Hukum Solat Tanpa Memakai Pakaian Dalam, Sebenarnya Sah Atau Tidak? Ini Jawapannya

Hukum solat tanpa memakai pakaian dalam solat adalah sah kerana termasuk dalam pergerakan yang sedikit tidak akan membatalkan solat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan dibuat main dengan perkara yang melibatkan hukum solat kerana ia menentukan sama ada membatalkan solat atau tidak. Walaupun ia kedengaran agak lucu, tetapi sebenarnya memang ada segelintir orang yang selesa solat tanpa mengenakan pakaian dalam.

Bagi yang tertanya apakah hukum solat tanpa pakaian dalam, ini penjelasannya.

Hukum solat tanpa pakaian dalam

Hukum solat tanpa memakai pakaian dalam yang melibatkan pergerakan zakar dan payudara adalah sah kerana pergerakan tersebut termasuk dalam kategori pergerakan anggota yang tidak mampu dikawal dan bukan termasuk dalam syarat sah solat.

Ia juga termasuk dalam pergerakan sedikit kerana melibatkan anggota badan yang ringan.

Dalam kitab Minhaj al-Tolibin oleh Imam Al-Nawawi ada menyatakan tentang pergerakan-pergerakan anggota badan yang boleh membatalkan solat dalam mazhab al-Syafi‘i iaitu:

ولو فعل في صلاته غيرها إن كان من جنسها بطلت إلا أن ينسى وإلا فتبطل بكثيره لا قليله

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Dan jika dia melakukan di dalam solatnya sesuatu perbuatan lain sekalipun dari jenisnya, maka terbatal solat kecuali kerana terlupa. Dan jika perbuatan itu bukan dari jenisnya, maka batal solatnya jika dilakukan dengan pergerakan yang banyak, dan pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat.”

Menurut mazhab al-Shafie pula membahaskan tentang tiga kategori pergerakan banyak yang boleh membatalkan solat dan perbezaannya dengan pergerakan sedikit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pergerakan yang banyak mestilah dilakukan oleh anggota badan yang berat seperti tangan, kaki dan kepala. Jika ia hanya melibatkan pergerakan anggota badan yang ringan seperti lidah, kelopak mata, bibir, zakar atau jari (tanpa menggerakkan telapak tangan seperti keadaan menggaru), maka tidak batal solat sekalipun dilakukan berulang kali kerana ia termasuk dalam pergerakan yang sedikit.
  2. Pergerakan yang banyak ialah pergerakan yang dilakukan tiga kali secara berturut-turut atau lebih menurut uruf setempat. Berturut-turut itu dikira apabila pergerakan kedua tidak terputus daripada pergerakan pertama dan pergerakan ketiga tidak terputus daripada pergerakan kedua.
  3. Pergerakan tersebut mestilah bukan termasuk daripada pergerakan yang tidak dapat mampu dikawal seperti menggaru kudis dan menggigil kerana kesejukan sebagaimana dinyatakan dalam Nail al-Raja, iaitu Nail al-Raja, iaitu:

ولم يكن ضروريا لا يقدر على تركة كحكة الجرب

Maksudnya:“Tidak termasuk (dalam hukum terbatal solat disebabkan pergerakan yang banyak) adalah mereka yang berada dalam keadaan darurat yang tidak mampu meninggalkan (pergerakan yang banyak kerana diluar kemampuan) seperti orang yang menghidapi penyakit kudis gatal (yang teruk).

Kesimpulannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  •  Hukum solat bagi mereka yang tidak memakai pakaian dalam adalah sah dan tidak membatalkan solat sebanyak mana pergerakan sekalipun anggota badan ringan iaitu zakar dan payudara tidak termasuk dalam pergerakan anggota badan berat yang boleh membatalkan solat.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi

Baca juga: Jangan Gantung Gambar Kahwin @ Keluarga Di Dalam Rumah, Malaikat Tidak Akan Masuk

Baca juga: Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah