Hukum Suami Mengaku Bujang, Tak Jatuh Talak Tapi...

Sekalipun hukum suami mengaku bujang tidak jatuh talak, berbohong adalah perbuatan yang berdosa disisi syarak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isu menipu status sudah berkahwin sering berlaku dalam masyarakat kita. Jadi apakah hukum suami mengaku bujang atau duda walaupun sudah mempunyai isteri.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bagi menetapkan status hukum suami mengaku bujang sama ada ia jatuh talak atau tidak. Ia perlulah berpandukan kepada sighah talak itu sendiri.

Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Terdapat dua sighah talak yang perlu anda tahu.

Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Sighah itu terbahagi kepada dua:

1. Sighah Sarih

Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah. Kalimah-kaimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talaq. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Sighah Kinayah

Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu. Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “engkau telah kosong,” “engkau bebas,” “baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “engkau telah halal.”

Dalam kes diatas, mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekalipun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah. Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:

  • Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga.
  • Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin menceraikan isterinya.
  • Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin, kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda.
  • Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi.

Begitulah seterusnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak.

Jika termasuk sekalipun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda.
Namun yang demikian, baik suami atau isteri berhati-hatilah dalam mengeluarkan kata-kata dan memilih ucapan yang baik serta selamat agar tidak berlaku kekeliruan dalam rumah tangga.

Hal ini kerana, bermain-main dengan lafaz talak atau seumpamanya adalah tidak disukai syarak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, sekalipun tidak jatuh talak, berbohong adalah perbuatan yang berdosa disisi syarak.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum suami mengaku bujang dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Pahit Untuk Ditelan, 'Orang Ketiga' Punca Perceraian Di Malaysia Berlaku Setiap Seminit Satu Lafaz Cerai!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Hukum Menceraikan Isteri Ketika Hamil, Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti

Baca juga : Sudah Ada Yang Lain, Tapi Tidak Mahu Lepaskan, 5 Sebab Ini Suami Enggan Lafaz Cerai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi