Jika Melawat Kuching Sarawak, Jangan Lepaskan Peluang Ke Satu Tempat Menarik Ini!

Ingin bercuti ke Sarawak kelak? Dapatkan masa rehat yang tak akan anda lupakan seumur hidup ini dengan ke satu tempat berikut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuching, Sarawak merupakan tanah yang kaya dengan budaya dan sejarah menarik. Jika anda merancang untuk ke Kuching, Sarawak kelak, pastikan anda ke Hitel Hilton Kuching kerana ia menjanjikan percutian terbaik sementara anda di Sarawak!

Sarawak adalah salah satu dari dua negeri yang terletak di Kepulauan Borneo yang terkenal dengan keindahan alaminya. 

Walaupun bandar ini semakin moden dan padat dengan penduduk, namun keaslian serta warisan orang pribumi masih kekal dengan amalan mereka seperti bahasa, makanan dan tradisi warisan kaum masing-masing yang jarang di temui pada negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Atas faktor itu, tak hairanlah ramai pelancong baik dari luar mahupun dalam negara memilih cerita perjalanan percutian mereka di Kuching Sarawak dengan menginap di Hotel Hilton Kuching ini. 

Mengapa Hotel Hilton Kuching menjadi pilihan pelancong?

#1 Hotel Hilton Kuching dan Semenggoh Orangutan Sanctuary

Apa istimewanya di sini adalah pelancong berpeluang mengunjungi tempat perlindungan orang utan yang memberi memori berharga di Kuching sekaligus menyokong usaha pemeliharaan bagi habitat ini. 

Dengan adanya Semenggoh Orangutan Sanctuary, pelancong dapat mengenali haiwan ini dengan lebih mesra kerana ia dianggap haiwan yang paling bijak di dunia dan kebanyakannya berasal dari Pulau Borneo. 

Tempat ini terletak hanya 12 batu dari Bandar Kuching yang boleh membawa anda lebih dekat dengan makhluk ciptaan Tuhan ini.

Lebih menarik lagi, pelawat diberi peluang menyertai kumpulan renjer untuk masuk ke hutan setiap hari pada waktu malam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Kayuh sampan sambil nikmati keindahan Sungai Sarawak 

Bagi anda yang mencintai alam semula jadi, inilah masanya untuk anda berehat dari kesibukan kerja dengan mengayuh sampan bagi mengembara ke Sungai Sarawak sambil melihat matahari terbenam. 

Lokasinya juga terletak di tengah gunung yang jauh dan anda dapat menemui beberapa kampung Melayu yang indah, masjid berkubah emas, deretan rumah kedai cina abad ke-19 dan istana yang diperbuat dari kayu. 

Bagi anda yang suka membaca buku sejarah, anda boleh melawati Muzium Kuching untuk kenal bandar ini lebih mendalam dari pelbagai sudut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Penginapan di Hotel Hilton Kuching, Sarawak menjanjikan pengalaman luar biasa

Hotel Hilton Kuching terletak di kawasan strategik yang menghadap Sungai Sarawak yang indah dan anda hanya mengambil masa kira-kira 20 minit saja dari lapangan terbang. 

Apabila anda berada dalam hotel ini, anda dapat menyaksikan keindahan sekitar hotel yang cukup menenangkan dan bilik-bilik yang cukup selesa buat para pengunjung. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap bilik dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi, TV LCD dan katil yang lengkap bantal juga selimut yang diperbuat dari kapas Jepun. 

Malah semua staf Hotel Hilton Kuching juga ramah dan sedia membantu pengunjung sekiranya memerlukan pertolongan. Mereka sedia memberikan perkhidmatan terbaik buat anda.

Jika anda berkunjung ke Kuching Sarawak, pastikan Hotel Hilton Kuching jadi pilihan pertama sebagai pengalaman menarik yang tidak anda lupa sampai bila-bila. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comtempat-percutian-di-perak/