Tiada Duit Bayar Sewa Rumah, 8 Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Khemah Selama Sebulan

Hilang pekerjaan disebabkan oleh pandemik Covid-19 serta pelaksanaan total lockdown telah menyebabkan banyak keluarga terpaksa hidup dalam kesusahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peningkatan kes baharu Covid-19 telah memaksa pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menyekat penularan. Sehubungan dengan itu, ramai masyarakat telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Amat menyedihkan lagi, ada yang terpaksa meneruskan hidup dengan mengharapkan bantuan orang sekeliling dan anak kecil perut mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan.

Hilang pekerjaan dan terpaksa duduk di dalam khemah sejak sebulan lalu

gambar sekadar hiasan

Menurut laporan oleh Sinar Harian, sebuah keluarga lapan beranak melalui detik sukar apabila mereka terpaksa berteduh di dalam khemah sejak sebulan lalu.

Difahamkan keluarga malang ini tidak mampu untuk membayar sewa sehingga terpaksa mengangkat kaki keluar dari kediaman berkenaan.

Sebelum ini Roszita Abdul Razak, 43, menyewa rumah di Lunas, Kedah dan menyara keluarganya dengan bekerja di sebuah kedai emas di negeri tersebut.

Namun disebabkan oleh pelaksanaan Kawalan Pergerakan Penuh sejak lebih sebulan lalu, dia telah hilang punca pendapatan dan tidak mampu membayar kos sewa rumah.

Disebabkan itu juga ibu tunggal ini mengambil keputusan untuk pulang ke kampung ibunya di Tasek Gelugor bersama empat anak berusia antara 12 hingga 22 tahun, dua orang cucu berusia setahun dan dua tahun, serta anak saudara berusia 17 tahun.

Jumlah ahli keluarga yang ramai telah menyebabkannya terpaksa menghuni khemah kerana tidak mahu menyusahkan orang tuanya yang perlu menjaga adik berusia 30 tahun dan abang berusia 50 tahun kerana mempunyai masalah kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujian dalam meneruskan hidup selepas hilang pekerjaan

foto: sinar harian

''Sebelum ini kami tinggal di Lunas, Kedah. Saya bekerja di Kulim Central. Bila kerajaan melaksanakan total lockdown, tempat kerja saya telah ditutup sehingga tidak mampu untuk bayar sewa rumah.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Saya terpaksa pindah balik duduk dekat rumah mak. Dah ramai sangat kat rumah mak, jadi kami terpaksa buat pondok dan duduk dalam khemah ini.'' jelasnya.

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Roszita bersyukur apabila kesempitan hidup keluarganya telah mendapati simpati oleh penduduk setempat dan ADUN Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman yang membantu mendapatkan rumah sewa.

Lapan beranak ini boleh menarik nafas lega apabila ditempatkan di rumah transit di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas.

''Alhamdulillah ada yang membantu kami. Buat masa ini mereka tolong bayarkan sewa. Nanti bila saya sudah stabil, saya akan bayar sendiri.'' katanya.

Selain itu, Roszita juga berharap agar dirinya memperoleh pekerjaan dalam masa terdekat bagi menyara keluarga selepas ditempatkan di rumah transit berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memahami ramai yang berdepan masalah kewangan pada masa ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuklah golongan bujang bermula bulan Ogos.

Bantuan berkenaan bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

Manakala sejumlah RM300,000 diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.

Jumlah penduduk Malaysia yang hilang pekerjaan mencatatkan peningkatan

kredit foto: malaysianow

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah mereka hilang pekerjaan dan menganggur telah meningkat sebanyak 5.0 peratus sejak bulan kedua pelaksanaan PKP 1.0.

Meskipun negara pernah berdepan kadar pengangguran yang lebih tinggi iaitu 7.4 peratus pada tahun 1988, namun jumlah tenaga buruh ketika itu tidak setinggi pada masa ini.

Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun juga didapati meningkat sejak Mei tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, Bantuan Kehilangan Pendapatan bagi pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), bakal memanfaatkan sehingga sejuta ahli dengan implikasi kewangan RM500 juta.

Selain itu, permintaan majoriti rakyat untuk moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan serta pengeluaran KWSP turut mendapat perhatian kerajaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Percayalah pihak kerajaan akan berusaha membantu sedaya mampu agar rakyat dan negara kita terus dilindungi.'' katanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya