Semakin Ramai Pilih Homeschool Atau Ajar Anak Di Rumah, Benarkah Lebih Baik?

lead image

Kaedah homeschool kini semakin popular pada ibu bapa. Adakah ia pilihan yang bijak dan baik untuk anak? Bagaimana nak buat homeschooling di rumah?

Pilihan untuk homeschool anak sendiri

Pernahkah anda dengar tentang homeschool? Anak saya baru tamat prasekolah dan akan masuk sekolah rendah tak lama lagi. Seperti ibu bapa lain, saya ingin anak masuk ke sekolah yang baik dan menerima pendidikan yang terbaik.

Tapi memandangkan sistem pendidikan di negara kita sering berubah, sebagai seorang ibu, saya bimbang. 

Saya sendiri telahpun mengalami suasana di sekolah rendah swasta, diikuti dengan sekolah bantuan kerajaan semasa di sekolah menengah. Setelah mencuba kedua-duanya sekali, saya tidak dapat menafikan kualiti pendidikan sekolah swasta jauh lebih baik dari segi sukatan pelajaran yang diguna di sekolah kebangsaan.

Semakin Ramai Pilih Homeschool Atau Ajar Anak Di Rumah, Benarkah Lebih Baik?

Masalah kos tinggi pada persekolahan

Tapi kos sekolah antarabangsa dan sekolah swasta sangat tinggi dan tidak semua ibu bapa mampu untuk bayar yurannya. Malah sebagai alternatif, kawan-kawan yang sependapat dengan saya memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangasaan jenis Cina. 

Trend ini semakin popular dengan ibu bapa kaum lain yang juga memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina. 

Jika ada ibu bapa yang ingin menghantar anak ke sekolah Cina, anda pasti akan terfikir

“Bolehkah saya melakukannya?”

“Kalau masuk sekolah cina, anak pasti akan memerlukan kelas tambahan.”

“Saya sendiri tidak pandai bahasa cina, Bagaimana pula dengan kerja rumah anak?”

Jadi apakah pendidikan alternatif yang ibu bapa boleh pilih kalau tidak mahu menghantar anak ke sekolah cina? Ibu bapa boleh cuba homeschool.

Apa? Saya kena ajar anak sendiri di rumah ke? Apa homeschool ni?

3 cara untuk memulakan homeschool

Semakin Ramai Pilih Homeschool Atau Ajar Anak Di Rumah, Benarkah Lebih Baik?

Sumber gambar: Homefrontier

Homeschool boleh dilakukan dengan 3 cara ini:

  • Ibu bapa boleh ajar anak dengan menggunakan bahan pengajaran luaran. Contohnya jika ibu seorang suri rumah, dia boleh ajar anak di rumah
  • Ibu bapa boleh mengajar secara berkumpulan di rumah,
  • Pusat pembelajaran atau pusat “tusyen” yang menggunakan kaedah homeschool dan sukatan pelajaran homeschool.

Mengapa pilih untuk homeschooling anak?

Kanak-kanak boleh:

  • belajar mengikut kadar sendiri (cepat atau lambat)
  • menikmati pembelajaran melalui aktiviti atau keseronokan membaca kerana pelajaran akademik tidak mengambil masa lama
  • belajar dan memilih dari pelbagai sukatan pelajaran yang ada
  • masuk belajar pada bila-bila masa kerana tidak ada pendaftaran (ini hanya untuk ibu bapa yang memilih untuk ajar sendiri di rumah).
Keluarga yang menyokong kaedah homeschool. Baca tentang kehidupan mereka disini.

Keluarga yang menyokong kaedah homeschool. Baca tentang kehidupan mereka di sini.

Anggaran di Malaysia hanya ada 3,000 hingga 5,000 pelajar homeschool. Kebanyakkan pelajar homeschool berprofil rendah kerana pendaftaran sekolah rendah adalah wajib di sisi undang-undang di negara kita.

Di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996, ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak mereka di sekolah boleh didenda sehingga RM5,000, dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Jadi adakah homeschool salah di sisi undang-undangKementerian Pendidikan seolah-olah tahu tentang peningkatan jumlah pelajar yang memilih kaedah pembelajaran ini, malah mereka telahpun menyentuh topik ini dan memberi pengecualian di laman web mereka.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang homeschool dan cara untuk melakukannya di rumah, baca sini.

Setakat ini, belum ada timbulnya masalah dengan kaedah pembelajaran ini, asalkan anak diberi pendidikan biarpun dari rumah.

Pendidikan berkualiti dan yuran yang berpatutan adalah salah satu faktor mengapa pusat-pusat homeschool dan kaedah pembelajaran ini semakin popular.

Adakah Homeschool sesuai untuk semua orang?

Semakin Ramai Pilih Homeschool Atau Ajar Anak Di Rumah, Benarkah Lebih Baik?

Bagaimana pula dengan perkembangan sosial atau aktiviti fizikal anak? Bolehkah anak kembali ke sukatan pelajaran kebangasaan jika perlu?

Setakat ini, saya belum dengar lagi tentang anak yang telah berhenti homeschool dan kembali belajar mengikut sukatan pelajaran kebangsaan. Semua pelajar akan belajar modul yang disediakan mengikut kadar mereka sendiri dan mengambil ujian IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) sebagai calon swasta. 

Kelayakan IGCSE diterima di Malaysia dan di kira setaraf dengan sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kebanyakkan pusat pembelajaran dan “tusyen” ini kini mempunyai aktiviti senaman dan anak boleh berinteraksi dengan kanak-kanak lain di pusat itu.

Sebaliknya, ibu bapa yang mengajar di rumah bolehlah membawa anak keluar untuk beriadah mengikut masa sendiri atau mengikut aktiviti kokurikulum lain yang juga boleh memenuhi keperluan interaksi sosial anak.

Ibu bapa boleh mendapat cadangan atau sokongan dari ibu bapa lain yang juga menggunakan kaedah homeschool terutamanya tentang sukatan pelajaran.

Adakah trend homeschool ini sesuai untuk semua orang? Pada pendapat saya, ini adalah keputusan peribadi setiap keluarga.

Banyak faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan dan ibu bapa perlu membuat komitmen jika ingin meneruskan kaedah pembelajaran ini.

Tentukan apa yang ibu bapa rasa adalah terbaik untuk anak anda. Kaedah yang berbeza tidak bermaksud ia pilihan yang tidak baik untuk anak. 

Kredit gambar: South China Morning Post

Baca juga:

Anak Lebih Pandai Berbahasa Jika Bapa Yang Membacakan Buku Cerita Sebelum Tidur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Rosanna Chio