Gerun Tengok Hidung Anak Kerap Berdarah, Pakar Kongsi Punca & Cara Merawatnya Di Rumah

Punca hidung berdarah boleh disebabkan oleh banyak perkara. Meskipun agak menakutkan, tetapi sebenarnya ia masalah biasa dihadapi kebanyakan anak kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak hanya terjadi kepada orang dewasa, kanak-kanak juga sering kali mengalaminya. Tahukah ibu bapa punca hidung berdarah dalam kalangan anak kecil adalah disebabkan oleh tabiat suka mengorek hidung

Rembesan hidung kanak-kanak yang terdedah kepada udara kering akan kering menjadi keras, dan membentuk kerak. Kerak ini tidak selesa, dan kanak-kanak akan cuba untuk mengeluarkannya dengan mengorek hidung dengan menggunakan jari mereka. Tabiat ini boleh menyebabkan kecederaan pada salur-salur darah di dalam hidung sehingga luka dan pendarahan berlaku.

Punca hidung berdarah dalam kalangan kanak-kanak

foto: shutterstock

Ibu ayah biasanya akan selalu panik dan risau apabila mendapati hidung anak kecil mengeluarkan darah dengan begitu banyak.

Menurut Pakar Perunding Resdung Sinus Telinga Tekak dan Leher, Dr Nik Hisyam, lapisan hidung anak kecil adalah sangat nipis berbanding dengan orang dewasa.

Kadang-kadang punca hidung berdarah boleh terjadi ketika si manja sedang tidur. Apabila bangun pagi, sudah penuh darah di atas cadar dan katil. Ada juga kes terjadi selepas anak bermain di luar rumah atau semasa menonton televisyen.

Tambah Dr Nik Hisyam, apabila kanak-kanak mengalami alahan atau alergi, ia menyebabkan radang pada lapisan hidung dan saluran darah utama di bahagian depan hidung yang dikenali sebagai Little's Area mengembang serta senang tercedera.

Keadaan boleh menjadi teruk apabila si manja anda menggosok atau menonyoh hidung kerana tersumbat mahupun gatal. Salur darah ini akan pecah dan darah mengalir keluar dengan agak banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Punca hidung berdarah yang lain

Tetapi bukan itu sahaja punca kanak kanak hidung berdarah. Terdapat sebab-sebab lain juga mengapa ini boleh berlaku:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Trauma - hidung yang terhantuk pada sesuatu yang keras ataupun selepas ditumbuk, akan cedera dan menyebabkan pendarahan. Ini tidak semestinya bermakna batang hidung itu patah atau apa-apa yang serius telah berlaku.
  • Jangkitan sinus, alahan, atau demam selesema yang teruk - hidung yang tersumbat teruk atau terdapat apa-apa yang merengsakan hidung juga boleh mengakibatkan kanak kanak hidung berdarah. Terutamanya apabila anak menghembus hidung dengan terlalu kuat.
  • Udara kering - rembesan hidung akan menjadi kering sehingga menyebabkan anak suka korek hidung.
  • Jangkitan bakteria atau impetigo - lapisan dalam hidung mudah terdedah kepada jangkitan daripada bakteria. 
  • Masalah pembekuan darah - Jangan bimbang, keadaan ini jarang berlaku, kecuali didiagnosis oleh doktor.

Cara untuk merawat kanak kanak hidung berdarah

  1. Galakkan anak menghembus hidung dengan perlahan, untuk mengeluarkan ketul-ketulan darah beku.
  2. Kemudian, dudukkan anak dengan keadaan menyandar ke depan, dan tekan bahagian hadapan hidung  (bahagian yang lembut dan bukan batang hidung) dengan mengunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit.
  3. Galakkan anak untuk bernafas melalui mulutnya.
  4. Letakkan tuala sejuk atau kain yang berisi ais batu pada dahi dan bahagian atas hidung. Ini dapat menolong untuk mengecutkan salur-salur darah di hidung, dan menghentikan perdarahan dengan lebih cepat.
  5. Sekiranya perdarahan tidak berhenti, bawa anak untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Bawa anak ke hospital dengan segera jika anak berasa pening, nampak pucat, atau terdapat perdarahan yang tidak terkawal dan berterusan.

Langkah untuk mengelakkan masalah hidung berdarah berulang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

  • Rawat masalah alahan atau alergi si manja dengan segera. Ibu ayah boleh berjumpa doktor pakar ENT untuk khidmat nasihat dan rawatan yang bersesuaian
  • Jangan biarkan anak kecil anda tidur dengan suhu penghawa dingin terlalu sejuk dan kering
  • Sekiranya mampu, sediakan home air purifier dan air humidfier untuk melembapkan bilik
  • Elakkan si manja bermain di luar rumah ketika cuaca terlalu panas
  • Potong kuku jari anak secara rutin. Jangan biarkan ia terlalu panjang kerana anak-anak memiliki kecenderungaan mengorek hidung sehingga menyebabkan berlakunya luka
  • Sapukan pelembap seperti gel vaseline di bahagian hadapan hidung anak sebelum dan selepas tidur

Jika anda mendapati darah yang keluar tidak berhenti setelah melakukan beberapa langkah mengawal pendarahan, kami menasihatkan ibu ayah untuk segera membawanya ke hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakar ENT juga boleh merawat dengan cara ubatan ataupun cauterisation iaitu menggunakan ubat serta teknik teknik bagi hentikan pendarahan hidung jika perlu.

Sumber: Ask Dr Sears, NHS, NH ENT Specialist

Baca juga: Karies Gigi Anak Boleh Terjadi Biarpun Selalu Gosok Gigi, Ini 7 Langkah Mengatasinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan