Hukum Menindik Hidung Dalam Islam Berdasarkan Jawapan Mufti

Hukum menindik hidung adalah haram bagi Islam menurut mazhab Syafi’i kerana unsur penyerupaan agama lain yang berkait rapat dengan ritual keagamaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukum menindik hidung adalah haram menurut mazhab Syafi’i kerana perbuatan meletakkan barang kemas pada hidung bukan bentuk perhiasan yang menjadi kebiasaan masyarakat setempat.

Budaya Menindik Hidung

Pengharaman menindik hidung kerana unsur penyerupaan (tasyabbuh) tradisi agama lain yang berkait rapat dengan ritual keagamaan.

Budaya menindik hidung yang dilakukan bagi tujuan kecantikan atau simbolik.

Ia berasal lebih daripada 4,000 tahun yang lalu di Timur Tengah dan India. Begitu juga ia dilakukan oleh masyarakat asli Amerika dan Australia.

Wanita Afrika Utara secara tradisinya menindik hidung atas pelbagai sebab seperti untuk menunjukkan status perkahwinan seseorang, menghormati dewi dan menunjukkan kekayaan.

Kebanyakan wanita di India secara tradisinya menindik hidung bagi tujuan yang pelbagai seperti upacara ritual kedewasaan, kewanitaan dan keanggunan.

Gaya dan juga kedudukan tindikan berbeza-beza sama ada lubang hidung kiri atau kanan gelung berat atau berlian.

Hukum Menindik Hidung

Hukum menindik hidung adalah haram sama ada lelaki mahupun perempuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga haram ke atas kanak-kanak menurut fuqaha mazhab Syafi’i.

Imam Ibn Hajar menyatakan bahawa menebuk lubang hidung bagi memasukkan cincin emas mahupun perak adalah haram.

Hal ini kerana, menindik hidung untuk meletakkan barang kemas bukan satu bentuk perhiasan yang menjadi kebiasaan (urf) masyarakat setempat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya, perbuatan menindik hidung juga merupakan adat tradisi golongan bukan Islam yang mempunyai unsur keagamaan.

Celaan yang dasyat terhadap penyerupaan agama lain bersandarkan hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” Riwayat Abu Daud (4031)

Al-San’ani mensyarahkan hadis diatas bahawa larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang meniru orang kafir dari segi pemakaian mahupun penampilan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, hukum menindik (piercing) mana-mana bahagian hidung untuk memakai cincin daripada emas, perak atau menindik hidung dengan batu berlian adalah haram sama ada lelaki dan wanita dewasa mahupun untuk kanak-kanak.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Luar Nikah/ Anak Tak Sah Taraf: Ketahui Kedudukan Mereka & Hubungan Dalam Keluarga

Baca juga: Hukum Menyimpan Tali Pusat Bayi Berdasarkan Jawapan Mufti

Baca juga: Hukum Kahwin Sepupu Dalam Islam Tak Salah Tetapi Tidak Digalakkan Di Sisi Syarak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar