TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pensyarah Mulut Lancang Petik Golongan B40, Naik Angin Bila Tahu Student Tiada Laptop

30 Mar, 2022
Pensyarah Mulut Lancang Petik Golongan B40, Naik Angin Bila Tahu Student Tiada Laptop

Hina B40 dalam sebuah video kelas atas talian yang tular baru-baru ini, pensyarah sebuah universiti tempatan dikecam hebat oleh netizen.

Kini sedang tular sebuah video seorang pensyarah di universiti tempatan, UITM yang telah hina B40 hingga menaikkan amarah netizen.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Hina B40, video pensyarah ketika dalam kelas dibocorkan!
  • Terlalu lancang, info peribadi disebar di sosial media!
  • Menteri Pengajian Tinggi turun padang, minta penjelasan dari pihak UITM

Hari ini hangat isu pensyarah yang berpangkat Prof. Dr. Ts. telah memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba bagi tujuan pelajaran kuliah. Namun, bukan itu yang menaikkan marah netizen. Tindakan pensyarah tersebut untuk menghina golongan B40 telah menyebabkan dirinya dikecam teruk.

Hina B40, video pensyarah ketika dalam kelas semester lepas dibocorkan

Berikutan isu video yang sedang tular kini, video tersebut menunjukkan suasana dalam kelas atas talian yang telah dirakamkan oleh seorang pelajar.

pelajar dihina pensyarah

Sumber gambar: mStar

Pada permulaan video, pensyarah tersebut yang tidak akan kami namakan telah bertanya pada seorang pelajar lelaki jika dia sedang menghadiri kelas atas talian menggunakan telefon bimbit. Mungkin kerana bunyi dengungan yang dapat didengari dari pembesar suara telefon tersebut.

Setelah pelajar tersebut jujur bahawa dia tidak mempunyai komputer riba, pensyarah tersebut telah bertindak bertanyakan pelajar tersebut beberapa soalan seperti tempat tinggalnya, serta pekerjaan ayah dan ibunya.

Menurut pelajar tersebut, ayahnya tidak bekerja dan ibunya juga sudah tiada. Pensyarah tersebut juga telah bertindak bertanya jika pelajar tersebut mempunyai adik beradik. Setelah pelajar tersebut telah memberitahu bahawa dia punya adik-beradik, pensyarah tersebut mula bercakap dengan nada suara yang lebih tinggi.

“Kau cakap dengan kakak kau kalau dia ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas dan pergi beli komputer. Pasal itu kau tidak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana kau tidak ada komputer.

Lepas ni, aku akan ajar kau Excel. Pasal itu, kau akan jadi drop out student. Semester 5 kau tidak ada komputer? Aku sanggup tidak ada pakaian, aku ada 5 helai je pakaian semua sebab komputer adalah perkara paling penting untuk aku.

Hanya RM800 sahaja untuk beli komputer, apa masalah kau? Pasal itu aku tidak boleh duduk dengan orang B40, ya. Mereka lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran.”

Di penghujung video tersebut, pensyarah tersebut telah mengarahkan para pelajarnya untuk menutup fungsi kamera di komputer mereka kerana tidak mahu melihat riak para pelajar mereka.

Terlalu lancang, info peribadi pensyarah tersebar di sosial media

Tidak dinafikan lagi bahawa tindakan pensyarah tersebut untuk memarahi seraya menghina golongan B40 akan menaikkan amarah netizen.

Terlalu banyak kata-kata kecaman dan bahasa kesat yang dilemparkan ke arah pensyarah tersebut. Walaupun apa yang dilakukan oleh seorang pendidik bergelar profesor itu tidaklah wajar, namun tidak sepatutnya kata-kata kesat seperti yang disaksikan di media sosial dilemparkan kepada seorang warga tua.

pensyarah uitm dox

Ada juga yang mengambil tindakan yang melampaui batas hingga menyebarkan nombor telefon peribadi pensyarah tersebut di laman Twitter, namun perkongsian tersebut telah dipadamkan secepat mungkin oleh para netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan pengguna tersebut yang telah menyebarkan maklumat peribadi pensyarah tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi turun padang, minta penjelasan dari pihak UITM

Berikutan isu yang tular yang berkaitan dengan pensyarah institut pengajian tinggi, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad telah tampil untuk memberikan kenyataan.

menteri pengajian tinggi

Menerusi laman Twitter rasminya, @DrNorainiAhmad, pada pagi ini, beliau telah memberi respons untuk mendapatkan penjelasan dari pihak universiti tempatan berkenaan tentang isu yang sedang tular tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

SAYS, Astro Awani

Baca juga: ”Kalau Betul Haid, Tunjuklah Darah Tu,” Kisah Benar Guru Minta Bukti Pelajar Datang Bulan

Baca juga: ‘Ayah Dah Meninggal, Accident. Ibu Pun’- Guru Kongsi Video Buat Ramai Rasa Sebak

Baca juga: Gagal Jawab Soalan Matematik, Guru Naik Angin Denda Pelajar Perempuan Sampai Mati

Stories Rakan Kongsi
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Pensyarah Mulut Lancang Petik Golongan B40, Naik Angin Bila Tahu Student Tiada Laptop
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham