Hukum Cukur Bulu Kaki Perempuan & Lelaki Dalam Islam

Hukum cukur bulu kaki bagi wanita dan lelaki harus diambil tahu bagi memastikan anda tidak melalukan perkara dilarang syarak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak kira lelaki atau wanita menjaga kebersihan dan penampilan adalah perkara yang penting. Salah satu aspeknya adalah merapi bulu di tubuh termasuk kaki. Tetapi apakah pandangan agama tentang hukum cukur bulu kaki ini?

Hukum Cukur Bulu Kaki Lelaki & Wanita

Ulama membahagikan hukum ini kepada tiga bahagian. Iaitu:

1.Bulu Diperintah Untuk Cukur 

Ada beberapa bulu yang disunnahkan untuk dicukur menurut ajaran Islam, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Fitrah itu ada lima atau lima perkara yang menjadi fitrah adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai. Riwayat Al-Bukhari (5889)

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tiga jenis bulu yang disebutkan untuk dipotong, cukur atau cabut. 

  • Bulu kemaluan (termasuk bulu di sekitar dubur)
  • Bulu ketiak
  • Misai 

2.Bulu Dilarang Cukur 

Bulu-bulu yang dilarang oleh syarak untuk dicukur. Salah satunya adalah memotong atau mencukur janggut bagi orang lelaki. Larangan ini ditegaskan melalui sebuah riwayat dari Abdullah Ibn Umar R.anhuma, di mana Nabi SAW bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

‏ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى

Maksudnya: Cukurlah misai-misai, dan biarkanlah jangut-janggut.-Riwayat Muslim (259)

Berdasarkan hadis juga, perintah Nabi berkaitan janggut bererti, kekalkanlah ia iaitu biarkanlah ia dalam keadaan yang banyak. Perintah Nabi S.A.W untuk membiarkan janggut bererti juga dalam masa yang sama baginda melarang dari perbuatan mencukur janggut.

Bulu lain yang dilarang dicukur adalah dilarang untuk wanita membuang bulu-bulu daripada mukanya. Perbuatan ini adalah haram melainkan apabila seorang perempuan itu tumbuh janggut atau misai maka tidak haram untuk membuangnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mencukur janggut
  • Membuang bulu kening dengan tujuan untuk meninggikan keduanya atau menyamaratakan di antara keduanya
  • Menambah atau mengurangkan bulu dengan tujuan mendapatkan kecantikan
  • Menipiskan bulu kening

3.Bulu Yang Didiamkan Syarak

Bermaksud tidak ada nas (dalil) dari syariat, baik dari Al-Quran atau Sunnah Nabi SAW yang mengarahkan bulu-bulu ini dipotong atau melarangnya untuk disimpan. Hal ini didasarkan pada sebuah hadis dari Salman Al-Farisi R.anh, di mana Rasulullah SAW bersabda:

الْحَلاَلُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ وَالْحَرَامُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ مِمَّا عَفَا عَنْهُ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Halal itu adalah apa-apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, dan haram itu adalah apa-apa yang Allah haramkan di dalam kitab-Nya. Dan apa-apa yang Allah diamkan tentangnya (hukumnya) maka ia termasuk di antara perkara yang dimaafkan.

Contoh bulu tersebut adalah: 

  • Bulu dada
  • Bulu betis
  • Bulu paha
  • Bulu hidung
  • Bulu yang terdapat di lengan serta selainnya

Dengan mempertimbangkan bahawa tidak ada larangan atau perintah yang jelas dalam syariat Islam mengenai mencukur atau menyimpan bulu-bulu yang disebutkan tadi, seseorang diberikan kebebasan untuk memutuskan apakah akan mencukurnya atau menyimpannya. Tindakan tersebut menjadi suatu pilihan peribadi yang boleh dilakukan sesuai dengan keinginan dan keyakinan masing-masing. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mufti Wilayah Persekutuan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mencukur Bulu Kemaluan Bila Tiba Waktu Nak Bersalin, Ini Yang Bakal Ibu WAJIB Tahu

Baca juga: Rupanya Ada Sebab Mengapa Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin! Bukan Sengaja & Tanpa Sebab, Ya!

Baca juga: Kerana mencukur bulu kemaluan, wanita ini koma 9 hari dan nyaris maut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar