Ramai Isteri Kurang Yakin Melakukan Seks Ketika Hamil, Ini Cara Untuk Menghadapinya!
Hubungan seks ketika hamil boleh membawa keseronokan sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul. Namun adakah ia boleh membahayakan janin dalam kandungan?
Ketika berbadan dua, kebanyakan wanita akan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan emosi. Ini tidak terkecuali dengan hubungan seks ketika hamil yang mungkin membuatkan anda berasa kurang selesa.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah masa yang besar sekiranya anda mengutamakan komunikasi dalam rumah tangga. Boleh sahaja menundanya pada hari yang lain atau meminta pasangan melakukan dengan berhati-berhati.
Masalah hubungan seks ketika hamil yang dialami kebanyakan wanita
#1. Alahan atau morning sickness membuatkan anda hilang keinginan seks
Ketika alahan datang menyerang dengan teruk, hubungan seks ketika hamil turut terganggu. Ini kerana anda hilang rangsangan untuk melayan pasangan dan terpaksa berehat di atas katil.
Tidak seperti sakit kepala biasa yang cepat reda setelah bersama dengan suami, kesan seks bagi sesetengah wanita boleh memburukkan lagi tahap alahan yang dialami.
Penyelesaiannya adalah tunggu sehingga rasa pening berkurang atau ubah jadual bercinta dengan pasangan, misalnya tukar kepada malam jika berkurang rasa mual. Biasanya, morning sickness ini akan berkurang setelah anda memasuki trimester kedua.
#2. Keadaan perut yang semakin membesar
Perut yang semakin membesar seiring pertambahan minggu kehamilan sememangnya memberi halangan untuk anda dan pasangan melakukan posisi seks kegemaran.
Malah dalam sesetengah kes, terpaksa dihentikan kerana isteri berasa sakit atau kurang selesa pada bahagian perut.
Antara penyelesaian yang boleh kami cadangkan ialah jadikan saat ini kesempatan untuk anda dan pasangan mencuba posisi seks yang baru seperti berbaring mengiring (spooning) atau dipangku (cowgirl).
Dengan kedudukan ini, ibu memiliki kuasa mengawal penetrasi. Posisi missionary (suami di atas) juga digalakkan, namun perlu memastikan ia adalah selesa untuk anda dan bayi dalam kandungan.
#3. Pembengkakan vagina
Perubahan hormon kehamilan meningkatkan aliran darah ke kawasangan punggung. Pada sesetengah bakal ibu, keadaan ini menyebabkan vagina membesar dan labia berubah sehingga meningkatkan keinginan untuk bersama.
Walau bagaimanapun, tidak semua bakal ibu mengalami gejala tersebut. Seperti bersin yang segera hilang, begitulah sensasi seks yang dirasakannya.
Cara penyelesaiannya adalah dengan menggantikan gaya bercinta dengan rangsangan manual atau mengubah posisi seks. Selain itu, sentiasa berwaspada jika pembengkakan disertai dengan rasa sakit ketika melakukan hubungan intim
#4. Tubuh mudah rasa penat
Ketika sebelum mengandung, mungkin andalah yang paling aktif dan bertenaga di rumah. Keghairahan pada malam hari untuk melayan suami pastinya bukanlah menjadi satu masalah.
Kini setelah berbadan dua, anda mungkin menyedari bahawa tubuh mudah berasa penat dan cepat mengantuk, apatah lagi bila meletakkan kepala pada bantal.
Cara penyelesaiannya ialah jika sudah melepasi tempoh alahan atau morning sickness, pilih untuk bercinta pada waktu pagi. Sekiranya tidak berkesempatan, tunggu sahaja waktu petang selepas suami pulang dari kerja.
#5. Masalah keputihan dan vagina berbau
Hubungan seks ketika hamil membuatkan ramai bakal ibu berasa kurang yakin. Hal ini kerana vagina terasa jauh lebih lembap dari biasa dan paling menyedihkan, keluar banyak keputihan.
Ini tentu sahaja membuatkan anda tidak selesa untuk meneruskan aksi hubungan intim bersama suami. Meskipun tidak memerlukan gel pelincir, jika terlalu basah dapat mengurangkan sensasi dan sukar pasangan menahan ereksi.
Selain itu, ramai ibu mengandung mengatakan bahawa bahagian kemaluan mula mengeluarkan aroma, bau dan rasa yang kurang menyenangkan.
Penyelesaiannya adalah dengan memanjangkan tempoh foreplay bersama suami agar anda benar-benar terangsang.
Manakala sekiranya aroma kemaluan ini menganggu keyakinan anda, oleskan sedikit minyak wangi ke bahagian paha dan bilas vagina beberapa minit sebelum anda melakukan hubungan seks.
Sekiranya anda mengandung anak pertama, usah risau untuk bersama suami kerana penetrasi yang dilakukan tidak akan sesekali melukakan janin atau mengakibatkan pendarahan.
Ini kerana janin dalam kandungan sudah dilindungi oleh cecair ketuban. Sekiranya ada keluar tompokan darah atau anda berasa sakit, adalah lebih baik mendapatkan dahulu nasihat dari doktor.
Sumber: Pop Mama
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Seks Depan Anak Kecil, Ketahui Cara Berkesan Untuk Cover Line & Beraksi Dengan Hebat