Hipotiroidisme Bayi & Kanak-Kanak (Congenital Hypothyroidism): Punca, Tanda Dan Rawatan

Hipotiroid bayi dan kanak-kanak adalah keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi untuk tubuh

Hipotiroid bayi atau Congenital Hypothyroidism adalah keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan jumlah hormon tiroid yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan.

Ini adalah masalah yang serius, terutamanya apabila ia berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan tentang masalah hipotiroidisme pada bayi dan kanak-kanak, termasuk gejala, pencegahan, diagnosis dan rawatan berkaitan.

Definisi Hipotiroid Bayi & Kanak-Kanak

Tiroid adalah kelenjar kecil di bawah kulit dan otot di bahagian depan leher. Ia lembut, merah keperangan, dan beratnya kurang daripada satu auns. Dua bahagiannya (lobus) kelihatan seperti sayap rama-rama.

Tiroid adalah kecil, tetapi ia dapat membantu badan melakukan banyak perkara penting seperti membesar, menghasilkan haba dan berkembang secara normal.

Hypothyroidism adalah keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan jumlah hormon tiroid yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan.

Pada bayi dan kanak-kanak, hipotiroidisme boleh berlaku sejak lahir (hipotiroidisme kongenital) atau berkembang pada peringkat awal kanak-kanak. Apabila bayi dilahirkan dengannya, ia dipanggil congenital hypothyroidism.

Apakah Kebarangkalian Hipotiroidisme?

Kemungkinan hipotiroid bayi dan kanak-kanak lebih tinggi jika terdapat sejarah keluarga penyakit tiroid, atau jika wanita hamil mempunyai penyakit tiroid semasa hamil.

Ketahui Simptom-Simptomnya

Apakah Simptom Hipotiroidisme Bayi Dan Kanak-Kanak?

#1. Ciri Bayi Hipotiroid

Hypothyroidism boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur, namun, simptom yang dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah berbeza.

Pada bayi, gejala biasanya muncul selepas beberapa minggu pertama atau bulan selepas kelahiran. Adalah satu cabaran besar untuk ibu ayah memerhatikan tanda hipotiroid bayi dan kank-kanak kerana ia sukar dikesan dan boleh tersalah dengan gejala lain.

Antara simptom hipotiroid bayi adalah seperti:

  • Mengurangkan pertumbuhan dan perkembangan.
  • Suhu badan rendah.
  • Kelesuan, keletihan, atau kelemahan.
  • Mengantuk yang berlebihan.
  • Masalah kenaikan berat badan.
  • Gangguan pernafasan.
  • Sianosis (kulit pucat atau kebiruan).

#2. Ciri Hipotiroid Kanak-Kanak Sehingga Sekolah Rendah

Masalah hipotiroidisme pada awal kanak-kanak berbeza-beza bergantung pada peringkat perkembangan mereka. Ciri kanak-kanak tiroid adalah seperti:

  • Pertumbuhan perlahan.
  • Ketinggalan dalam perkembangan fizikal dan mental.
  • Sukar untuk belajar.
  • Kecenderungan kepada obesiti.
  • Kulit kering dan rambut kusam.
  • Kaki atau tangan bengkak.
  • Gangguan tidur.
  • Penyakit kulit seperti ekzema.

#3. Tanda Hipotiroid Pada Remaja

Hipotiroidisme remaja cenderung berlaku lebih kerap pada remaja perempuan berbanding remaja lelaki, dan biasanya dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti tiroiditis Hashimoto.

Remaja yang mempunyai sejarah keluarga penyakit autoimun seperti tiroiditis Hashimoto, penyakit Graves atau diabetes jenis 1 berisiko lebih tinggi untuk mengalami gangguan tiroid ini.

Gejala hipotiroid pada remaja cenderung lebih serupa dengan orang dewasa. Walau bagaimanapun, gejala ini selalunya  sukar untuk dikenal pasti.

Remaja yang mempunyai hipotiroidisme sering mengalami gejala fizikal seperti:

  • Lambat akil baligh.
  • Haid tidak teratur atau terlalu ringan.
  • Masalah pembelajaran.
  • Gangguan pernafasan.
  • Ketinggian lebih pendek daripada rakan sebaya.

Remaja yang mengalami hipotiroidisme juga mungkin mengalami perubahan tingkah laku yang kurang jelas. Antara gejala yang mungkin termasuk:

  • Keletihan yang kerap
  • Mudah lupa
  • Masalah emosi dan tingkah laku
  • Mengalami pencapaian akademik
  • Tekanan perasaan
  • Kesukaran mengekalkan tumpuan perhatian

Bila Perlu Jumpa Doktor

Segera rujuk kepada doktor jika anda mengesyaki anak mengalami gejala hipotiroidisme. Diagnosis awal dan rawatan segera boleh mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang.

Ketahui Puncanya

Apa Yang Mengakibatkan Hipotiroidisme Bayi Dan Kanak-Kanak?

Faktor utama yang menyebabkan hipotiroidisme pada bayi dan kanak-kanak adalah sejarah keluarga dengan penyakit ini. Selain itu, punca hipotiroidisme pada bayi dan kanak-kanak adalah:

  1. Kekurangan pengambilan iodin yang mencukupi dalam diet harian
  2. Kelahiran dengan tiroid yang tidak berfungsi atau tanpa kelenjar tiroid (keadaan ini juga dikenali sebagai hipotiroidisme kongenital)
  3. Rawatan penyakit tiroid yang tidak wajar yang dialami oleh ibu semasa mengandung
  4. Keabnormalan kelenjar pituitari

Ketahui Faktor Risiko

Apakah Yang Meningkatkan Kanak-Kanak Kepada Risiko Hipotiroidisme?

