theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Masalah Tiroid di Kalangan Ibu Hamil Boleh Memberi Kesan Negatif Kepada Bayi

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
Masalah Tiroid di Kalangan Ibu Hamil Boleh Memberi Kesan Negatif Kepada Bayi

Tahukah anda, masalah tiroid di kalangan ibu hamil mampu memberikan kesan negatif kepada ibu dan bayi? Jom baca dengan lebih lanjut!

Biasanya, para ibu akan diingatkan tentang bahaya penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi yang boleh berlaku selama tempoh mereka mengandung.

Tetapi, ramai yang mungkin tidak sedar akan bahaya masalah tiroid di kalangan ibu hamil. Seperti penyakit kronik lain, ia juga turut memberi kesan negatif, bukan sahaja kepada kesihatan si emak, malah kepada bayi dan tumbesarannya jangka masa panjang.

Apakah itu Penyakit Tiroid?

Penyakit tiroid adalah satu masalah kesihatan hormon yang berlaku akibat gangguan pada kalenjar tiroid. Ia terletak di bahagian leher dan berbelah dua – bentuknya seakan-akan seperti rama-rama.

Kalenjar tiroid berfungsi untuk merembeskan hormon tiroid. Hormon ini kemudiannya mengawal metabolisma badan serta fungsi organ-organ yang lain.

Terdapat dua jenis penyakit tiroid iaitu hipotiroidisma dan hipertiroidisma.

Jika hipotiroidisma berlaku, ia bermakna kalenjar ini mengeluarkan terlalu sedikit hormon. Hipertiroidisma pula terjadi apabila kalenjar mengeluarkan hormon tiroid yang berlebihan sehingga menyebabkan pesakitnya mengalami masalah kesihatan.

Masalah tiroid lebih cenderung untuk berlaku kepada wanita berbanding lelaki, terutamanya pada mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Masalah Tiroid ketika Mengandung

Ada wanita yang mempunyai masalah tiroid sebelum mereka hamil dan ada pula yang mengalaminya ketika mengandung.

Bagi mereka yang sebelum ini pernah menjalani rawatan untuk masalah ini, mereka perlu memberitahu kepada doktor supaya pemantauan rapi dapat dilakukan sepanjang kehamilan tersebut.

masalah tiroid di kalangan ibu hamil

Source: Hyperthyroidismrevolution.com

Untuk mereka yang baru sahaja mengalami gangguan tiroid ketika hamil, ia boleh jatuh di antara kategori ‘tidak membimbangkan’ atau ‘serius’.

Malah, ia adalah menjadi satu kebiasaan untuk hormon tiroid meningkat ketika hamil. Kesan akibat gangguan tiroid pula hampir sama dengan kesan kehamilan seperti keletihan dan suhu badan yang meningkat.

Secara semulajadinya juga, hormon tiroid memang akan dirembeskan sedikit berlebihan bagi membekalkannya kepada bayi melalui saluran plasenta. Hanya pada usia 12 minggu sahaja, barulah kalenjar tiroid bayi dapat berfungsi dengan sendirinya.

Tetapi, jika doktor merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tahap hormon tiroid dalam badan (melalui ujian darah), maka ia masih perlu dikawal dan dirawat sebaik mungkin. Ini untuk mengelakkannya daripada menjadi lebih serius.

Kesan Masalah Tiroid di Kalangan Ibu Hamil

Setelah mengetahui serba sedikit tentang latar belakang penyakit tiroid, jom kita tengok pula apakah kesan bahaya yang boleh berlaku kepada ibu hamil serta bayinya.

masalah tiroid di kalangan ibu hamil

Source: Arparis.org

Bagi masalah hipotiroidisma di mana hormon tiroid tidak dirembeskan secara mencukupi dalam badan, ia akan memberi kesan seperti:

  • Masalah kekurangan darah merah (Anemia)
  • Masalah darah tinggi yang serius (Preeclampsia)
  • Keguguran ketika kehamilan
  • Bayi kurang berat badan selepas dilahirkan
  • Kecacatan organ pada bayi (hati, otak, dan buah pinggang)
  • Masalah tumbesaran otak pada bayi
  • Bayi akan mempunyai IQ yang rendah apabila meningkat dewasa
  • Gangguan saraf pada bayi

Berikut merupakan masalah kesihatan yang boleh berlaku kepada ibu dan anaknya untuk wanita hamil dengan masalah hipertiroidisma (hormon tiroid berlebihan):

  • Masalah tiroid akut yang menyebabkan penat berlebihan, badan menjadi panas, menggeletar, degupan jantung yang laju.
  • Kegagalan hati pada bayi
  • Masalah darah tinggi yang teruk ketika di hujung kehamilan (preeclampsia) buat si ibu
masalah tiroid di kalangan ibu hamil

Source: Hypothyroidmom.com

  • Keguguran bayi
  • Bayi kurang berat badan
  • Bayi lahir tidak cukup bulan
  • Masalah pernafasan pada bayi setelah dilahirkan

Anda Hamil? Kawal Masalah Tiroid dengan Sebaik Mungkin Dengan Bantuan Doktor Anda!

Jika masalah tiroid dipantau dengan rapi dan diberikan rawatan yang sebaiknya oleh doktor anda, maka anda tidak perlu risau.

Kebanyakkan ibu hamil dengan gangguan tiroid yang terkawal akan dapat melalui fasa kehamilan dan proses bersalin dengan selamat. Begitu juga buat si bayi.

Si kecil akan membesar tanpa masalah komplikasi kesihatan yang teruk dan membimbangkan!

Kongsikan artikel ini jika anda rasakan ia bermanfaat buat ibu-ibu yang sedang mengandung di luar sana. Pasti mereka akan mendapat lebih banyak maklumat tentang masalah tiroid di kalangan ibu hamil dan mengambil langkah kawalan yang sepatutnya.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Masalah Tiroid di Kalangan Ibu Hamil Boleh Memberi Kesan Negatif Kepada Bayi
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

    5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

  • Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar...

    Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar...

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

app info
get app banner
  • 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

    5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

  • Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar...

    Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar...

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi