X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Anda Perlu Buat Jika Suami Curang? Wanita Ini Kongsikan Caranya Untuk Pertahan Hak Diri & Anak!

5 min bacaan
Apa Anda Perlu Buat Jika Suami Curang? Wanita Ini Kongsikan Caranya Untuk Pertahan Hak Diri & Anak!

Suami curang memang biasa didengar. Tetapi bila sudah terbongkar perbuatannya isteri pula dipukul. Mesti tertanya tanya apa hukum suami curang?

Sudahlah suami curang, dimaki hamun pula bila suaminya kantoi. Sesiapa saja mungkin rasa sakit hati bila lihat video dikongsi wanita ini mengenai kecurangan terang-terangan suaminya. Terus kita terfikir dia tidak takut pada hukum suami curang? Berani sangat mungkir janji yang dilafazkan semasa nikah!

Bagaimanapun, daripada cara perkongsiannya wanita ini kelihatan sangat tabah dengan kecurangan suaminya malah dia memuat naik di laman media sosial sebagai cara untuk pertahankan hak dirinya dan anak.

Suami curang, wanita ini kongsi cara pertahankan diri & anak

Suami Curang

Kredit: womenonlinemagazine

Bismillah, Assalammualaikum semua, first sekali saya nak minta maaf kpd pihak keluarga suami saya sebab terpaksa suarakan perkara ni, tujuan saya ni sama sekali tidak berniat untuk burukkan mana mana pihak, Demi Allah hanya untuk pertahankan hak diri saya dan anak saya Aryan Yusuf dan untuk semua tahu yang saya dan suami saya sekarang dalam proses penceraian, saya nak clearkan semua dekat sini agar lepasni dah takde orang luar dm saya bagitahu ternampak suami saya keluar dengan perempuan lain atau dekat datings apps, ye saya telah dilafazkan cerai dengan talak 2 pada pertengahan bulan august lalu.

Rupa-rupanya sebelum ini wanita ini memang selalu dapat DM daripada orang lain yang pernah terserempak suaminya bersama wanita lain.

Mungkin sebab mahu tengok sendiri, jadi dia berusaha mencari bukti dan akhirnya selepas membuat semakan di telefon bimbit suaminya memang ternyata suaminya curang.

Lebih menyedihkan,setelah mengetahui mengenai kecurangan itu, dan suaminya kantoi dia pula yang dipukul. 

Wanita berkenaan turut mengesahkan yang mereka juga dalam proses penceraian dan talak dua juga sudah dijatuhkan suaminya pada pertengahan Ogos lalu.

Begini nasib seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang tidak takut untuk melanggar janji sehidup semati. Islam melarang suami berperangai sebegini, jadi hukum suami curang adalah haram menurut pakar motivasi, Wan Akashah Wan Abdul Hamid .

Apa nak buat bila suami curang? 

hukum suami curang

Kredit: sinarharian

Bila suami curang, buntu jadinya. Orang yang dianggap boleh sehidup semati, tiba-tiba curang dengan anda. Jadi apa patut anda buat?

#1. Selidik, dapatkan bukti

Orang yang buat salah atau dia rasa dia tak salah mungkin akan pertahankan perbuatan curang mereka. Jadi pastikan anda selidik betul-betul dan ada bukti kukuh.

Jika dia pukul anda semasa kejadian pun, pastikan anda pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan supaya ada rekod rawatan dan senang untuk anda rujuk semula jika mahu buat tuntutan kelak. 

#2. Tak perlu serang pihak ketiga

Tak perlu serang atau confront (semuka) pihak ketiga, fokuskan pada isu antara anda dan hubungan anda dengan suami. Anda cuma berhak ke atas suami, bukan pihak sana.

Bendung emosi marah, geram dan sakit hati. Tak perlu serang pihak sana kerana akhirnya anda akan ‘kalah’ bila suami sentiasa jadi hero untuk heroinnya yang tidak sah. Dan akhirnya anda yang nampak ‘jahat’ di mata suam

#3. Tak perlu merayu pihak ketiga tinggalkan suami

Tak perlu merayu supaya pihak sana tinggalkan suami. It takes two to tango. Usah rendahkan diri pada mereka sebab martabat anda lebih tinggi dari kekasih gelap suami. Selesaikan isu dengan suami.

Usah buang masa memikirkan pihak ketiga yang biasanya akan sentiasa rasa mereka lebih bagus dan ‘menang’ kerana mampu buat seorang lelaki berkahwin jatuh cinta kali kedua dengan godaan dan pujukan.

#4. Tenang

hukum suami curang

Kredit: mediamaklumat

Isteri hebat akan sentiasa tenang dan steady tanpa merendahkan diri pada suami dayus mahupun wanita rakus. Jadilah wanita bijak, kental dan rasional.

Kuatnya wanita kerana kelembutannya. Layanlah suami macam biasa, andai suami tu sudah nusyuz (lupa tanggungjawab pada keluarga, tidak beri nafkah), anda tidak berdosa jika tidak lagi mengabdikan diri pada suami. Terbukti beliau tidak layak mengemudi rumahtangga.

#5. Tumpu perhatian pada anak

Tumpukan perhatian pada anak-anak, belai emosi mereka yang lebih dambakan perhatian bila ibu bapa semakin renggang. Andai berkemampuan, bawalah anak-anak pergi bercuti atau bersiar-siar. Cipta bahagia untuk diri sendiri.

#6. Bercerita

Pilihlah untuk bercerita dengan orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada pihak yang mampu berikan pandangan yang adil dan rasional. Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh menjana pendapatan dan bermanfaat. Soal hati kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran.

#7. Keputusan akhir di tangan anda

Stories Rakan Kongsi
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Adakah Penting untuk Ajar Keseimbangan antara Menyimpan dan Berbelanja?
Adakah Penting untuk Ajar Keseimbangan antara Menyimpan dan Berbelanja?
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall

Jika tidak merasa, memang tak tahu. Jadi orang sekeliling memang boleh bercakap tetapi yang merasainya adalah anda. Persoalan sama ada perlukah memaafkan suami yang curang itu jawapannya hanya terletak pada anda.

Bukan semua luka boleh disembuhkan dengan peredaran masa, ada yang terlalu dalam hingga bernanah dan terlalu parah. Jika rasa bersedia dan sanggup menerimanya kembali, teruskan. Jika rasa nak pandang muka pun tak mampu dan mahu teruskan hidup tanpa kehadirannya, teruskan langkah anda usah toleh ke belakang lagi.

Semoga artikel tentang perkahwinan suami isteri dan hukum suami curang ini membuka mata dan minda pembaca tentang red flags yang kita sering terlepas pandang hanya kerana kita inginkan kebahagian.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: soyalemonviral

Baca juga: Sudah Berkahwin Pun Ramai Suami Rasa Nak Curang, Ini 6 Sebabnya!

Baca juga: Haruskah Suami Curang Dimaafkan? Amalkan Tips No 2 Pasti Bahagia Milikmu Isteri

Baca juga: Anda Syak Pasangan Mungkin Curang Guna Facebook? Lihat 7 Tanda-Tandanya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Apa Anda Perlu Buat Jika Suami Curang? Wanita Ini Kongsikan Caranya Untuk Pertahan Hak Diri & Anak!
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham