5 tips berguna untuk ibu baru bersalin dari Daphne Iking

Daphne Iking, seorang ibu kepada tiga orang anak ini telah kongsikan 5 tip berguna ini untuk ibu baru bersalin. Jom ketahui apa tip supermom ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada majlis pelancaran susu formula terbaru Nutricia AptaGro Sabtu lepas, theAsianparent Malaysia sempat berbual dengan pengacara acara dan ibu selebriti terkenal, Daphne Iking. Ibu kepada empat orang anak ini sempat berkongsikan 5 tip berguna untuk ibu baru bersalin.

Amat bagus tip-tip yang diberi ini. Jom ketahui apa 5 tip dari Daphne berikut!

5 tip berguna untuk ibu baru bersalin dari Daphne Iking

1. Jangan tolak bantuan orang

Kredit gambar: Instagram

Kata Daphne, jika ada orang menawarkan bantuan kepada anda, jangan tolak.

“Ramai akan cakap tak nak lah, tak apa lah, saya boleh buat sendiri. JANGAN. Anda perlukan sebanyak mana bantuan yang anda boleh dapat. Lebih-lebih lagi semasa dalam pantang kerana anda perlukan masa untuk pulih.”

2. Libatkan suami dalam penjagaan anak

Ramai ibu menganggap lelaki tak memahami hal penjagaan anak, mereka tak tahu macam mana nak lakukannya. Jadi, kesian dekat anak.

Tapi menurut Daphne, elakkan perkara itu.

“Anda perlu belajar percaya pada pasangan anda, buat mereka libatkan diri, kerana suami bukan saja seorang babysitter, mereka juga seorang ayah. Jadi anda perlu biarkan mereka mengambil tanggungjawab untuk menjaga anak bersama-sama anda.

3. Menyusu badan

“Tak ada orang yang beritahu ibu yang baru bersalin, nak menyusu badan itu kadang-kadang susah sangat.”

Daphne menasihati anda untuk relaks, minum banyak air, dapatkan rehat yang cukup dan jangan risau jika susu tak keluar atau susu keluar terlalu banyak.

Dapatkan nasihat pakar laktasi jika anda perlukan bantuan dan jangan putus asa. Teruskan menyusu jika boleh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Perubahan hormon

“Anda akan melalui banyak perubahan hormon. Jangan takut untuk bercakap dengan doktor anda tentang perkara ini kerana anda ingin sembuh bukan hanya dari segi fizikal tapi juga mental dan emosi. Banyak hormon yang akan keluar dari badan anda selepas bersalin dan ia boleh memberi kesan kepada kasih sayang dan jalinan anda kepada anak. Jadi, dapatkan nasihat doktor.”

5. Pelawat nombor dua, pastikan anda sembuh dulu

Kredit gambar: Instagram

“Saya tergolong dalam orang yang tak suka orang ramai melawat saya semasa dalam pantang kerana saya mahukan rehat dan menjalinkan hubungan dengan anak saya. Sesetengah orang faham situasi anda. “Jadi, cakap dengan ibu mertua, ibu anda dan kawan-kawan suami anda yang anda tahu niat mereka baik tapi anda perlukan masa untuk rehat dan sembuh dahulu. Mereka akan faham,”

Utamakan kesihatan anda dulu dan mereka boleh lawat anda selepas anda habis pantang. Akhir kata dari Daphne, nikmati momen indah sebagai seorang ibu.

Jadi, buat ibu-ibu bersalin di luar sana, jom ambil tips yang diberi selebriti ini untuk menjadi ibu yang terbaik pada anak-anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-selebriti-malaysia-yang-dicontohi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar