13 Tanda Anak Rasa Janggal Dengan Kita & Buat Hubungan Jadi Renggang, Jangan Biarkan!

Anak rasa janggal atau jauh dengan kita membuatkan hubungan renggang. Tipulah jika rasa tidak sedih. Apa yang penting segera perbetulkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda rasa anak seperti janggal atau tidak selesa dengan anda? Malah hubungan renggang juga dengan anak, rasa seolah-olah dia sentiasa jauhkan diri atau anda rasa jauh dengan mereka?

Sedihkan? Bila dengan anak sendiri pun kita rasa jauh malah lebih sedih bila hubungan renggang dengan anak. Jadi apa yang sebenarnya anak fikirkan bila dia dengan kita?

Apa tanda yang boleh kita nampak jika nak pastikan sama ada anak okay atau tidak dengan kita? Kenapa penting untuk anda kesan perkara ini, ia kerana perlu diperbetulkan daripada awal kerana semakin anak meningkat besar, bila dia rasa janggal dengan kita boleh jadi bila besar nanti dia rasa dia tak perlukan kita. 

Hubungan renggang sebab anak rasa janggal dengan kita, ini tandanya

Menurut pengasas positive parenting, ada beberapa tanda yang akan anak tunjukkan bila dia rasa janggal dengan kita. Ibu ayah seharusnya peka dengan perubahan ini. 

Tanda yang anak-anak mungkin akan tunjukkan bila dia janggal dengan kita termasuklah:

  1. Dia jarang meminta-minta. Bukan takut tapi memang langsung tak meminta.
  2. Dengan pasangan kita rajin pula anak minta-minta. Tak rasa janggal pula.
  3. Nampak kita anak langsung tak nak datang dekat atau tegur.
  4. Kalau duduk berdua anak diam je, sepatah tanya sepatah je dia jawab.
  5. Bukan malu tapi malas nak bercakap.
  6. Jarang sangat anak nak tunjuk kepandaian dia.
  7. Lebih suka main sorang-sorang dari ajak kita.
  8. Depan kita anak baik ya amat, sopan je.
  9. Belakang kita dia galak, lasak semacam. Kita tak ada baru dia berani nak bermain.
  10. Anak tak berani nak kacau kita, masa rehat atau masa tidur.
  11. Suruh tolong panggilkan pun takut. Sebut nama kita je dia dah rasa seram.
  12. Tak kisah kita ada atau tidak. Tak pernah tanya pun mana kita.
  13. Langsung tak rasa seronok bila nampak kita. Jelas nampak diwajahnya.

Jangan buat sampai anak rasa tak perlukan kita

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda perasan tanda-tanda ini pada anak anda? Sekiranya ada, eloknya anda segera berubah dan cuba dekatkan diri dengan anak. Cermin diri anda, pasti adalah di mana-mana silap yang membuatkan anak jadi begitu.

Jangan dibiarkan atau anggap ia perkara biasa kerana buruk padahnya jika terlambat.

Ada kemungkinan anak akan rasa dia langsung tidak memerlukan anda pun lama-kelamaan nanti. Dia juga mungkin akan lebih memilih untuk merujuk kepada orang lain yang dia selesa seperti rakan-rakan dan sebagainya.

Namun, penting untuk kita pastikan anak rasa ‘dekat’ dengan kita kerana kita sepatutnya yang menjadi tempat mereka untuk meminta pendapat dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips supaya sentiasa rapat & dekat dengan anak

Sekiranya anda rasa semakin jauh dengan anak, ada beberapa perkara yang mungkin anda boleh praktikkan untuk mengembalikan semula hubungan yang mesra. Ia termasuklah dengan cara:

#1. Belajar memahami mood anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Belajarlah memahami mood anak kerana dia akan sangat menghargai anda dan merasakan anda sangat memahami mereka. Seperti orang dewasa, anak juga ada mood mereka yang tersendiri.

Setiap kanak-kanak ada mood dan perangai mereka tersendiri. Setiap mood atau perlakuan itu mesti jelas menunjukkan apa yang mereka sedang rasakan.

Contohnya ada kanak-kanak yang akan mula menggaru badan, muka atau tangan bila mereka rasa letih. Ada yang buat perangai tidak mahu bertolak ansur jika mereka sedang mengantuk atau tidak cukup rehat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi cuba fahami anak anda dan bahasa badan mereka supaya anda lebih mudah mendekati mereka.

#2. Luangkan masa santai bersama

Luangkanlah masa santai bersama anak anda supaya mereka sentiasa rasa masa mereka terisi dengan aktiviti yang anda juga wujud. Bukanlah berseorangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bermainlah dengan perkara yang mereka minat dan suka. Berjalan-jalan bersama malah tidak salah kalau anda buat bersama-sama hobi anda dan juga dia. Yang penting mestilah sesuai dengan usianya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar

Baca juga: Buat Senaman Kemutan Faraj, Baring Mengiring Ke Kiri Kalau Nak Mudah Laluan Bersalin Terbuka

Baca juga: Kekerapan Hubungan Asmara Suami Isteri Yang Ideal Menurut Imam Al-Ghazali

Penulis

Lala Annuar