- Doktor kongsi tips jimatkan minyak masak ketika musim harga barang naik
- Tanda-tanda minyak masak tidak boleh digunakan semula untuk menggoreng
Doktor kongsi tips jimatkan minyak masak ketika musim harga barang naik
Seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsikan beberapa langkah penjimatan ketika harga barangan dapur semakin meningkat.
#1. Tukar menu bergoreng kepada rebusan, singgang, renehan, atau stim
#2. Pilih alternatif selain menggoreng atau gunakan air fryer
Membakar atau memanggang tidak memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Selain itu, anda juga boleh gunakan air fryer yang tidak memerlukan langsung minyak untuk menggoreng masakan.
#3. Gunakan kuali kalis lekat(non-stick)
Kuali pan fry dapat membantu untuk mengelakkan anda menggunakan minyak yang banyak kerana anda hanya perlu menggoreng menggunakan minyak yang sedikit tanpa lekat.
#4. Pastikan suhu minyak 180-190°C s jika anda “deep dry” makanan bersalut tepung
#5. Tips berjimat ketika harga barangan naik: Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa
Lebih banyak minyak akan diperlukan sekiranya anda menggoreng makanan dengan banyak serentak. Hadkan makanan untuk menggoreng.
#6. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas dan jangan campurkan minyak baru dengan yang lama
Perbuatan ini boleh merosakkan minyak dan menjadikan ia tidak selamat untuk diulang guna. Malah sekiranya anda mencampur minyak baru dan lama, ia akan mencemarkan minyak baru dan memendekkan jangka hayat selamatnya.
Tanda-tanda minyak masak tidak boleh digunakan semula untuk menggoreng
Sesuatu yang perlu diingatkan untuk anda semua adalah jangan kerana anda terlalu ingin berjimat, anda terus terusan menggunakan semula minyak yang telah digoreng. Ini tanda-tanda minyak masak yang anda tidak boleh gunakan semula.
- Warna minyak bertukar perang pekat
- Minyak menjadi lebih likat dan pekat
- Minyak berbau tengik
- Banyak asap terhasil ketika dipanaskan
- Warna makanan yang digoreng terlalu gelap atau makanan digoreng rasa tidak sedap
Langkah-langkah penjimatan ini bukan sahaja dapat membantu anda mengawal pembelian minyak masak. Malah, anda juga boleh mendapat manfaatnya apabila bertukar kepada cara hidangan yang lebih sihat dengan menggunakan sedikit sahaja minyak masak.
Semoga perkongsian kali ini membantu anda untuk membuat pilihan yang bijak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bahaya Guna Minyak Masak Terpakai Berulang Kali, Boleh Jadi Punca Kanser!
Baca juga: Resepi Cempedak Goreng Rangup & Sedap, Ini Tips Bancuh Tepung Agar Tidak Makan Minyak
Baca juga: 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!