TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

KHIANAT! Kebun Cantik Rosak Teruk Angkara Jiran Puaka Berhati Busuk

3 Jan, 2020
KHIANAT! Kebun Cantik Rosak Teruk Angkara Jiran Puaka Berhati Busuk

Hidup berjiran memerlukan semangat kejiranan yang tinggi. Namun, tahukah anda bahawa perkara ini semakin luntur dalam masyarakat kita pada hari ini?

Hidup berjiran membawa penuh kebaikan sekiranya saling menerapkan nilai-nilai murni yang baik antara satu sama lain.

Tidak kira kehidupan di bandar mahupun di kampung, pastinya akan ada permasalahan yang wujud ekoran sikap jiran yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.

Hidup berjiran saling berkongsi

semangat berjiran

Kisah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook yang tidak dikenali tentang masalah kejiranan yang berlaku di Pulau Pinang telah mendapat perhatian netizen.

Dia menceritakan bahawa di kawasan perumahan yang didiaminya terdapat sebidang tanah yang terbiar dan dipenuhi dengan semak samun.

Salah seorang penduduk iaitu seorang lelaki yang telah berusia telah membersihkan kawasan tersebut dan menjadikannya kebun sayur.

Hal ini sekaligus mampu untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dan binatang berbisa yang boleh membahayakan penduduk.

Tambahnya lagi, tanah tersebut bukan milik sesiapa kerana ia sudah lama terbiar dengan semak yang begitu tebal.

Pak cik berkenaan telah mencantikkan kawasan tersebut dengan menanam sayur, buah-buahan dan juga bunga. Ia kelihatan sungguh indah kerana pohon-pohon tumbuh dengan begitu sihat sehingga mengeluarkan hasil.

Bukan itu sahaja, dia juga mengajak jiran tetangga untuk datang dan memilih sayur yang mereka perlukan untuk dibawa pulang ke rumah.

“Saya sendiri dapat merasai buah betik yang ditanam. Rasanya begitu manis dan segar,’’ katanya.

Kegigihan lelaki berkenaan harus dipuji kerana dia menyahut seruan kerajaan untuk kehidupan yang lebih hijau, bersih dan mampan.

Namun, siapa sangka kebunnya tersebut mengundang perasaan tidak senang hati seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan kawasan berkenaan.

adab berjiran

‘’Ia ibarat melakukan satu kesilapan besar. Dia mula mengganggu tanpa sebab setelah dia melihat tumbuhan tersebut mula menghijau,’’ kongsinya.

Lebih memburukkan lagi keadaan, wanita tersebut dengan beraninya memotong 10 batang pokok betik yang berbuah lebat pada tengah malam.

Banyak tanamannya telah rosak angkara perbuatan khianat dari jiran yang tidak baik. Bayangkan pokok-pokok ini sudah matang dan mengeluarkan hasil telah dirosakkan begitu sahaja oleh mereka yang berhati busuk!

Hal ini sungguh mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku dalam hidup berjiran.

Setiap masalah yang timbul sepatutnya diselesaikan dengan baik, bukannya bertindak merosakkan harta atau barangan orang lain secara diam-diam.

Cara mengekalkan hubungan dengan jiran

amalan berjiran

Kredit foto: PICA Group

#1. Sentiasa berbuat baik

Dalam kehidupan berjiran, anda perlulah sentiasa melakukan kebaikan terhadap orang yang tinggal di sekeliling kediaman anda.

Sekiranya setiap anda saling berusaha untuk menjaga hati jiran masing-masing, sudah tentu kawasan kejiranan menjadi sentiasa aman dan mengelakkan sebarang salah faham.

Contohnya, bertegur sapa dengan jiran mampu mengeratkan hubungan anda untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.

Elakkan untuk berprasangka buruk dan melihat kekurangan jiran. Hal ini membuatkan anda menjadi kurang selesa untuk berinteraksi dengan mereka dan memilih untuk berada di dalam rumah sahaja.

#2. Tidak menyakiti jiran

Stories Rakan Kongsi
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Life skills for children: Teach your kids these important life skills
Life skills for children: Teach your kids these important life skills
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps

Untuk menjaga keharmonian di kawasan kediaman,  anda perlulah  menjauhi segala perbuatan yang tidak disenangi oleh jiran tetangga.

Perbuatan tersebut seperti mencuri, membuat bising, memfitnah, membuang sampah berdekatan dengan rumah jiran sehingga menimbulkan bau busuk.

Ia mungkin kelihatan kecil, namun boleh memberikan kesan yang besar terhadap hubungan anda dengan orang sekeliling.

#3. Mengambil berat terhadap jiran

Mengambil berat terhadap jiran tidak bermakna anda perlu mengetahui sepenuhnya kehidupan yang dijalani mereka setiap hari.

Namun, cukuplah sekadar bertanyakan khabar jiran atau menziarahi mereka. Lebih bertanggungjawab jika anda menjaga kepentingan jiran dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari mereka.

Jika anda mengetahui bahawa terdapat jiran yang ditimpa dengan masalah kesihatan, ambil sedikit masa untuk menziarahi mereka dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban.

#4. Saling hormat-menghormati

Pastikan anda tidak memandang rendah terhadap jiran tetangga. Sebaliknya sentiasa hormat-menghormati termasuklah menghargai sebarang pemberian yang dihulurkan oleh mereka.

Anda juga perlu sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana aman dan tenteram dalam kehidupan berjiran.

Sekiranya anda terdengar khabar angin yang tidak baik, jangan mudah mempercayai setiap perkara yang anda dengari kerana ia belum terbukti akan kebenarannya.

Tidak semua orang dikurniakan dengan kejiranan yang baik. Namun, jika anda berhadapan jiran yang tidak baik, d sentiasa bersabar dan memaafkan segala kesalahan mereka.

Jangan membalas kembali kesilapan yang dilakukan, sebaliknya sentiasa membalasnya dengan kebaikan.

Sumber: World Of Buzz, Tzkrh

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

KHIANAT! Kebun Cantik Rosak Teruk Angkara Jiran Puaka Berhati Busuk

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkucing-kesayangan-nabi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • KHIANAT! Kebun Cantik Rosak Teruk Angkara Jiran Puaka Berhati Busuk
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham