HFMD Boleh Sebabkan Jangkitan Paru-Paru, Segera Dapatkan Rawatan Jika Ada Tanda Jangkitan

Orang ramai perlu sentiasa peka terhadap status terkini HFMD Malaysia bagi memastikan anda boleh buat persediaan elak anak dijangkiti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kementerian Kesihatan Malaysia sentias mengeluarkan status terkini HFMD Malaysia bagi memastikan setiap ibu ayah peka dengan penyakit berjangkit yang sedang merebak dalam satu-satu masa.

HFMD iaitu penyakit kaki, tangan dan mulut yang mungkin dianggap tidak serius sebenarnya boleh meragut nyawa seseorang terutama kanak-kanak.

Ada kejadian pada 2018 kanak-kanak dua tahun yang dijangkiti HFMD meninggal dunia kerana paru-parunya sudah dijangkiti kuman yang menyebabkan kematian.

HFMD Malaysia : Status Jangkitan Terkini Yang Perlu Ibu Ayah Peka

HFMD Malaysia

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Penularan virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya hanya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. HFMD boleh menjangkiti sesiapa saja, termasuklah orang dewasa. Namun, 90 peratus daripada kes HFMD berlaku pada kanak-kanak bawah lima tahun.

Langkah mencegah HFMD 

  • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas guna tandas, menyediakan makanan, menukar lampin dan mencuci najis bayi
  • Tutup mulut dan hidung masa batuk atau bersin
  • Jangan kongsi  barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garfu, dan sudu
  • Basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya, yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak
  • Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan
  • Ibu ayah dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat beli-belah dan stesen bas.

HFMD Malaysia: Petua Tempatan Kurangkan Kesan Parut & Gatal 

Pelbagai petua dikongsikan untuk mengurangkan kesan parut dan gatal akibat HFMD. Walaupun banyak petua dikongsikan tetapi petua tempatan juga yang sering dipilih kerana barangan yang diperlukan biasanya mudah didapati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Aiskrim dan makanan sejuk

Jika dijangkiti HFMD, akan tumbuh ulser dalam mulut. Jadi berikan anak anda aiskrim atau makanan sejuk.

2.Mandi guna daun bambu

Mandi menggunakan daun bambu atau neem akan menghilangkan kesan gatal. Sabun daripada ekstrak daun bambu kini dijual dan mudah didapati.

3.Gel aloe vera

Gunakan gel aloevera semulajadi untuk menyapu lepuhan atau bahagian yang terasa gatal

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut: Punca HFMD, Simptom & Cara Merawat HFMD Dengan Cepat

Baca juga: Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut Selepas Ke Restoran

Baca juga: Tidak Hanya Bayi & Kanak-Kanak, Virus HFMD Juga Boleh Dijangkiti Orang Dewasa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris