Mengantuknya Ketika Berpuasa! Tips Hilangkan Mengantuk Di Pejabat Terutama Buat Ibu Menyusu!

Ketika berpuasa memang mengantuk lebih-lebih lagi ibu menyusu. Kali ini kami kongsikan tips hilangkan mengantuk terutama ketika di pejabat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika sedang berpuasa memang tidak pelik jika seseorang itu mengantuk lebih daripada biasa. Bagi ibu menyusu lebih-lebih lagi. Jadi bagaimana mahu hilangkan mengantuk terutama ketika di pejabat?

Salah satu perkara yang sering dialami oleh ramai orang ketika berpuasa adalah rasa mengantuk pada siang hari. Tenaga yang terkumpul selepas sahur mulai habis dan tubuh mulai penat dengan aktiviti yang dilakukan.

Selain itu, mengantuk juga seringkali disebabkan oleh aliran oksigen yang tidak lancar pada otak.

Hilangkan mengantuk di pejabat ketika berpuasa

Kredit: pesonapengantin

Di pejabat kadang kala anda terlalu mengantuk setelah penat bekerja terutama ketika berpuasa. Lebih-lebih lagi bagi ibu menyusu yang sudah pasti kena pam susu untuk stok anak tersayang. 

Kenapa anda mengantuk ketika berpuasa?

Kredit: halodoc

Ada beberapa sebab yang boleh mendorong anda untuk mengantuk ketika berpuasa ia termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pilihan makanan berbuka yang tidak sihat

Gangguan utama adalah bermula dari sini. Jika makanan berbuka anda kurang sihat, seperti kandungan gula tinggi, kandungan garam tinggi bergoreng atau berlemak ia akan menganggu sistem penghadaman anda.

Ia akan membuatkan anda tidur tidak lena dan akhirnya menyebabkan lesu.

#2. Tidak cukup tidur

Mungkin pada malam sebelumnya anda tidur lambat, jadi ia akan membuatkan anda lesu sepanjang hari pada keesokan harinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tidak tidur dalam gelap

Cahaya akan menyebabkan tidur anda terganggu. Ada individu yang memang takut untuk tidur dalam kegelapan. Jadi ini antara punca mereka tidak cukup tidur pada keesokan harinya. 

#4. Sering minum kopi

Kopi adalah minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi. Kandungan kafein boleh berada dalam badan anda selama 7 jam jika ia adalah minuman ketika sahur dan berbuka anda. 

Kopi akan menyebabkan badan anda cepat dehidrasi, jadi elakkan minum kopi ketika sahur atau berbuka. 

Cara hilangkan mengantuk ketika berpuasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi bagaimana anda kurangkannya?

#1. Berjalan setempat

Ketika puasa, jalan-jalan secara ringan tidak akan membahayakan, dan tak akan membuat anda semakin letih. Sebaliknya, jalan-jalan sebentar di sekitar tempat kerja akan membuat tubuh kembali segar.

Jadi, bangun dari kerusi anda dan berjalan-jalanlah sejenak. Berjalan-jalan juga boleh meningkatkan peredaran darah ke otak dan membuat saluran pernafasan lebih longgar.

#2. Meditasi 5 minit

Tahukah anda yang bermeditasi boleh menyegarkan tubuh badan? Ketika anda sedang berasa sangat mengantuk ketika bekerja dan berpuasa, berhenti memaksa diri anda untuk terus bekerja kerana ia akan menjadi tidak berkualiti.

Anda hanya perlu tutup mata, rileks dan lakukan pernafasan dengan baik.

#3. Tidur siang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidur siang singkat yang dinamakan power nap akan membuat anda lebih segar dan tidak lagi mengantuk sepanjang waktu.

Tidur siang dilakukan hanya dalam beberapa minit. Boleh cuba ketika waktu rehat tengah hari anda.

#4. Cuci muka

Kredit: sehatq

Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan mencuci muka. Ketika anda berasa wajah mulai pucat kerana penat dan mengantuk, pergilah cuci muka.

Selain mencuci muka, anda juga boleh memperbaiki penampilan seperti menyisir rambut dan memakai alat solek.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Lihat perkara lucu

Gambar atau hal-hal yang lucu boleh menghilangkan rasa mengantuk. Jika anda tidak memiliki komputer ketika bekerja, anda boleh bercakap-cakap dengan teman sekerja atau mengajak mereka berbual.

Rasa mengantuk pada siang hari biasanya boleh diatasi dengan minum kopi. Namun jika sedang berpuasa, anda boleh mencuba alternatif tadi untuk menghalang diri anda daripada terus mengantuk tanpa menyebabkan puasa anda terbatal.

#6. Tidur awal

Sudah pasti tidur awal antara yang boleh anda lakukan untuk elakkan mengantuk ketika berada di tempat kerja. Cuba juga latih anak anda untuk tidur awal.

Anda perlu bangun sahur, jadi lebih baik tidur awal dan akan rasa lebih bertenaga ketika menyediakan juadah sahur untuk seisi keluarga dan lebih bertenaga untuk meneruskan tugas di pejabat sekaligus hilangkan mengantuk. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: redaksi, fmt

Baca juga: Bolehkah Wanita Hamil Buka Puasa Jika Tak Larat Atau Keletihan?

Penulis

Lala Annuar