Pakar Kongsi Waktu Yang SELAMAT Untuk Hamil Lagi Setelah Caesar, Ibu Sila Take Note!

Bagi ibu yang pernah bersalin secara pembedahan sebelum ini, anda mungkin tertanya-tanya bilakah waktu selamat untuk hamil setelah caesar. Ini jawapannya!

Kebanyakan ibu di Malaysia melahirkan bayi melalui kaedah pembedahan secara elektif mahupun atas sebab kecemasan. Kedua-dua proses ini, ibu akan mengalami kehilangan banyak darah, otot pada abdomen serta saluran darah terpaksa dipotong. Justeru banyak persoalan yang timbul dari ibu-ibu bilakah waktu sesuai untuk kembali hamil setelah caesar?

Jawapannya adalah anda perlu menunggu sedikit masa iaitu 6 hingga 1 tahun sebelum mengandung lagi. WHO menyarankan jarak ideal adalah 2 bulan bagi mengelakkan risiko bahaya terhadap ibu dan bayi.

Baca juga: Rupanya Ada Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Caesar Berbanding Normal, Ibu Sila Alert!

Waktu selamat untuk hamil setelah caesar

credit to sources

Jarak waktu ini juga disarankan bagi ibu yang melalui proses kelahiran secara normal. 24 bulan adalah tempoh idea bagi memastikan luka bersalin benar-benar sembuh sepenuhnya.

Ketika pembedahan Caesarean dijalankan, banyak otot pada abdomen dan saluran darah terpaksa dipotong bagi memberikan ruang untuk bayi keluar dengan mudah. Doktor juga akan membelah kulit, otot-otot abdomen dan akhir sekali otot rahim.

Disebabkan ia melibatkan kecederaan pada otot-otot besar, proses penyembuhan memerlukan masa yang agak lama. Secara keseluruhannya, 50 peratus penyembuhan akan berlaku selepas 3 bulan dan otot mempunyai kekuatan sebanyak 80 peratus apabila mencapai setahun.

Pertimbangan tempoh waktu sehingga 2 tahun ini adalah penting dalam memberikan ruang pada ibu ayah memberi perhatian dan membesarkan anak dengan baik. Namun merancang kehamilan berikutnya adalah keputusan peribadi.

Sebaiknya ibu berbincang dahulu dengan pasangan dan doktor bagi menilai tahap kesihatan dan persediaan zahir batin keluarga.

Mengapa perlu ada tempoh waktu antara satu kelahiran dengan berikutnya?

credit to sources

Meskipun pada luarannya anda kelihatan sembuh, perlu diingatkan bahawa kekuatan otot yang telah 'cedera' akibat pembedahan tidak akan kembali seperti keadaan asalnya.

Bagi wanita sihat dan muda, sudah pastinya anda akan melalui proses penyembuhan yang lebih cepat. Mungkin sahaja selepas tempoh setahun, luka dan darah akan pulih. 

Tetapi bagi wanita berusia melebihi 35 tahun atau mempunyai latar belakang penyakit kronik seperti diabetes mellitus, anda memerlukan tempoh pemulihan yang agak lama berbanding ibu lain.

Sebenarnya semakin lama masa anda menjarakkan kehamilan seterusnya, semakin baik untuk proses penyembuhan dari segi fizikal dan mental. Bayangkan sahaja jika anak masih kecil, menyusu dan tubuh ibu masih belum pulih sepenuhnya, sudah tentu ini akan mendatangkan masalah terhadap diri serta keluarga.

Faedah menjarakkan kehamilan selepas caesar

Menjarakkan anak juga memberikan masa untuk para ibu berehat kerana membesarkan bayi yang berumur kurang dari 1 tahun bukanlah perkara mudah. 

Bayangkan ketika hamil dan anda pula terpaksa menjaga anak berumur kurang setahun pula, hanya Tuhan sahaja yang dapat membantu para ibu ini melalui setiap dugaan dengan penuh sabar.

credit to sources

Selain itu menjarakkan kehamilan ini turut membolehkan ibu memberikan perhatian dan masa yang diperlukan ketika proses tumbesaran bayi. Kebanyakan doktor berpendapat bahawa mempunyai anak seorang lagi dalam tempoh yang singkat bukanlah langkah yang baik.

Manakala dari aspek kesihatan pula, ibu yang pernah mengalami komplikasi ketika kelahiran sebelumnya akan berisiko tinggi mengalami masalah yang sama pada kelahiran seterusnya.

Adakah boleh melahirkan normal sekiranya pernah bersalin Caesar?

Ini adalah pertanyaan yang kerap kali ditanyakan oleh para ibu. Pada dasarnya, melahirkan secara normal mungkin boleh dilakukan setelah ibu merancang jarak kelahiran sekitar 1 tahun, kehamilan tidak berisiko tinggi dan pengalaman mengandung sebelum ini tiada sebarang komplikasi.

Walau bagaimanapun bersalin secara normal jika sebelum ini ibu pernah bersalin caesar juga mempunyai risikonya tersendiri. Ia mungkin menyebabkan masalah rahim pecah.

Kira-kira 1 daripada 300 wanita mengalami masalah pecah rahim semasa melalui kelahiran normal. 

Kesimpulannya proses bersalin secara caesar adalah operasi besar di mana tubuh kehilangan banyak darah. Ia memerlukan waktu yang sesuai untuk ibu hamil lagi. Ini adalah untuk memastikan tubuh ibu kembali pulih dan sistem reproduksi berfungsi dengan baik.

Justeru, sabar menunggu seketika dan rancanglah kehamilan seterusnya setelah ibu benar-benar bersedia secara fizikal serta mental.

Sumber: Dr zubaidi, pop mama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia