Tiada siapa yang mengetahui apa yang berlaku dalam hati manusia yang bergelar suami.
Sebagai ketua keluarga, mereka sentiasa dilihat tabah dan kuat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Segala pengorbanan dilakukan adalah untuk keluarga tersayang.
Hati manusia bergelar seorang suami dan ayah
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi sebuah mesej daripada ibunya sebelum Hari Raya Aidiladha yang telah meminta kesemua anak lelakinya yang telah berkerja untuk membelikan bapa mereka sehelai kain pelikat.
Menurut mesej tersebut, bapanya tidak pernah meminta anak-anak untuk membelikan sehelai baju. Tetapi, apa yang bapanya inginkan hanyalah sehelai kain pelikat untuk menggantikan kain yang dipakainya kerana telah koyak.
Permintaannya kali ini benar-benar membuka mata anak-anaknya. Pastinya tidak terlintas di hati anak-anaknya bahawa ayahnya memerlukan kain pelikat yang baru.
Walaupun keinginannya ini dilihat kecil, tetapi begitu besar sekali hasrat hati seorang ayah yang ingin anak-anaknya memberikan hadiah sebagai tanda kasih.
Hakikat seorang lelaki yang bergelar suami atau ayah
Bukan mudah untuk memahami hati seorang ayah kerana mereka sendiri jarang berkongsi rasa. Berikut adalah hakikat seorang lelaki yang bergelar ayah.
#1. Mereka tidak pandai menunjukkan emosi
Seorang ayah sukar untuk dilihat menangis atau menunjukkan emosi mereka. Mereka lebih rela menahan sebak dan tangisnya agar kekal dilihat kuat untuk keluarganya.
#2. Sukar untuk luahkan sayang
Rasa hati seorang ayah jarang diungkapkan dengan kata-kata. Mereka hanya luahkan sayang dengan perbuatan atau kata-kata.
#3. Tidak mudah membicarakan kesusahan yang dialami
Apa jua kesusahan yang dialaminya, mereka tidak akan sesekali membicarakannya dan lebih rela menghadapinya sendirian.
Begitulah seorang ayah. Mereka begitu gembira dengan kejayaan dan pencapaian anak-anak mereka tetapi amat jarang sekali mereka meminta sesuatu ataupun menagih simpati daripada anak-anak mereka.
Hanya ibu sahajalah yang menjadi jambatan di antara anak-anak dan ayah mereka.
Walaupun seorang ayah sentiasa dilihat tegas dalam menjalankan tanggungjawab mereka, mereka masih ingin dihargai dan disayangi oleh anak-anak.
Tanpa mereka disisi, pasti kita akan merasa kesunyian dengan kehilangan mereka. Hargailah ayah anda sementara mereka masih ada di dalam dunia ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pengorbanan Seorang Ayah: Hanya Mampu Lihat Anak Menikmati Makanan
Baca juga: Pengorbanan seorang ayah kepada anaknya