Terlalu Rindu Anak Yang Telah Meninggal, Wanita Ini Bertemunya Melalui Teknologi VR

Hati seorang ibu pastinya sukar untuk menerima hakikat kehilangan anak tercinta. Setiap hari dihimpit dengan rasa rindu dan ditemani air mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehilangan anak tercinta pastinya menghancurkan hati seorang ibu. Manakan tidak, perjalanan kehamilan selama hampir 9 bulan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Teknologi menjadi pengubat rindu hati seorang ibu
  • Bertemu dengan anak di alam maya
  • Pertemuan singkat, namun amat berharga

Kesakitan yang dihadapi tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, malah memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk pulihkan kembali kehidupan seperti sedia kala.

Hal ini telah berlaku kepada seorang ibu yang bernama Jang Ji-Sung apabila telah kehilangan anak perempuannya, Nayeon berusia 7 tahun kira-kira tiga tahun yang lalu.

Teknologi menjadi pengubat rindu hati seorang ibu

Kecanggihan teknologi yang dikecapi pada hari ini telah membantunya untuk mengubati rindu yang menggunung terhadap anaknya.

Peranti realiti maya (VR) memberi peluang kepada Jang untuk bertemu anaknya biarpun hanya tempoh masa yang begitu singkat.

Pengalaman yang tidak semua orang perolehi ini telah dirakam oleh stesen penyiaran Korea Selatan, MBC, bagi memaparkannya sebagai dokumentari yang bertajuk Meeting You.

Ia telah disiarkan di Korea Selatan pada Khamis, 6 Februari yang lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebuah pratonton yang memperlihatkan adegan pertemuan antara Jang dan anak perempuannya telah dikongsi di laman youtube MBC.

Netizen begitu sebak menyaksikan situasi ini kerana memaparkan kedua-duanya berada dalam dunia berbeza iaitu alam realiti dan maya. Namun, masih boleh bertemunya lagi.

Menurut MBC, pasukan produksi memerlukan tempoh masa hampir lapan bulan untuk membangunkan realiti maya ini.

Mereka mengaplikasikan teknologi gerakan untuk merakam setiap pergerakan pelakon kanak-kanak bagi bertindak sebagai karakter Nayeon dalam dunia maya dan turut menggunakan semula suaranya.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan sebuah taman maya yang sering wanita ini berkunjung sebagai tempat mereka bertemu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bertemu dengan anak di alam maya

Dalam pratonton ini, Jang berpeluang untuk membelai dan bercakap dengan anak perempuannya.

“Ibu berada di mana? Adakah ibu berfikir tentang saya?’’ itulah antara dialog yang dikeluarkan oleh pelakon animasi kanak-kanak yang hampir sama karakter Nayeon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasukan produksi berjaya menyempurnakan hajat Jang yang ingin menyentuh, memegang tangan dan mengusap wajah anak perempuannya.

Dalam peranti VR berkenaan, Jang juga sempat menyanyikan lagu ulang tahun untuk puteri kecilnya.

Mereka turut menikmati hidangan ulang tahun tradisional Korean iaitu sup rumpai laut dan memberinya beberapa keping kek madu kerana ia adalah makanan kegemaran Nayeon.

Selepas itu, Nayeon telah meniup lilin dan membuat ucapan

“Tolong jangan biarkan ayah saya merokok dan tolong jangan biarkan ibu saya menangis.”

Pertemuan singkat ini berakhir dengan Nayeon berbaring di atas katil. Ia cukup bermakna buat dirinya yang terlalu merindui anak tercinta.

Jang juga sempat mengucapkan selamat tinggal buat anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Selamat tinggal, ibu sayang kamu.” kata Jang dan dibalas dengan “saya juga.”

Kemudian, Nayeon kembali tidur dan seperti magik, dirinya telah hilang dan bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Pertemuan singkat, namun amat berharga

Selepas selesai pertemuan ini, Jang mengatakan biarpun ia tidak sama sepenuhnya seperti Naeyon, dia tetap berasa seolah-olah melihat anak perempuannya yang sebenar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kongsinya lagi, pengalaman berharga ini turut mengajarnya supaya tidak melepaskan anaknya lagi, tetapi lebih menyayangi dan menghargainya.

Dikatakan Nayeon adalah anak ketiga dari empat anaknya. Dia telah disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku iaitu haemochromatosis.

Haemochromatosis berlaku kerana seseorang mengalami penyerapan terlalu banyak zat besi dalam pengambilan makanan seharian sehingga memberikan kesan terhadap kesihatan.

Masalah ini menyebabkan ia berkumpul di sekeliling tubuh dan lama-kelamaan akan merosakkan banyak organ termasuklah bahagian hati yang sekaligus membawa kepada kematian.

Pada masa ini tiada ubat untuk haemochromatosis tetapi terdapat rawatan yang boleh memanjangkan usia hidup. Nayeon telah meninggal pada usia 7 tahun pada musim luruh tahun 2017.

Penulis asal Nikki De Guzman. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,” Kisah Sedih Anak Saksikan Ibu Meninggal Dunia

Baca juga: Terlalu Rindukan Ibu Ayah, Dua Beradik Sanggup Menyorok Bawah Bas Sejauh 80 Kilometer

Baca juga: Kisah Benar:Tempoh Kuarantin Hal Yang Menyakitkan Buat Ibu, Anak Mula Mencari & Rindu