Hukum ibu menyakiti anak: Wajar ke layan anak terlalu garang macam musuh?

lead image

Sebagai ibu, kita harus berlembut dan menasihati anak dengan cara yang baik. Bukan mengasari dan menyinggung perasaan anak hingga terluka lalu memberi kesan tak baik pada mereka

Kita sendiri tahu, derhaka pada ibu bapa merupakan satu dosa besar. Tapi, bagaimana pula hukum ibu menyakiti hati anak?

“Redha Allah, pada redha orang tua. Murka Allah, pada murka orang tua” – Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Menurut hadis di atas, ia menjelaskan betapa agungnya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Namun, atas sebab itu, ramai ibu bapa yang ‘berlebih-lebihan’ meminta anak patuh dan taat kepadanya.

Seorang gadis berkongsi cerita tentang ibunya yang selalu memarahi dia dan adik beradiknya yang lain walaupun kesalahan kecil.

“Saya cukup terasa dengan sikap ibu yang tidak pernah memuji cara anak-anaknya mengemas.

Pasti ada saja yang tak bersih pada pandangan matanya. Malah, pernah sekali, habuk sedikit atas meja, habis satu rumah di marahnya.

Sebagai anak, tentunya saya akan cuba menjaga hati ibu. Tapi bagaimana pula jika kata-kata kesat itu keluar dari mulut ibu lantas mengguris hati anak?” – luahnya hiba.

Hukum ibu menyakiti hati anak: Ia perkara yang dilarang 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/islamituindah.my .jpg Hukum ibu menyakiti anak: Wajar ke layan anak terlalu garang macam musuh?

Kredit: Islam Itu Indah

  1. Seorang Muslim memang dilarang menyakiti hati orang lain sama ada saudara, kawan, keluarga mahupun individu yang tak dikenali. Tak kira sama ada secara fizikal atau mental
  2. Ia termasuklah ibu bapa yang menyakiti hati anak. Namun, ia terpulang sama ada ibu tersebut tidak sengaja atau memang berniat, hingga membuatkan anak terasa lalu menyendiri.
  3. Namun begitu, dalam Islam hak ibu bapa besar berbanding hak anak. Maksudnya, tahap ibu bapa lebih tinggi.
  4. Sebagai anak, jika kita terlalu mempersoalkan hati kita, pernah tidak kita bayangkan hati ibu bapa kita? Betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah membesarkan kita hingga dewasa.
  5. Walaupun kata-kata ibu itu mungkin terdengar ‘kasar’, namun kita harus menilai semula pengorbanan dan jasa ibu kepada kita. Jasanya menyusu, menukar lampin, menjaga kita sewaktu tidur malam, merawat sewaktu kita sakit, membasuh kencing berak kita dan banyak lagi. Yang mungkin kita tak mampu membalas jasa-jasa mereka itu.
  6. Sebab itu, apabila ibu sedang marah, dengar dan diam sahaja. Perangai orang tua memang begitu kerana kita tak tahu apa yang ditanggung ibu selama ini.
  7. Jika ibu marah kita, apa salahnya kita peluk dan cium mak kita sambil cakap ‘I love you emak”. Tentu, api kemarahannya pun hilang dan reda. Cuba tau!

Hukum ibu menyakiti hati anak: Ibu bapa juga boleh berdosa pada anak

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/093269700 1493271828 crying woman.jpg Hukum ibu menyakiti anak: Wajar ke layan anak terlalu garang macam musuh?

Tujuan pernikahan dalam Islam adalah bagi memperolehi keturunan.

Sabda Rasulullah SAW.

Seseorang itu dikatakan telah cukup berbuat dosa apabila menelantarkan orang-orang yang menjadi tanggungannya – Hadis Riwayat Daud dan Nasa’i.

Maksudnya, sebagai ibu, kita tidak boleh beranggapan kita boleh memperlakukan anak sewenang-wenangnya.

Sebab, ibu bapa bukan hanya bertanggungjawab dalam melahirkan anak tapi ada banyak tanggungjawab lain yang harus digalas seperti kasih sayang, sediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan lain-lain yang menjadi kewajipan ibu bapa terhadap anak. 

Sebab itu, apa yang dituturkan ibu kepada anaknya adalah satu doa. Perkataan positif yang dilontarkan adalah lebih baik supaya anak menjadi insan yang berguna.

Sabda Rasulullah SAW.

“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi,” Hadis Shahih Bukhari.

Hukum ibu menyakiti hati anak: Tanggungjawab mendidik dan mengasihi anak

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/selagimuda.co .id .jpg Hukum ibu menyakiti anak: Wajar ke layan anak terlalu garang macam musuh?

Kredit: Selagi muda

  • Kekerasan ibu dalam mendidik anak sama ada dalam bentuk fizikal mahupun mental menjadi bukti ibu tersebut tidak mempunyai perasaan. Tapi ia boleh dicegah dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
  • Islam menyuarakan perlindungan kasih sayang untuk anak-anak seperti yang ditonjolkan Rasulullah terhadap anak-anak baginda.
  • Dalam Al-Quran juga memberi landasan dalam urusan mendidik anak perempuan dan lelaki
  • Jika ibu bapa hanya mendidik anak ala kadar tanpa memberikan nilai kasih sayang dan keimanan, maka balasan yang akan diperolehi juga adalah sama. 
  • Oleh itu, ibu bapa harus menunjukkan nilai dan keperibadian yang terpuji supaya anak-anak menghormati dan menyayangi ibu bapanya.

Justeru, ketika hamil ibu digalakkan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir supaya dapat mendekatkan diri pada Allah SWT dan janin juga dapat mendengar yang baik-baik daripada ibunya.

Lalu dilahirkan dalam keadaan yang sangat bersih.

Namun begitu, apalah sangat jika hati sakit kerana ibu, sedangkan pengorbanannya tidak ternilai. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dalam Islam, Ustaz Love 

Baca juga:

Bagaimana Saya Menjadi Seorang Ibu Yang Tenang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!