Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Jika anda memerlukan kontrasepsi di Malaysia, apakah pilihan terbaik buat anda?

Adakah anda tahu bahawa kurang daripada separuh daripada wanita yang subur di Malaysia menggunakan perancang keluarga?

Kadar penggunaan yang teramat rendah ini adalah antara sebab yang dipercayai telah menyebabkan ramai wanita meninggal dunia akibat terlalu banyak mengandung.

Tetapi jika anda memerlukan melakukan kontrasepsi di Malaysia, apakah pilihan yang anda ada? Bagaimana anda tahu apa yang terbaik untuk anda, bagaimana untuk mendapatkannya, dan berapa pula kosnya?

Jangan bimbang. Kami ada menyediakan maklumat untuk anda tentang harga perancang keluarga di Malaysia.

Pil perancang keluarga

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Gambar: Bedsider

Pil ini mengandungi hormon sintetik untuk memberhentikan badan anda daripada mengeluarkan telur semasa ovulasi. Tiada telur bermakna tiada bayi.

Hormon juga menyebabkan mukus serviks anda menebal, membentuk halangan fizikal yang menghalang sperma daripada memasuki lebih dalam.

Kawalan kelahiran hormon mempunyai kejayaan sehinga 99% dan apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil satu pil setiap hari pada masa yang sama.

Adakah ia untuk saya?

Pil kawalan kelahiran adalah yang paling mudah untuk diambil dan tidak mengganggu seks, selagi anda ingat untuk mengambilnya setiap hari.

Tetapi seperti semua kawalan kelahiran hormon, pil boleh mempunyai pelbagai kesan sampingan; positif mahupun negatif.

Anda mungkin akan mengalami perubahan mood, kesan pada kulit, badan dan nafsu seks anda.

Mujurlah, terdapat banyak pil yang berbeza dengan kepekatan hormon yang berbeza dan kombinasi pil untuk anda pilih.

Jika kesan-kesan yang tidak diingini tidak hilang selepas 3 bulan, berjumpalah dengan doktor anda untuk menukar pil anda.

Di mana untuk mendapatkannya: klinik biasa untuk anda dapatkan nasihat rundingan oleh doktor, dan kemudian anda boleh membelinya di mana-mana farmasi.

Harga: RM 10-40 sebulan, bergantung kepada jenama. Harga diambil dari LPPKN, jadi anda mungkin perlu membayar harga yang lebih tinggi di klinik swasta.

Implan hormon

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Gambar: Daily Mail

Implan adalah rod kecil yang dimasukkan di bawah kulit lengan anda.

Seperti pil kawalan kelahiran, ia akan mengeluarkan hormon sintetik yang dikenali sebagai progestin untuk mencegah kehamilan.

Tidak seperti pil, sebaik sahaja ia dimasukkan, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Implan melindungi anda selama 3 tahun, selepas itu ia perlu diganti dengan implan baru.

Adakah ia untuk saya?

Ia sesuai untuk anda jika anda mahu mengawal kehamilan tanpa perlu mengambil pil setiap hari!

Satu pertiga daripada wanita akan mendapati haid mereka berhenti sepenuhnya ketika menggunakan implan.

Implan ini adalah untuk anda jika anda seorang yang mudah lupa untuk mengambil pil setiap hari atau jika anda akan melakukan hubungan seks dengan kerap.

Jika anda mahu hamil semula, anda hanya perlu keluarkan implan tersebut dan anda sepatutnya akan subur semula tidak lama kemudian.

Di mana untuk mendapatkannya: Implan tersebut mesti dimasukkan oleh profesional penjagaan kesihatan, jadi berbincanglah dengan doktor anda atau buat temu janji dengan pakar sakit puan.

Harga: Bermula dari RM 500 untuk memasukkan implan dan lebih kurang RM100 untuk mengeluarkannya semula.

Suntikan hormon

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Gambar: Dr. Oz

Seperti pil kawalan kelahiran dan implan, suntikan ini mengandungi dos progestin hormon yang menghalang ovulasi dan memekatkan mukus serviks.

Setiap suntikan melindungi anda selama 3 bulan.

Adakah ia untuk saya?

Jika anda tidak mahu makan pil dan tidak bersedia untuk mendapatkan implan setiap 3 tahun, anda mungkin mahukan suntikan ini.

Walau bagaimanapun, anda mesti kembali berjumpa doktor setiap 3 bulan untuk mendapatkan dos suntikan yang seterusnya!

Juga, anda perlu tahu yang jika anda membuat keputusan untuk hamil semula, anda akan perlu menunggu untuk kesan dos tersebut hilang.

Kesuburan anda mungkin mengambil masa sehingga 10 bulan untuk kembali normal!

Di mana untuk mendapatkannya: Klinik biasa sepatutnya boleh memberikan suntikan ini, tetapi ia adalah lebih baik untuk anda membuat panggilan dan bertanya dahulu. Sebagai alternatif, jadualkan temujanji dengan pakar sakit puan.

Harga: RM 18-36 setiap suntikan

IUD (hormon)

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Gambar: Wikipedia

Peranti intrauterine (IUD) adalah alat kecil plastik yang dimasukkan ke dalam rahim anda. Seperti implan dan suntikan, IUD hormon melepaskan progestin untuk mencegah kehamilan.

Selepas kemasukan, IUD hormon akan melindungi anda dari kehamilan selama 3-6 tahun, bergantung pada jenama.

Adakah ia untuk saya?

IUD adalah salah satu bentuk kawalan kelahiran yang yang dapat bertahan paling lama. Kesuburan anda akan kembali sebaik sahaja anda mengeluarkannya.

Kaedah ini mesti dilakukan oleh seorang profesional penjagaan kesihatan, dan sesetengah wanita boleh merasa sakit ketika ia dilakukan.

Doktor kadang-kadang tidak mengesyorkan untuk IUD dimasukkan ke dalam faraj wanita yang belum mempunyai anak, kerana serviks mereka adalah lebih ketat.

Sebenarnya, saiz serviks berbeza untuk setiap wanita, tidak kira sama ada mereka sudah melalui kehamilan ataupun tidak.

Di mana untuk mendapatkannya: IUD mesti dimasukkan oleh profesional penjagaan kesihatan, jadi berbincanglah dengan doktor anda, atau buat temu janji dengan pakar sakit puan.

Harga: RM 80-RM110 per untuk memasukkannya dan dari RM20 untuk mengeluarkannya.

IUD (tembaga)

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Gambar: Huffington Post

IUD ini juga datang dalam bentuk bukan hormon.

Selain dari hormon, IUD tembaga mengeluarkan ion tembaga ke dalam rahim anda untuk mengelakkan persenyawaan dan implantasi.

Satu tembaga IUD akan melindungi anda sehingga 10 tahun, namun pemeriksaan setiap beberapa tahun adalah disyorkan untuk memastikan ia masih berada elok di tempatnya.

Adakah ia untuk saya?

The IUD tembaga adalah satu-satunya kawalan kelahiran yang tidak menggunakan hormon sintetik.

Ini adalah alternatif untuk wanita yang tidak suka kesan hormon, atau mengganggu aktiviti seks mereka.

Kemasukan dan pengeluarannya adalah sama dengan IUD hormon.

Walaubagaimanapun, sesetengah wanita melaporkan haid yang lebih berat ketika menggunakan kaedah ini.

Di mana untuk mendapatkannya: IUD mesti dimasukkan oleh profesional penjagaan kesihatan, jadi berbincanglah dengan doktor anda, atau buat temu janji dengan pakar sakit puan.

IUD tembaga jarang digunakan para wanita di Malaysia jika dibandingkan dengan yang hormon. Ia mungkin kerana ia lebih mahal atau lebih sukar untuk dicari.

Harga: RM 600 untuk setiap kemasukan di pusat pakar.

Kaedah penghalang

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Gambar: Alternet

Ini adalah peranti fizikal yang digunakan sebelum atau semasa seks.

Kondom adalah yang paling biasa dan paling mudah, tetapi anda perlu memakainya setiap kali melakukan hubungan seks, yang boleh mengganggu mood anda dan pasangan.

Ada juga yang berasa tidak selesa ketika memakainya. Tetapi anda tahu apa lagi yang mengganggu mood? Kehamilan yang tidak diingini! Jadi gunakanlah alat kawalan kelahiran ya.

Bagi wanita, gegendang dan topi serviks dapat membantu menghalang pintu masuk ke rahim anda.

Ia boleh dimasukkan beberapa jam sebelum seks supaya tiada gangguan semasa berintiman. Ia juga tidak boleh dirasai semasa hubungan seks.

Anda mesti menggunakannya dengan gel spermicide, yang boleh merengsakan faraj, dan mesti dikeluarkan dalam tempoh 48 jam selepas itu.

Topi serviks lebih kecil daripada gegendang dan boleh dibiarkan lebih lama.

Anda juga perlu membuat temu janji dengan doktor anda untuk mendapatkannya, dan belajar bagaimana untuk memasukkannya.

Adakah ia untuk saya?

Ya, jika anda tidak mahu kawalan kelahiran hormon atau IUD tembaga. Kaedah halangan ini juga satu-satunya cara untuk melindungi anda daripada STD.

Menggunakannya memerlukan perancangan awal dan boleh mengganggu hubungan seks, tetapi anda hanya perlu menggunakannya apabila anda mahu melakukan hubungan seks.

Di mana untuk mendapatkannya: Kondom boleh didapati di semua farmasi dan kedai-kedai runcit; gegendang dan topi serviks di klinik biasa atau pakar sakit puan.

Harga: Berbeza-beza mengikut jenama

Kontraseptif kecemasan (Pil waktu pagi)

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Gambar: Netdoctor

Ini bukan satu bentuk kawalan kelahiran yang biasa, tetapi ia adalah satu pilihan yang baik jika anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Setiap dos kontraseptif kecemasan datang dalam bentuk satu atau dua pil.

Pil ini mengandungi sehingga 20 kali jumlah hormon dijumpai di dalam pil kawalan kelahiran tunggal, yang berhenti dan menghalang ovulasi dengan segera!

Ini berkesan sehingga 5 hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Walaubagaimanapun, ia berkesan dengan lebih baik apabila digunakan dalam tempoh 3 hari.

Adakah ia untuk saya?

Ya, jika anda telah mengadakan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan.

Tiada perancang lain yang boleh mencegah kehamilan selepas hubungan seks, kecuali dengan pemasangan IUD tembaga dalam tempoh lima hari selepas seks.

Walaupun pil ini tidak berbahaya, ia tidak digalakkan sebagai gantian kepada kaedah kawalan kelahiran lain kerana ia adalah lebih mahal dan kurang berkesan.

Di mana untuk mendapatkannya: Melalui kaunter di semua farmasi. Anda tidak memerlukan preskripsi daripada doktor.

Harga: RM5-RM16, bergantung kepada jenama.

Anda mempunyai begitu banyak pilihan untuk melindungi diri anda daripada kehamilan yang tidak diingini.

Berbincanglah dengan doktor anda untuk menentukan mana satu kaedah yang tepat untuk anda!

Rencana diterjemahkan daripada FEMALE Mag.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner