TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Perkara Yang Semua Ibu Tak Dapat Buat Selepas Ada Anak

4 min bacaan
5 Perkara Yang Semua Ibu Tak Dapat Buat Selepas Ada Anak

Nikmati kebebasan anda sebelum ada anak sepuas-puasnya kerana semua akan berubah dan kehidupan sebagai ibu bekerja yang ada anak jauh lebih mencabar!

Ibu bekerja dan cabaran selepas ada anak

Saya seorang ibu bekerja kepada 2 orang anak. Dan saya boleh jamin rungutan setiap ibu bekerja yang sudah ada anak pasti sama, iaitu:

“Saya selalu tiada cukup masa untuk diri sendiri!”

Sebenarnya, kebebasan seorang wanita bekerja dan kebebasan seorang ibu bekerja jauh berbeza.

Hanya selepas menjadi seorang ibu, barulah saya faham kebebasan yang tidak digunakan dengan sebaik-baiknya sebelum ini. 

Jika anda ibu yang sedang mengandung anak pertama, nasihat saya adalah untuk melakukan segala-galanya sebelum tiba masa anda melahirkan anak.

Pergilah melancong, atau  rancang babymoon bersama suami tersayang kerana selepas ini anda akan jadi ibu bekerja yang kena banyak berkorban untuk bayi baru anda.

Antara perkara yang anda perlu korbankan adalah:

1. Tidur sepanjang malam

5 Perkara Yang Semua Ibu Tak Dapat Buat Selepas Ada Anak

Sebelum menjadi seorang ibu, wanita bekerja masih dapat tidur 8-10 jam tanpa diganggu.

Semua ini akan berubah apabila anda mempunyai anak. Bayangkan keperitan ibu bekerja yang masih perlu bangun malam-malam buta untuk menyusu atau menyediakan susu untuk anak. 

Biarpun anak anda sudah pandai tidur sepanjang malam, biasanya mereka suka bangun awal.

Jadi walaupun anda sudah penat bekerja minggu ini, jangan harap anda boleh tidur lebih lama atau berehat pada hujung minggu!

2. Menikmati makanan anda

5 Perkara Yang Semua Ibu Tak Dapat Buat Selepas Ada Anak

sumber gambar: Via blush.com.pk

Anda pernah tengok ibu-ibu cuba makan dengan berselera apabila ada anak? Pakai telan je nampak kan? Janji tidak tercekik.

Ibu bekerja dengan anak atau ibu suri rumah sama sahaja: satu tangan pegang anak, tangan sebelah lagi akan cuba makan cepat-cepat.

Untung ibu itu kalau anak tidur apabila tiba masanya untuk makan. Mungkin ibu akan dapat menikmati makanannya.

Cabaran untuk makan akan semakin bertambah apabila anak lebih besar dan lebih peka dengan persekitaran mereka.

Soalan seperti “apa yang mama makan? Nampak sedap je?” pasti terngiang-ngiang.

Tangan anak itu  cepat menyambar apa saja pasti akan menyebabkan ibu makan lebih cepat lagi.

Apabila anak mula makan makanan pejal, keadaan ini mungkin akan bertambah baik kerana dia akan sibuk dengan makanan sendiri.

Tetapi jika ibu pilih untuk melakukan baby led weaning… jangan terlalu stress ye apabila anak mula buang makanannya merata-rata. Bersabarlah wahai ibu bekerja!

3. Ikut masa sendiri

5 Perkara Yang Semua Ibu Tak Dapat Buat Selepas Ada Anak

Dulu anda boleh keluar suka hati. Sekarang kena ikut jadual anak pula: bila anak tidur, dan berapa lama anak boleh tahan keluar berjalan-jalan.

Jangan lupa semua barang wajib yang perlu dibawa dalam beg lampin. Kalau anda keluar tanpa beg lampin yang lengkap, pakai bersusahlah anda nanti!

Dulu anda boleh berjam-jam di shopping mall, tengok wayang dan keluar dengan kawan. Sekarang semua orang akan bersurai dan balik kerana anak anda sudah merengek hendak tidur.

4. Tak tenang ibu bekerja nak buat kerja!

5 Perkara Yang Semua Ibu Tak Dapat Buat Selepas Ada Anak

Sumber gambar: Pinterest

Saya sendiri adalah ibu bekerja dengan 2 orang anak dan saya bekerja dari rumah.

Biarpun anak sulung saya sudah masuk sekolah rendah, tapi anak bongsu saya masih belum masuk tadika lagi dan saya akan menjaganya sepenuh masa di rumah.

Sumpah, kadang-kadang saya rasa nak gila apabila semua kerja saya tidak siap lagi!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ketika anda nak buat conference call, ada pula bunyi kanak-kanak berteriak. Anda nak tulis artikel, ada saja permintaan si manja: ajak main, nak makan, nak ke tandas.

Belum tambah lagi kerja rumah yang perlu dilakukan dan masa untuk membawa anak sulung ke sekolah dan balik dari sekolah.

Setiap malam saya akan tidur lambat kerana perlu menghabiskan kerja. Orang lain selalu ingat kerja saya senang, duduk macam datin di rumah. Anda nak cuba?

5. Enjoy masa rehat

5 Perkara Yang Semua Ibu Tak Dapat Buat Selepas Ada Anak

Rehat? Apa itu? Mana ada masa rehat? Ada saja kerja untuk disiapkan.

Apabila anak tidur, saya kena cepat-cepat siapkan kerja yang belum habis lagi.

Tahu tak betapa susahnya untuk mencari keseimbangan antara menghabiskan masa dengan keluarga dan kerja yang bertimbun setiap hari.

Nak rileks pergi ke tandas seorang-seorang pun tak dapat tau….

Jadi nasihat saya kepada ibu-ibu yang tengah hamil sekarang, jangan bazirkan kebebasan yang ada pada anda sekarang.

Apabila anak sudah dilahirkan, maka mulalah cabaran dan kehidupan baru sebagai ibu baru.

Baik dengar cakap saya: Lakukan segala yang anda ingin lakukan dulu. Jangan menyesal nanti kalau tak dapat!

Semoga anda bijak mengendali masa dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu baru, kelak!

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Selalu Bawa Si Kecil Jalan-Jalan? Ini 10 Barangan Bayi Yang Anda Patut Simpan Dalam Kereta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 5 Perkara Yang Semua Ibu Tak Dapat Buat Selepas Ada Anak
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham