapi Dialah Paling Mudah Sampai Bersalin Di Rumah''
Kongsikan:
  • ''Anak Masih Kecil, Dah Mengandung Lagi''- Ibu Kongsi Kisah Hampir Ingin Gugurkan Kandungan

    ''Anak Masih Kecil, Dah Mengandung Lagi''- Ibu Kongsi Kisah Hampir Ingin Gugurkan Kandungan

  • Suami, Jangan Kedekut Dengan Anak & Isteri, Nescaya Rezeki Anda Akan Berlipat Ganda

    Suami, Jangan Kedekut Dengan Anak & Isteri, Nescaya Rezeki Anda Akan Berlipat Ganda

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • ''Anak Masih Kecil, Dah Mengandung Lagi''- Ibu Kongsi Kisah Hampir Ingin Gugurkan Kandungan

    ''Anak Masih Kecil, Dah Mengandung Lagi''- Ibu Kongsi Kisah Hampir Ingin Gugurkan Kandungan

  • Suami, Jangan Kedekut Dengan Anak & Isteri, Nescaya Rezeki Anda Akan Berlipat Ganda

    Suami, Jangan Kedekut Dengan Anak & Isteri, Nescaya Rezeki Anda Akan Berlipat Ganda

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.