Hukum Makan Dakwat Sotong Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum makan dakwat sotong adalah harus menurut pandangan Islam kerana sotong termasuk dalam kategori haiwan laut yang halal dimakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwat apabila ia rasa terancam. Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit. Namun apakah hukum makan dakwat sotong?

Hukum Makan Dakwat Sotong

Setelah melihat kepada pandangan ulama, kami lebih cenderung berpandangan memakan sotong adalah diharuskan begitu juga dengan dakwat memandangkan ia sebahagian hidupan laut sebagaimana umum nas yang dinyatakan tadi.

Dalam konteks dakwat sotong, ia didapati sebahagian daripada anggota sotong yang boleh dimakan dan diambil manfaat daripadanya. Ini kerana tiada sebarang nas syarak yang jelas melarang memakannya, maka ia tertakluk kepada asal sebagaimana kaedah Fiqh yang menyebut:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يقوم الدليل على تحريمه
Maksudnya: “Asal pada sesuatu adalah harus sehingglah terdapatnya dalil yang mengharamkannya”.

Para ulama’ berbeza pandangan tentang hukum makan dakwat sotong. Para ulama’ Syafi’iyyah menghukumkan cairan hitam yang keluar daripada sebahagian haiwan laut adalah najis.

Menurut Syeikh Abd al-Rahman bin Muhammad Ba’alawi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Cairan hitam yang ditemui pada sebahagian haiwan laut dan bukan merupakan daging ataupun darah dihukumkan sebagai najis. Jelas dalam kitab Tuhfah menegaskan bahawa setiap sesuatu yang berada di bahagian dalam, bukan termasuk daripada organ haiwan dan hukumnya najis. Ini termasuk cairan hitam ini, berdasarkan alasan yang telah dijelaskan. Sebab ia adalah adalah darah atau hampir kepada darah.”[1]

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 bersetuju untuk mengekalkan keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Allahyarham Syed Yusuf bin Ali Az-Zawawi (Mufti pada tahun 1953-1975) iaitu pasi sotong adalah najis kerana cecair tersebut kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama.

Cecair ini juga termasuk dalam kategori bahan kumuhan binatang dan orang yang mempunyai selera normal tidak akan memakan cecair (pasi) tersebut.[2]

Perbezaan pandangan dalam hal ini diakui oleh Kiai Haji Thoifur Ali Wafa daripada Indonesia:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Cairan hitam yang ditemukan di sebahagian jenis haiwan laut merupakan antara persoalan yang diperselisihkan apakah termasuk kategori cairan yang keluar daripada bahagian dalam maka ia najis, atau bukan daripada bahagian dalam maka ia suci. Hendaklah orang yang berakal [berkeahlian] agar menelitinya kerana ia berkait rapat dengan apa yang dilihat.

Aku berkata: Cairan hitam ini jika memang berasal daripada bahagian dalam maka ia menyerupai muntah. Maka ia najis. Jika tidak, ia menyerupai air liur. Maka hukumnya suci.

Sebagian guruku pernah berkata: Cairan hitam ini merupakan sesuatu yang diciptakan oleh Allah pada haiwan yang memilikinya untuk dijadikan perisai agar dapat berlindung dari makhluk laut yang lebih besar. Ketika terdapat makhluk laut besar yang akan memakannya, ia akan mengeluarkan cairan hitam ini agar dapat berselindung dengannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maka cairan hitam ini tidak dapat disamakan dengan muntahan ataupun air liur, sebab cairan hitam ini adalah sesuatu yang menjadi ciri khasnya ini, sehingga dihukumi suci. Wallahu a’lam.”[3]

Hukum Memakan Sotong 

Dalam mazhab al-Syafie pula, hukum memakan sotong adalah harus dan ia merupakan sebahagian daripada haiwan laut yang diharuskan untuk dimakan sebagaimana firman Allah SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu buruan (haiwan) laut”

Sabda Nabi SAW:

أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّا نَرْكَبُ البَحْرَ، وَنَحْمِلُ مَعَنَا القَلِيلَ مِنَ المَاءِ، فَإِنْ تَوَضَّأْنَا بِهِ عَطِشْنَا، أَفَنَتَوَضَّأُ مِنَ الْبَحْرِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ»

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Dari Abu Hurairah berkata; seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW, katanya: Kami naik kapal laut dan kami bawa air darat sikit sahaja. Jika kami berwudu’, kami akan dahaga, apakah boleh kami berwudu guna air laut? Jawab nabi: airnya suci dan bangkainya pun halal”- (Riwayat Tirmizi, no. 69)

Masakan Menggunakan Dakwat Sotong

Justeru, masakan menggunakan dakwat sotong juga merupakan sejenis masakan yang telah sedia maklum menjadi uruf setempat.

Oleh itu, ia dikira sebahagian daripada uruf yang diiktiraf pada kaca mata syarak sebagaimana kaedah yang menyebut:

العادة محكمة
Maksudnya: “Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru dengan mengambil kira faktor ini, makan dakwat sotong bukanlah merupakan sesuatu yang kotor dan menjijikan, malah ia telah menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat meskipun tidak diterima oleh masyarakat yang lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Masakan Sotong Mudah & Sedap, Mesti Makan Nasi Licin & Bertambah-Tambah!

Baca juga:  Resepi Sotong Goreng Tepung/ Sotong Celup Tepung Rangup & Lembut

Baca juga:  Resipi Ketupat Sotong Kelantan, Manis & Berlemak Sangat Sedap!