Terdapat banyak faktor risiko yang menyebabkan hipotiroidisme pada bayi dan kanak-kanak, termasuk:

  • Sejarah Keluarga: Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga hipotiroidisme, termasuk ibu bapa, nenek, datuk nenek, atau adik-beradik, berisiko tinggi mendapat penyakit ini. Individu yang mempunyai sejarah keluarga masalah imun juga berisiko mengalami keadaan kesihatan ini.
  • Penyakit Autoimun: Individu yang menghidap penyakit autoimun seperti penyakit Graves atau tiroiditis Hashimoto, lebih berkemungkinan mengalami hipotiroidisme sebelum mencapai usia remaja.
  • Jantina Anak: Risiko penyakit hipotiroid ini juga lebih biasa pada kanak-kanak perempuan berbanding lelaki.

Diagnosis & Rawatan

Bagaimana Hipotiroidisme Didiagnosis?

Menurut portal Myhealth, kebanyakan bayi baru lahir yang mengalami Congenital Hypothyroidism (CH) ini tidak menunjukkan sebarang simptom kerana hormon tiroid yang dihasilkan adalah amat rendah.

Oleh itu, ujian saringan Congenital Hypothyroidism (CH) amat penting kerana ia bertujuan untuk mengesan sebarang keabnormalan di dalam tumbesaran, genetik serta aktiviti metabolik di kalangan bayi yang baru lahir.

Salah satu ujian saringan Congenital Hypothyroidism (CH) yang dijalankan di Malaysia adalah ujian darah. Sampel darah di ambil dari tali pusat atau tumit bayi dan dihantar ke makmal untuk dianalisa.

Tiada persediaan awal yang diperlukan sebelum sampel darah diambil. Ujian biasanya dilakukan selepas bayi dilahirkan sehingga 7 hari. Keputusan ujian diperolehi dalam masa 72 jam atau sebelum bayi dibenarkan pulang kerumah.

Hipotiroidisme pada bayi biasanya didiagnosis melalui ujian darah yang mengukur tahap hormon tiroid, seperti TSH (hormon perangsang tiroid) dan T4 (tiroksin).

Jika tahap hormon tiroid rendah, ini menunjukkan hipotiroidisme. Bagi kanak-kanak yang lebih tua, termasuk remaja, proses diagnostik yang serupa dilakukan.

Bagaimana Hipotiroidisme Dirawat?

Rawatan untuk hipotiroid bayi dan kanak-kanak melibatkan pemberian hormon tiroid sintetik secara tetap. Doktor akan menyesuaikan dos dan memantau perkembangan kanak-kanak melalui ujian darah berkala.

Adalah penting untuk mengikuti jadual rawatan yang disyorkan oleh doktor untuk memastikan tahap hormon tiroid kekal dalam julat normal.

hipotiroid bayi, bayi hipotiroid bisa sembuh, ciri bayi hipotiroid

Perubahan Gaya Hidup & Kaedah Pengubatan Sampingan

Apakah Perubahan Gaya Hidup Dan Kaedah Pengubatan Sampingan Untuk Mengatasi Hipotiroid Bayi Dan Kanak-Kanak?

Sebagai tambahan kepada rawatan di atas terdapat beberapa perubahan gaya hidup dan kaedah ubat sampingan yang boleh membantu dalam pengurusan hipotiroid pada bayi dan kanak-kanak:

  • Makanan Kaya dengan Iodin: Memastikan diet yang kaya dengan iodin dapat membantu dalam perkembangan dan fungsi normal kelenjar tiroid. Ini termasuk makanan seperti ikan, rumpai laut, dan garam yang diperkaya dengan iodin.
  • Pemantauan Perkembangan: Adalah penting untuk memantau pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak secara berterusan, dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat sebarang penyelewengan daripada normal.
  • Pendidikan dan Sokongan: Berikan sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga tentang pengurusan hipotiroidisme, termasuk memahami kepentingan rawatan yang konsisten dan memantau kemungkinan simptom.
  • Pengurangan Tekanan: Mengurangkan tekanan pada kanak-kanak melalui kaedah seperti bermain, senaman, dan teknik relaksasi boleh membantu mengurangkan kesan hipotiroidisme terhadap kehidupan mereka.
  • Pemantauan Kesihatan Mental: Adalah penting untuk memantau kesihatan mental kanak-kanak dengan hipotiroidisme, kerana keadaan ini boleh menjejaskan mood dan kebolehan kognitif mereka.

Bagaimana Saya Boleh Membantu Anak Hipotiroid?

Jika anak menghidap hipotiroidisme, adalah sangat penting untuk memberikan hormon tiroid seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Jika anak terlalu kecil untuk mengunyah atau menelan pil, hancurkan dan campurkan dengan sedikit air, susu formula bukan soya atau susu ibu.

Ia adalah paling mudah untuk mencampurkan ubat dalam sedikit cecair dan berikan kepada anak pada permulaan penyusuan supaya mereka meminum semuanya.

Sesetengah pil hormon tiroid lebih mudah larut dalam cecair daripada yang lain, jadi berbincanglah dengan doktor jika anda menghadapi masalah dengan ini. Sangat penting untuk anak anda mendapatkan keseluruhan dos ubat tiroid.

Sesetengah susu formula bayi (terutamanya formula soya), ubat-ubatan dan suplemen mineral (seperti kalsium dan zat besi) boleh menghalang ubat tiroid daripada diserap.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Maksud Refluks Bayi/ GERD Pada Bayi: Punca, Tanda Bayi Reflux & Cara Mengatasi

Baca juga: Susu Full Cream Untuk Anak: Bila Boleh Bayi Minum, Jenis Susu Terbaik & Manfaat Untuk Si Manja

Baca juga:  150+ Nama Bayi Perempuan Huruf C Yang Indah Dan Unik Untuk Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!