Salah satu kemudahan penting bagi masyarakat adalah hospital yang selesa dan pastinya dengan harga mampu untuk penduduk. Berita baik untuk para wanita dan ibu bapa khususnya, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur kini sudah sedia dibuka kepada orang ramai!
Bangunan terbaharu tersebut terletak dalam Hospital Kuala Lumpur merupakan salah satu usaha bagi menaiktaraf HKL di samping menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa kepada orang ramai.
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur kini menjadi perhatian kerana rekabentuknya dan dalamannya yang kelihatan sangat cantik dan luas!
Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur Dibuka Secara Rasmi
Bangunan ini telah dibuka untuk perkhidmatan dengan kemudahan dewan bersalin, bilik pembedahan dan mempunyai lebih kurang 800 buah katil bagi menempatkan pesakit.
Ramai yang menyatakan hospital ini kelihatan lebih baik dari kebanyakkan hospital swasta di luar sana, wah menarik!
Lengkap Dengan Kemudahan Dan Mesra Kanak-Kanak
Jika anda ibu yang sedang mencari hospital untuk bersalin, pastinya kini Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur antara yang menjadi pilihan anda.
Hospital ini bukan sahaja nampak cantik dengan pemilihan warna dan rekabentuk menarik semata-mata ya, malah ia juga dilengkapi kemudahan yang selesa buat orang ramai.
Tambahan lagi, hospital ini dihiasi dengan pelbagai corak berwarna warni di setiap sudut terutamanya di wad kanak-kanak. Kerusi untuk pelawat juga kelihatan selesa dan banyak jadi pelawat boleh menunggu waktu melawat sambil menikmati kecantikan hospital ini juga!
Jom kita lihat beberapa visual bangunan hospital ini.
Buat masa sekarang setiap wad akan dibuka secara berperingkat untuk penempatan pesakit. Bagi bahagian yang belum dibuka lagi, perkhidmatan masih dijalankan di bangunan lama.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi alamat di bawah:
Hospital kerajaan atau swasta?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.compakej-bersalin-2019